Jumaat, 25 Oktober 2019

Segmen 1st Blogversary TWJ

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pahabaq semua? Cheq harap semua tengah sihat wal'afiat dan happy happy saja di bulan Oktober ni naa... ada yang tengah dok buat maruku ka sekarang ni? Hihi 😎✨


Hmm... rasa macam dah agak lama cheq tak join apa-apa segmen blogger kan, paihtu bila jenguk blog The Wonderful Jannah baru-baru ni, eh ehh... ada segmen ulang tahun blogversary lah, dah setahun umur blognya. Tahniah cheq ucapkan buat cik JR kita 👏🏻😄🎉



Selasa, 1 Oktober 2019

Panda Datang Membawa Nasi Kukus Daging Bakar Thai

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hangpa suka makan daging bakar hiris nipis-nipis pastu cicah dengan sos special ala Thai dak? Haaa... dalam entri kali ni izinkan cheq untuk berkongsi dengan hangpa semua kat mana ada juai Nasi Kukus Daging Bakar Thai yang boleh tahan sedap kat negeri Perlih nih... 😋

Set Nasi Kukus Daging Bakar Thai (RM12.90) dari restoran Nasi Kukus Buloh Kuning, Perlis.