Isnin, 31 Oktober 2022

Nasi Briyani Gam Ayam Segera dalam Peket Hanya Perlu Rebus 5 Minit

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Entri review produk makanan segera datang lagiii (ya, topik makanan selalu menarik πŸ˜‚πŸ˜‹). Siapa kat sini yang sudah pernah mencuba Ready-to-Eat Meals? Yang suka travel dan hiking semua tu mestilah dah pakat pernah merasa ni kennn? πŸ€­πŸ˜†

Nasi Briyani Gam Ayam segera keluaran Sharifah Food - RM11.90 sepeket (harga dari Shopee)

Baru-baru ini cheq teringin nak mencuba produk Ready-to-Eat Meals yang sering menjadi kegemaran para travelers dan juga hikers. Cheq pilih nasi briyani gam ayam keluaran Sharifah Food. Nanti cheq nak cuba nasi goreng dia pula, ada macam-macam jenis... yang tu RM9.50 sepeket, semua guna beras bhasmathi. Hanya perlu rebus atau rendam saja peketnya di dalam air panas selama 5 minit, kemudian keluarkan dan koyakkan peket, terus hidang dan makan. Kalau nak masak guna microwave, perlu koyakkan peketnya dulu dan tuang ke dalam bekas microwaveable, kemudian panaskan selama 2 minit, siap. Mudah yang amat πŸ‘πŸ»✨

Pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan kualiti, kuantiti dan juga kemudahan yang produk ready-to-eat meals ni boleh berikan pada kita. Pek-pek makanan ni tak perlu disimpan di dalam peti sejuk pun, cukup sekadar simpan di dalam almari dapur. Cuma pastikan keadaan tempat simpanan tu kering dan dingin, boleh disimpan sehingga 2 tahun πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Rasa perencah rempah ratusnya memang macam makan nasi briyani gam ayam resipi original punya, memang sedap lagi menjilat sudu dan garfu. Nasinya panjang-panjang dan agak gebu, beras bhasmathi πŸ˜‹πŸ‘πŸ»

Keberbaloian - Cukup berbaloi, sedap lagi mengenyangkan. Apa, ingat geng rajin travel dan hiking sajakah yang nak pakai produk canggih macam ni? Produk makanan segera yang cukup berkhasiat dan mengenyangkan ni juga sangat sesuai digunakan dalam situasi apabila kita: 1) Tiada banyak masa nak memasak sedap-sedap, 2) Tiada mood nak 'bersilat' kat dapoq, 3) Nak makan makanan segera selain mee, bubur atau pasta segera, 4) Tak mau order food delivery dan juga tak mau memasak masakan yang komplex, 5) Tak reti atau tak boleh memasak masakan yang komplex, 6) Nak menjamu tetamu yang agak ramai tanpa perlu menempah servis catering, dan yang ke 7) Nak kumpul stok makanan simpanan yang agak 'extravagant' gitu untuk digunakan pada waktu kecemasan nanti πŸ€“

Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan nasi briyani gam ayam segera keluaran Sharifah Food. Syukur Alhamdulillah 😊

Kalau nak bagi rasa special lagi, silalah merajinkan diri untuk membeli dan memotong tomato, cili api, timun dan juga menggoreng papadom sebagai makanan penyeri hidangan πŸ˜‚πŸ˜¬




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

18 ulasan:

  1. 5 minit sahaja untuk makan nasi beriani. Baguslah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya NA, boleh cuba nanti kalau teringin nasi briyani segera πŸ€“

      Padam
  2. wah nasi beriani segera pun ada sedap n mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap dan mudah yang amat ni KakPI πŸ€“πŸ‘πŸ»

      Padam
  3. Nampak menarik nasi beriani tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik ni JR, boleh cuba nanti kalau teringin nasi briyani segera πŸ€“

      Padam
  4. Balasan
    1. Silalah mencuba bila teringin 😎

      Padam
  5. Wah! Kalau camni mudah sangat kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah level super saiyan dah ni πŸ˜‚

      Padam
  6. Balasan
    1. Kat pek tu ada tulis 1 - 2 servings, so maknanya 1 pek tu boleh jadi untuk 2 orang yang tak kuat makan, dan boleh jadi untuk seorang yang kuat makan πŸ˜‚

      Padam
  7. Balasan
    1. Berbaloi dibuat stok makanan kecemasan πŸ€“✨

      Padam
  8. semakin byk produk muslim gini.
    bagus. mudah utk kita travel.
    aida bawa juga food gini utk camping :)
    fast and furious kalau tiber anak2 lapar! ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan penyelamat keadaan hihi πŸ˜†

      Padam
  9. Balasan
    1. W'slm, ya ada apa boleh cheq bantu? πŸ€“

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤