Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang sudah mencuba menu MARRYBROWN terbaru - Kepak Ayam Terhangat KOREAN? 🍗🍗🍗
Petang semalam cheq berkesempatan untuk singgah ke Marrybrown Kangar sebentar semata-mata kerana ingin mencuba menu terbaru mereka, iaitu Kepak Ayam Terhangat KOREAN. Iklan promosinya telah berjaya mengusik perasaan ingin tahu cheq untuk terus pergi mencuba ayam goreng Korean mereka ini. Nak tengok pandai ka tak pandai depa ni goreng ayam ala Korea, kenalah mencubanya dulu! 😆
Sumber: Laman FB Marrybrown |
Baiklah, pada pendapat tekak cheq, Marrybrown ni boleh dikira cukup pandailah dalam membuat ayam goreng pedas ala Korea ni... maka penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, ianya berpatutan dengan kualiti dan kuantiti produk makanannya 👌
Kelazatan - Cheq bagi markah 4.5 bintang dari 5 bintang. Sebelum ini cheq sudah pernah mencuba ayam goreng Korea dari Domino's Pizza Malaysia (Ayam-haseyo) dan KFC (Spicy Korean Crunch). Menurut tekak cheq, kelazatan menu ayam goreng Korea Marrybrown ni telah mengatasi kelazatan Ayam-haseyo dari Domino's Pizza dan Spicy Korean Crunch dari KFC. Ini pendapat tekak cheq sajalah, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana. Masakan yang macam ni kena makan cepat-cepat, perlu pantas dan tangkas bertindak
membaham ayam goreng bersos Korea ni setelah membelinya. Tak boleh nak simpan terperam lama-lama sebab
kerangupannya akan hilang dek kerana sos Korea yang menyelaputi ayam goreng tersebut boleh bertindak sebagai agen pelembap (eh, dah macam bagi penjelasan tentang krim pelembap kulit muka pula...) 😅
Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membelinya lagi, cheq sanggup beratur kurang dari 30 minit. Kalau perlu beratur lebih dari 30 minit, cheq tak sanggup tunggu dah. Cheq akan pergi beli Ayam-haseyo di Domino's Pizza pula. Hihihi... 😋
Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membelinya lagi, cheq sanggup beratur kurang dari 30 minit. Kalau perlu beratur lebih dari 30 minit, cheq tak sanggup tunggu dah. Cheq akan pergi beli Ayam-haseyo di Domino's Pizza pula. Hihihi... 😋
OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Kombo Kepak Ayam Terhangat KOREAN dari Marrybrown. Gembira cheq dapat menikmati menu ini pada petang semalam. Syukur Alhamdulillah 😊
Jumpa lagi di lain entri! 🙋
belum cuba lagi..nampak menarik, review pun cakap sedap, teringin gak nak rasa..yg Domino's dan KFC pun belum try lagi..huhu..
BalasPadamPuas hati makan ayam goreng korea Marrybrown ni..cheq recommend! Domino's Ayam-haseyo ada lagi sekarang, tapi yang KFC punya Korean Crunch tu dah lama stop production, sekejap ja menu dia sempat glamer pun....
PadamAla.. ada ayam korea eh kat Marrybrown.. rugi tak singgah beli..
BalasPadamKena cepat sementara menu ni masih ada, tak pastilah sampai bila depa nak teruskan produksi ayam goreng korea ni...
PadamHarapnya lama lagilah.. Kikiki..
PadamWah, Marrybrown pun dah ada macam-macam menu ya. Tapi dekat tempat saya susah nak jumpa Marrybrown T_T
BalasPadamHuhuu..Marrybrown tak glamer macam McD dan KFC lagi, belum bertaburan di merata ceruk dunia sangat...
PadamWah..rangup nampak
BalasPadamRangup dan pedas, sedap dimakan dengan segera :)
PadamLama dah teman tak terjah Marry Brown nie... Last pegi dulu rasanya masa time bujang dulu kot....
BalasPadamMarrybrown yang dulu tidak sama dengan Marrybrown yang sekarang, sekarang sudah ada banyak peningkatan..hihi
PadamMenggoda sungguh pepagi ni nampak makanan. Haha. Apa² pun sselamat berkenalan awak :)
BalasPadamHihi..ayam goreng memang sangat menggoda. Salam perkenalan FL! :)
Padamterbaek.. sedap ni :)
BalasPadamRangup dan pedas, best :)
PadamMarry Brown ayam goreng dia sedap. Yg lain2.. biasa je, tapi dekat dgn rumah. So, kerap juga makan kat situ.. hehe
BalasPadamBestnyaaa ada Marrybrown dekat dengan rumah..hihi :)
Padamsedap :)
BalasPadamHarga pun berpatutan, best.. :)
Padamnampak sedap... tp kt kat area sy ni marrybrown jauh sikit...
BalasPadammemang sedap, cubalah nanti bila ke sana :)
Padamwow nampak sedap la. kena cuba ni.
BalasPadamcuba jangan tak cuba :)
Padamsgt lama tak ke marrybrown.
BalasPadamada je kat area rumah ni.
problem nyer, ia sebelah menyebelah dgn mcD.
so, anak2 aida opt utk ke mcD.
tak dpt la merasa ayam kpop ni lagi.
Hihihi....kat sini pun McD dekat je dengan MB ni, seberang jalan ja. Tapi cheq tak gemar McD, suka MB lagi 😁
PadamSEDAP TU CPT JE LICINPINGGAN
BalasPadamMemang betul rasa Korean chicken ni, memang sekejap saja boleh licin kotak 😆
Padammemang sedap! cuma BV punya spoil rasa sebab bercampur kannn :D
BalasPadamNanti kalau BV ke MB cawangan yang sama tu lagi, BV sound depa....minta asingkan kentang goreng dengan ayam goreng tu elok2..hihi 😀
PadamSlm
BalasPadamW'slm 😄
Padam