Salam tahun baru semua! 🙋🏻♀️✨
Negeri Peghelih yang kecik cinoni ni agak padat dengan kedai makan. Kalau hangpa tersesat jalan kot mana pun, mesti akan berjumpa dengan kedai makan, atau gerai makanan di tepi jalan. Macam-macam jenis masakan dan minuman ada di sini yang boleh didapati di pelbagai restoran, warung, cafe dan pasar malam/siang... dari yang harga marhaen sampailah ke harga 'titeti'. Tapi entri ni bukan pasai makanan 'titeti' la, cheq nak review pasai nasi ayam power yang harganya cukup berbaloi-baloi 🤭😬
|
Nasi ayam (RM9.80), kopi ais (RM3.30) dan teh ais cincau (RM4.90) dari kedai Piee Nasi Ayer - harga dari aplikasi foodpanda 📱🐼 |
Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan amatlah berpatutan dengan kualiti, kelazatan dan saiz/portion makanannya yang cukup memuaskan, serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang almost always tiptop 👍🏻✨
Kelazatan - Nasi ayam kedai Piee Nasi Ayer kat area Repoh tu boleh dikatakan antara yang terbaik yang cheq pernah makan, harga pun dalam kategori murah, pastu portion dia pun cukup memuaskan. Kelazatan nasi ayam depa ni memang tak dapat cheq nak nafikan. Siapa yang kata tak sedap tu, mungkin ada masalah deria rasa. Bukan cheq sorang saja yang kata sedap, parents dan kakak cheq pun kata sedap nasi ayam Piee ni. Ayam gorengnya lembut dan agak moist di dalam, garing di luar. Sos cili, kicap dan sup depa memang special, membuatkan nasi ayam ni jadi lazat tahap boleh challenge nasi ayam dari kedai-kedai lain yang lebih mendapat perhatian. Cheq bagi markah 4¾ per 5 bintang untuk nasi ayam depa 👍🏻✨
Kopi ais dia cukup 'kaw' dan manisnya tidak melampau, just nice. Ais jenis tube dan meriah kuantitinya. Besar juga portion minuman ni, macam untuk dua orang minum. Cheq cukup suka kopi ais yang tak terlampau manis macam ni, rasa kopi dia tak tenggelam dek susu pekat manis tu. Cheq bagi rating 4½ per 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana 😄
Minuman teh ais cincaunya pula... wow! Baru cheq sedar yang kombinasi teh susu dan cincau sangatlah 'ngam' rupanya. Sebelum ni cheq biasa minum soya cincau dan sirap bandung cincau ja. Ni baru ada peluang untuk mencuba teh ais cincau. Marvelous! Cheq bagi markah 4½ per 5 bintang. Nanti nak pesan teh ais cincau lagi 😆
Keberbaloian - Cukup berbaloi-baloi
order dari kedai Piee Nasi Ayer ni. Makanan sedap,
pricing berpatutan dengan
portion yang memuaskan. Harga di aplikasi
foodpanda pun masih dalam kategori berbaloi, kalau pi makan kat kedai tu atau tapau sendiri, lagi murahlah harga dia. Semoga bisnes kedai ni bertahan lama. Ini bukanlah entri berbayar tau, cheq
review ikhlas punya 😎👌🏻
Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan nasi ayam, kopi ais dan teh ais cincau dari kedai makan Piee Nasi Ayer yang ada di Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊
Jom kita pakat payung bisnes tempatan dengan lebih kencang! 💪🏻😎✨
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
Nampak sedap semuanya tu.
BalasPadamDah repeat order nasi ayam ni beberapa kali dah 😆
Padamleng kali ajak kite sekali tau hahaha
BalasPadamNak buat sesi makan mukbang online ka? Dok jauh ni.. 😂
Padamhappy new year utk cik suerin sekeluarga
BalasPadamHappy new year to u too, mem Anies 😎🎉
Padam