Sabtu, 30 November 2019

Pertama Kali Jejak MYKORI Terus Jatuh Suka!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, okeh kali ni cheq nak story pasai pengalaman pertama cheq pekena pemanis mulut yang sejuk-sejuk di MYKORI pulak... πŸ˜†πŸ¨❄

MYKORI dessert cafe - Cyberjaya, Selangor

Ni sebenarnya cerita dua minggu yang lepas di mana cheq berkesempatan untuk singgah MYKORI dengan sorang member baik cheq di Cyberjaya, Selangoq. Dalam masa beberapa hari cheq berada di Keyelle KL dan Selangor tu, selain menghadiri kenduri kahwin member, cheq sempat juga terjah ke beberapa kedai makan yang menarik untuk dijadikan bahan review di blog ni... yahuu πŸ˜†

MYKORI ni ialah sebuah cold dessert cafe yang terkenal dengan pelbagai jenis hidangan 'kakigori', iaitu ais sagat atau shaved ice yang padat dengan pelbagai jenis perisa yang mantap dan rich. Di Jepun, ais sagat ni dikenali sebagai 'kakigori' πŸ˜„

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

KAKIGORI - Matcha Latte (saiz mini): RM13

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis dan kuantiti produk makanannya. Nampak macam kecil saja saiz hidangan ni tapi jenuh juga cheq nak makan ni, tak mampu cheq nak hadap sampai habih... kalau makan laju-laju satgi cheq kena brain freeze, pedih batang hidung nih πŸ₯ΆπŸ˜‚

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Perisa Matcha teh hijaunya cukup kaw, ais sagatnya smooth dan manis. Rasanya depa bukan sagat ais kosong dulu pastu baru tuang air teh hijau Matcha ni, rasanya macam depa sagat air teh hijau Matcha yang telah dibekukan. Kat tengah-tengah dia ada harta karun kacang merah dan jelly manis. Ni saiz mini saja nih tapi rasa macam regular size ja, tak mampu cheq nak hadap sampai habis. Bukan tak sedap, tapi cheq ni yang tak boleh nak 'pi' dah lepas telan lebih kurang ¾ dari mini Matcha kakigori ni πŸ˜†

Keberbaloian - Berbaloi dengan kuantiti dan kesedapannya. Pada cheq, kalau depa boleh buat saiz super-mini (¾ dari saiz yang ni) dan letak harga RM10, lagi menarik rasanya. Dah boleh kenyang makan ni saja tau πŸ˜‚

Baiklah, calon seterusnya...,

KAKIGORI - Mont Mauve (saiz mini): RM17

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis dan kuantiti produk makanannya. Nampak macam kecil saja saiz hidangan ni tapi hakikatnya bukanlah begitu... πŸ₯ΆπŸ˜†

Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Yang ni member baik cheq yang order.  Wajiblah bagi kami untuk order perisa yang berbeza supaya kami boleh saling mencuba kakigori dengan dua perisa yang berlainan 🧐. Cheq rasa depa bukan sagat ais kosong dulu pastu baru tuang jus blueberry ka apa ni, rasanya macam depa sagat jus blueberry yang telah dibekukan.  Manis dan 'masam-masam buah' rasa kakigori ni, very fruity. Kat tengah-tengah dia ada harta karun buah blueberry, raspberry dan strawberry. Ni saiz mini saja nih tapi gayanya macam regular size ja. Member cheq mampu menghabiskan ni, hebat betoi dia 😎

Keberbaloian - Berbaloi dengan kuantiti dan kesedapannya. Pada cheq, kalau depa boleh buat saiz super-mini (¾ dari saiz yang ni) dan letak harga RM12, lagi menarik rasanya. Dah boleh kenyang makan ni saja tau πŸ˜‚

Seterusnya, next item...,

TAIYAKI - yang di atas: Adzuki Red Bean (RM6), yang di bawah: Chicken Slice & Cheese (RM7

Harga - Pada cheq, harganya agak sedikit up dengan jenis dan saiz produk makanannya πŸ§

Kelazatan - Dari 5 bintang, cheq bagi markah 4 bintang untuk Adzuki Red Bean (kacang merah Adzuki) dan 3½ bintang untuk Chicken Slice & Cheese (kepingan ayam dan keju). Tekstur pastrinya macam croissant. Taiyaki yang di atas tu diisi dengan inti kacang merah Jepun yang manis, manakala yang di bawah tu diisi dengan inti keju bersama kepingan ayam yang telah diproses. Sedap dan mengenyangkan πŸ˜‹

Keberbaloian - Berbaloi dengan harganya sekiranya saiznya dibesarkan sedikit lagi πŸ˜‚

Next, last but not least...,

Coffee Frappe: RM7

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis dan saiz produk minumannya. Nampak macam kecil saja saiz minuman ni tapi jenuh juga cheq nak menghabiskan ice-blended milk coffee yang agak pekat ni πŸ₯ΆπŸ˜‚

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Rasa kopi susunya cukup kaw, manis dan pekatButiran aisnya cukup halus dan smooth. Elok diminum habis sebelum aisnya sempat cair sebab kalau dah cair tu, kemanisannya akan jadi berganda-ganda (oh my god... tingginya kandungan gula dalam air ni, huhuu sekali-sekala takpa la kan? kan?) πŸ˜…πŸ˜‚

Keberbaloian - Kira alright la tahap keberbaloiannya. Puas sudah cheq minum kopi susu ice-blended ni, rasa macam tak mau sentuh dah apa-apa minuman ice-blended dalam masa sebulan dua nih πŸ˜‚

Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan beberapa jenis desserts (dan juga savory pastry) yang cheq sempat cuba di MYKORI di Cyberjaya, Selangor baru-baru ini. Syukur Alhamdulillah πŸ˜„


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

32 ulasan:

  1. İlginç tatlılar ve dondurma çeşitleri 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik dan sedap sekali πŸ¨πŸ˜„

      Padam
    2. wahh..dari turki nih..tau dondurma je..hihi..

      Padam
    3. Tu la pasai, dia speaking Turkish, kita balas Bahasa Melayu ja. Sama-sama guna khidmat Google Translate πŸ˜‚

      Padam
  2. pernah try di Kyoto, kurang gemar sbb ais tu depa sagat besar2...belum try yg di Malaysia, nak gi try jg ni..

    arigatogonzaimas for the review..meleleh ayaq lioq..

    #nak habaq, cheq jg marah ye - Cyberjaya di Selangor, bukan di Kuala Lumpur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi sama-sama KakNO πŸ˜„

      Oooh timakasih KakNO tak marah sebab cheq tersilap buh alamat, okeh dah diperbetulkan. Dok ingat selama ni KL tu macam besaq sangat sampai Cyberjaya dan Putrajaya pun termasuk sekali..hihi 😬

      Padam
  3. Ooooooo ni la yang viral tu. Ingatkan apalah dia mykori tu. Nama orang ka apa ka. Hahahahaha

    BalasPadam
  4. Menarik gila. Nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pun, sila la cuba πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
  5. Saya pernah cuba juga. Pergi masa birthday kawan. Kongsi tiga orang makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pi 3 orang ka 4 orang ka best juga ni kan, sebab besaq sangat portion ais sagat Mykori ni πŸ₯ΆπŸ˜‚

      Padam
  6. uishhh jemmm kalau mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jem otak sebab brain-freeze πŸ₯ΆπŸ˜‚

      Padam
  7. belum pernah try lagi mykori ni..thnks review pasal ni..boleh la standby nak order apa kalo singgah nanti

    BalasPadam
  8. Anak dara SA dah berzikir kat telinga mama dia nak pi sini...nanti mama x bz boleh la pi sini...

    BalasPadam
  9. dekat cyberjaya?? x jauh..boleh la p hihhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pi jangan tak pi JM πŸ˜†πŸ‘πŸ»

      Padam
  10. aida lom masok lg mykori ni.
    bkt beruang mcm ada outlet nyer ni.
    ada satu kat melaka, cenggini juga, CS.
    aida da try.
    semangkuk tu kami share ber5 hi hi...
    what a generous amount. berbaloi dgn harga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishh mesti besar betoi mangkuk ais sagat yang di Melaka tu. Apa nama kedai tu? πŸ˜ƒ

      Padam
  11. Dulu macam tak minat bingsu ni.. Ingatkan macam ABC biasa je. Lepas first time pergi, baru tahu yang bingsu ni ice shaved susu! So halus sangat & berlemak. Review pula kat comment hahaha! Maka mulalah jelajah saya mencari bingsu yang terbaik.. So far Hanbing Korean Dessert.. Boleh try ya πŸ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik tu! Cheq tak try lagi versi Korea punya patbingsu, tapi memang ada plan nak cuba juga nanti πŸ˜†

      Padam
  12. Kakigori nampak sedap wehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan saja nampak sedap, memang sedap pun πŸ˜†

      Padam
  13. Menarik giler semua kakigori dia. terasa nak cuba matcha latte tu lah sebab suka matcha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba jangan tak cuba, berbaloi-baloi..πŸ˜†πŸ‘πŸ»

      Padam
  14. mykori kt area rumah sy ni pun tak terjah lg hehehehe tp bc dr pelbagai review ramai yg suka mykori ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mem besar dok pandang boba tea dengan chocolate cakes saja kot nih, tu yang tak terjah lagi mykori tu πŸ˜†

      Padam
  15. Minat rasa masam-masam manis beri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai sangatlah kalau nak cuba mont mauve kakigori tu πŸ˜„πŸ‘πŸ»

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤