Selasa, 25 Ogos 2026

Ada Pokok Pandan, Serai dan Halia Tumbuh Subur di Laman Rumah?

Kita boleh buat apa dengan 3 jenis tumbuhan tu? ๐Ÿ‘€❔

Kita buat nasi lemak la! ๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘

Salam Maulidur Rasul! Kali ni cheq nak buka cerita pasai resipi nasi lemak versi yang mak cheq suka. Nasi lemak versi ni ada 10 bahan. 3 daripadanya cheq boleh dapat free of charge sebab boleh pi petik saja dari laman rumah. Alhamdulillah. Pandan, serai dan halia ni antara tumbuh-tumbuhan yang senang nak hidup dalam iklim Malaysia kita ni, maka rugilah kalau hangpa takmau tanam. Dalam pasu saja pun dah boleh hidup subur depa 3 ni, tau? ๐Ÿ˜Ž

Nasi lemak versi resipi cheq ni lebih kurang macam dalam video youtube kat bawah ni ja, cuma cheq ada tambah halba dan tak bubuh minyak masak sampai 5 sudu besaq macam @nithicooks23 ni. Cara masak dia memang hampir 100% serupa dah, kiranya satu kebetulan yang cukup marvelous ๐Ÿ˜€๐Ÿ‘


▶ Bahan-bahan (resipi cheq):

1. Beras (2 cawan)
2. Bawang merah (2 labu, dipotong kasar)
3. Halia (lebih kurang 2cm³, dipotong kasar)
4. Daun pandan (2 helai, diikat simpul)
5. Serai (1 batang, dibelah sikit di bahagian hujung)
6. Santan (satu kotak kecil)
7. Minyak kelapa sawit (2 sudu besar)
8. Air (secukupnya dengan kuantiti beras, sukat guna jari)
9. Halba (1 sudu kecil)
10. Garam (separuh sudu kecil) 


▶ Cara-cara:

1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi, kemudian basuh dan bilas 2 kali. Masukkan santan, kemudian tambahkan air secukupnya. Guna kaedah sukat jumlah air masak nasi pakai jari telunjuk dan ibu jari. Paras air yang disukat dari permukaan beras mestilah sama tinggi dengan paras beras (kalau terlebih sikit dalam 3mm pun okay lagi, jangan terkurang sudah). Ada yang tak reti masak nasik guna kaedah turun-temurun ni ka? ๐Ÿ˜…

2. Tambahkan bawang merah, halia, serai, daun pandan, halba, garam dan minyak kelapa sawit. Kacau seeloknya, kemudian masukkan periuk nasi ke dalam rice cooker dan seterusnya tutup periuk tu. Jangan lupa tekan suis ON! ๐Ÿ˜‚

3. Apabila suis rice cooker dah terbidas ke mode 'keep warm', buka penutup periuk nasi dan kacaukan nasi lemak guna senduk dengan cara macam orang tengah gembur-gemburkan tanah dalam pasu sebelum nak tanam biji benih atau anak pokok di dalam pasu tu ๐Ÿ˜‚

4. Tutupkan periuk semula dan biarkan 'keep warm' selama lebih kurang 10 minit lagi. Lepas tu, dah boleh cedok dengan gumbiranya dan makanlah nasi lemak ni dengan lauk-pauk kegemaran pilihan hangpa ๐Ÿ˜‹


Cheq gu nasi lemak ni dengan 2 jenis lauk simple, iaitu telur bistik sempoi dan masak sardin saja ๐Ÿ’
 
Sekian, beginilah cara cheq membuat nasi lemak, mengikut selera cheq dan juga ibu tersayang. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜ฌ
 

Jumpa lagi di lain entri! 
๐Ÿ™‹ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤