Sabtu, 3 Julai 2021

PANDA Datang dengan Membawa FoodBall Burger dari Marrybrown

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, apa habaq? Pakat dok layan tonton bola sepak ka sekarang ni? πŸ€“✨

Foodball Burger (single) - RM12.90. Harga dari aplikasi FoodPanda.

Rasa macam nak makan burger Marrybrown lagi la... ushar menu Mb yang ada dalam aplikasi FoodPanda sajalah noo, belek punya belek, uiiih... ada menu item baru la, ada burger baru yang diberi nama "bola makanan" yang bertemakan bola sepak... hah? Apakah?? Jom kasi bedah siasat sama dia... πŸ”⚽πŸ˜†

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya sedikit up berbanding kualiti serta rasa burger terbarunya yang agak 'so-so' saja kali ini... namun begitu, kualiti servis penghantaran FoodPanda tetap terbaik πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Saiz burger ni sudah cukup besar pada cheq dan fillet ayam gorengnya pun gemuk lagi besar, tetapi sos lada hitamnya terlalu banyak pada cheq sebab fillet ayamnya tu seperti dicelup terus atau disiram dengan sos lada hitam yang pekat tu. Cheq dengan black pepper sauce ni sebenarnya tak berapa nak ngam sangat la, kalau sikit-sikit tu boleh la. Kuantiti sayur iceberg lettuce dia boleh dikatakan agak mewah, ngam dengan selera cheq yang sukakan sayur. Roti bun dia lembut dan tidak kering, just nice. Jadi, apa yang lain daripada yang lainnya tentang burger Mb yang bertemakan bola sepak ni? Bola sepaknya tu tang mana? Jawapannya, bola sepaknya tu ada pada 3 ketul gegelang bawang goreng (onion rings) yang diletakkan di dalam burger ni πŸ˜‚

Keberbaloian - Berbaloi bagi mereka yang suka makan burger yang mana fillet atau patty burger tu dicelup atau disiram dengan sos lada hitam yang banyak (ala-ala prosperity burger mekdi gitu). Bila tengah tadak mood nak mask-up and drive pi keluaq semata-mata kerana nak pi beli burger dan beratoq di kedai pada hari hujung minggu yang mendung berserta hujan renyai, FoodPanda kan ada... gunalah ia dengan sebaiknya πŸΌπŸ“±πŸ˜†


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan FoodBall Burger dari Marrybrown. Syukur Alhamdulillah 😊

Support Marrybrown, support our local brand πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

14 ulasan:

  1. sos lada hitam kalau banyak sangat, rasa hot tu menyengat mcm burger Mekdi tu..

    suka makan begitu saja onion rings..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyengat lidah dan panas satu badan lepas tu πŸ˜‚

      Padam
  2. Rajin Sue buat pengenalan guna aplikasi Panda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la, kasi lain macam sikit, style masing-masing 😬

      Padam
  3. sedapnya ceq menyelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyelerakan bagi orang yang suka sos lada hitam πŸ˜„

      Padam
  4. Jarang membelek MB, Tak tahu pulak ada food bertemakan bola. Macam sedap ada sekali onion ring. Siapa yang suka pedas black pepper mesti suka burger ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq rasa sapa yang suka prosperity burger mekdi tu mungkin akan suka burger ni πŸ€“

      Padam
  5. nampak sedap pula burger marrybrown ni. nanti boleh try order :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cepat kalau nak try burger ni, UEFA EURO 2020 dah habih nih πŸ€“

      Padam
  6. Mesti pedas kui pedas lada hitam ni.. Macamanapun nampak sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak memang sedap, lepas tu rasa panas satu badan lepas makan ni πŸ˜‚

      Padam
  7. alaaaa nampak sedap laa teringin nak rasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya macam dah out of stock dah Foodball Burger ni kat Mb tu πŸ˜…

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤