Jumaat, 23 Ogos 2019

Pabila Kelapa dan Mangga Bertemu lalu Membeku Bersama

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, sekejap saja dah nak habis pun bulan Ogos kan, rasa macam dekat sangat dah tahun 2020 nak menjelang tiba kan... huishhh begitu cepatnya masa berlalu... rasa macam seram pun iya jugak... 😅⌚⏳

Okeh, cheq nak bercakap pasai makanan lagi, kali ni kita masuk topik makanan pemanis mulut (aka dessert) pulak. Hangpa dah pakat cuba aiskrim WALL'S ASIAN DELIGHT - COCONUT MANGO belum? 😎😋❄

WALL'S ASIAN DELIGHT - COCONUT MANGO - RM3.00 (Harga dari Kedai Serbaneka U-Station)

Ahad, 18 Ogos 2019

Ramen Kimchi SAMYANG campur Telur Onsen jadinya Mantap!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam pertengahan Zulhijah dan salam kembali semula ke sekolah buat mereka yang terlibat, cuti sekolah dah habis... 😬🎈

Entri cheq kali ni ialah berkenaan mi segera Korea dari jenama yang sangat glamour tu, apa lagi kalau bukan SAMYANG kan, tapi yang ni versi yang tak pedas langsunglah... yang ni SAMYANG perisa Kimchi. Dah pernah cuba belum? 🤤😋

SAMYANG Kimchi Ramen: 5 peket x 80g (RM9.99 : Harga dari Giant Hypermarket)

Ahad, 4 Ogos 2019

Ikan Sardin Jepun Taruh Atas Telur Ayam dan Nasi di SUSHI KING

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, topik entri cheq kali ini ialah berkenaan menu item terkini yang seterusnya dari Sushi King, iaitu ikan sardin Jepun taruh atas telur ayam dan nasi... 😆🐟🍳🍚

Perhatian cheq tertumpu kepada Mentaiko Hotate Yaki, iaitu kekapis bakar bersama telur ikan kod masin (RM14.96) dan Japanese Iwashi Kabayaki Don iaitu ikan sardin Jepun taruh atas telur ayam dan nasi (RM16.12). Yang kekapis bakar tu cheq dah review dalam ENTRI YANG SEBELUM NI. Entri kali ni nak fokus pada Japanese Iwashi Kabayaki Don 😆