Jumaat, 25 Mac 2022

Krim Mujarab untuk Atasi Masalah Sakit Sendi? Mujarab Betoi ka?

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Hadoih... agak lama cheq menyepi tak hapdet blog ni sebab tadak mood langsung nak berblog bila kesihatan tengah tak begitu baik ni. Lutut kanan cheq buat hal lagi sejak beberapa minggu yang lepas, rasa sengal dan sakit-sakit menyucuk setiap kali nak bangun dari duduk, nak turun dan naik tangga, nak solat dan sebagainya. Mood nak buat apa-apa aktiviti pun kelautlah jadinya 😞😓