Salam semua! ππ»♀️✨
Kelestarian, atau dalam bahasa Inggerisnya 'Sustainability', ialah tema hobi cheq pada tahun 2023 ini! π±πͺπ»π€
Selama ni pun cheq memang dah suka menanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran mudah seperti kucai, bawang, tomato ceri dan bayam Brazil, tapi cheq belum pernah lagi cuba untuk membela apa-apa haiwan ternakan, sebab risau kut tak cukup masa nak menjaga mereka dengan baik sebenarnya. Tapi semenjak dua menjak ni, bekalan telur ayam di beberapa kedai runcit yang cheq selalu pi tu dah kerap jadi macam "Chipsmore - now you see now you don't" dah... pulak tu harga kebanyakan barang segar pun, kita semua sudah sedia maklumlah kan... naik dan tak turun-turun. Tadak gunanya kalau kita asyik komplen banyak dan demand itu ini, sebab ini sudah jadi masalah dunia pun, bukan masalah dalam negara kita saja. Maka, pada pendapat cheq, eloklah kalau kita pakat-pakat menjadi lebih 'self-sufficient' setakat mana yang kita boleh. In other words, let's grow our own food! Jemput tonton video Youtube cheq di bawah ni ππ»π€π
Cheq tertarik nak cuba membela ayam penelur demi menjamin bekalan telur ayam yang berterusan (untuk sendiri makan). Tak perlu bela banyak ekor pun, 2 ekor saja dah lebih dari mencukupi sebenarnya. Tahukah hangpa, yang ayam betina sebenarnya boleh bertelur tanpa ada ayam jantan di sisinya? π§π
Cheq ada seorang member baik yang mengusahakan ternakan ayam secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan tambahan. Selain dapat menjual hasil telur ayamnya sendiri, dia dah capai level sifu yang boleh menetaskan anak ayam dan menjual ayam penelur hidup dari kacukan Leghorn x Lohman Brown kepada sesiapa yang berminat untuk bela ayam penelur. Member baik cheq ni punyalah kamching dengan cheq, dia takmau juai ayam dia kat cheq tau, dia bagi free teruih 2 ekoq. Alhamdulillah, cheq ada member baik yang sangat pemurah orangnya π€²π»π✨
Cheq namakan ayam-ayam penelur ni Cheryl dan RemySnow. Setakat ni, kedua-dua ayam betina yang berumur sekitar 6 bulan ni telah menghasilkan lebih 30 biji telur selama 18 hari cheq membela depa. Kiranya secara purata, seekor ayam penelur ni bertelur sebanyak sebiji sehari. Tiap-tiap hari mesti ada sebiji atau 2 biji telur ayam segar yang cheq boleh kutip dari chicken coop cheq tu. Best tau dak? π
Cheq bagi ayam-ayam ni makan bayam Brazil (yang cheq tanam sendiri), sisa-sisa sayuran (lebihan kobis, lettuce, sawi, kulit kentang dll.), nasi sejuk (nasi lebihan), kulit roti, sisa buah-buahan, bijirin dan juga dedak ayam. Dengan cara ini juga, cheq dapat memanfaatkan lebihan makanan yang ada di dapur. Ayam-ayam pun happy dapat makan macam-macam selain dedak ayam, dan pokok-pokok di sekeliling pun happy dapat enjoy baja segar setiap hari π€ππ»
Chicken coop comei ni cheq beli online ja dari Shopee, seller pos dari Pulau Pinang. Kena pasang dan bina sendiri reban special ni, ikut kertas panduan diagram yang diberi. Harganya dalam lapan ratuih ringgit lebih gitu. Agak mencabar jugalah nak memasang dan membinanya sebab banyak juga la skru dia nak kena buh, jadi tak boleh bina reban ni sorang-sorang. Kena ada sekurang-kurangnya 2 orang untuk memasangnya dengan kemas, juga better ada power tool screw driver untuk pasang setiap skru dengan lebih mudah dan pantas. It's a fun mini project! π
Overall, cheq rasa berbaloilah projek mini membela 2 ekor ayam penelur setakat ni, depa ni memang rajin berteloq! Tak perlu dah cheq beli teloq ayam di kedai, boleh kutip sendiri dari reban comei kat tepi rumah ja. Alhamdulillah π€²π»✨
Jumpa lagi di lain entri!
π
Alhamdulillah
BalasPadamSalam bertani
Timakasih sifu WP π
Padamabis laa cik suerin kita ni bakal famous mcm youtuber atok farm laa nntπ
BalasPadamAtok farm? Nak kena follow ni π
Padamya follow laa byk tips sy belajar dr dia
Padamp/s salam ramadan utk cik suerin sekeluarga
PadamBest gak channel Atok Farm, cheq follow dah hari tu πππ»
PadamSalam Ramadhan buat mem besar dan family juga π✨
Padamp/s jemput join GA sy ya. hari ni last dayπ
BalasPadamCheq teraiii tengok sempat ka dak hihi π
PadamTerima kasih infonya
BalasPadamSama-sama mas π€
Padamwaaawww thankyou.. sughoi sughoi
BalasPadamSama-sama pak π
PadamWAH RAJIN CEQ BELUM AYAM TELOQ PULAK
BalasPadamCheq cuba menjadi lebih lestari π
Padamwahh..all the best, bagusnya boleh dpt 30 biji telur dlm masa 18 hari...reban ayam pun cantik..
BalasPadamAlhamdulillah, timakasih π€✨
PadamIni nak dengan datang dengan minat... Uncle tiada! huhuhu
BalasPadamTakpa uncle, mana tau kot ada mai minat tu nanti, bolehlah uncle cuba π€
Padam