Jumaat, 30 Julai 2021

Aiskrim Pisang Homemade ala-ala Soft Granita

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam Jumaat di penghujung bulan Julai 2021. Hangpa pernah cuba buat aiskrim sendiri dak? Mesti la pernah kan... paling kurang pun mesti ada pernah buat aiskrim Malaysia yang dalam plastik panjang-panjang tu kan? Ka, hat tu pun tak pernah cuba buat juga? πŸ˜…πŸ˜†

Baiklah, ni cheq nak kongsi resipi serta cara untuk membuat aiskrim pisang yang mana rupa serta teksturnya ala-ala soft granita πŸ€“πŸ¨✨


Cheq sebenarnya mendapat ilham untuk membikin aiskrim pisang ni dari Youtube. Resipi aiskrim ini bukanlah original idea cheq tau... (disclaimer) πŸ˜‚


▶ Bahan-bahan:

✎ Pisang Mentalun / Berangan (~250g)
✎ Susu lemak penuh / Susu segar (200ml)
✎ Gula / Susu pekat manis (2 sudu besar)

*kuantiti bahan-bahan ni boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing naa... πŸ‘©πŸ»‍🍳✨


▶ Cara-cara:

1. Potong pisang dan simpan di dalam bekas untuk disimpan di dalam freezer semalaman.

2. Keluarkan ketulan-ketulan pisang yang sudah beku itu dari freezer dan biarkan ia nyahbeku sendiri pada suhu bilik selama lebih kurang 20 minit, kemudian potong lagi supaya saiznya menjadi lebih kecil.

3. Masukkan ketulan-ketulan pisang ke dalam mesin pengisar (blender) dan tambahkan susu serta gula. Kisarkan selama lebih kurang 20 hingga 30 saat (sehingga sebatian kelihatan seperti smoothie yang pekat berkrim).

4. Tuangkan sebatian ke dalam bekas kedap udara yang sesuai (tahan sejuk beku), dan simpan di dalam freezer semalaman.

5. Keluarkan aiskrim pisang dari freezer dan seterusnya "cakar dan gores" permukaan aiskrim ni dengan menggunakan garfu atau sudu metal untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang seperti soft granita. Siap... enjoy! πŸ˜„




Kalau hangpa tak minat aiskrim yang ala-ala soft granita yang macam ni, hangpa boleh ja guna ovalet (ovalette) atau krim putar bagi mendapatkan tekstur aiskrim yang lebih lembut dan gebu 🍨🍦


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

11 ulasan:

  1. sedapnya...tak pernah lg DIY ice-cream..percubaan yg baik, Cik Sue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. makasih KakNO, cheq berani makan aiskrim buatan sendiri ja la ni sebab cheq takut jatuh demam kot kalau terbeli aiskrim yang contaminated 😷

      Padam
  2. nampak sedap n boleh cuba ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila silalah cuba KakPI πŸ€“πŸ‘πŸ»

      Padam
  3. Menjadi Cik Suerin buat. Saya pernah buat aiskrim(bukan granita) tidak jadi sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah jadi juga seperti yang cheq harapkan, sebab pisang ni tekstur dia dah memang unik πŸ€“

      Padam
  4. Nampak sedap tu aiskrim homemade perisa pisang. Sesekali buat aiskrim sendiri seronok juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahan sedap aiskrim pisang ni, memang guna buah pisang pun, real fresh bananas.. bukan setakat bubuh perisa pisang saja ni πŸ˜„

      Padam
  5. Balasan
    1. Boleh ja nak huloq sebekas kalau dekat 🀭

      Padam
    2. eh kite kn mmg dekat😊

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤