Rabu, 30 Disember 2020

Halau dan Halang Burung Ciak Rumah dari Mengotori Harta Benda Anda?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, dah pakat bersedia untuk masuk tahun baru 2021? Bersedia ka tidak, kita kena tempuh juga naa... Fighting! 💪🏻😷

Baiklah, dalam entri ni cheq nak merungut berkongsi cerita sikit pasai haiwan perosak/pengacau selain dari hat yang lebih normal tu (macam tikus, lipas, cicak, lalat dan lain-lain yang lebih common tu). Ya, burung Ciak Rumah (matsalleh kata sparrow) pun termasuk dalam kategori haiwan perosak ni sebab dia boleh berak di atas kereta, hinggap di ruang veranda rumah dan berak sana sini, hinggap pada kain baju bersih yang kita penat-penat sidai di ampaian lepas tu berak sakan kat atas kain baju yang tak bersalah tu, curi dan kotorkan makanan orang yang terdedah di atas meja dan juga buat sarang pada ruang belakang sisir tingkap. Eeeeh geramnya. Kuajaq sungguh! 😤😠

Sabtu, 26 Disember 2020

Digital Arts Giveaway by Cuya

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua... hah mai tengok Giveaway yang ni pulak, anjuran cik blogger Cuya kita yang comei tu 🤓🌼

Jumaat, 18 Disember 2020

Mini Giveaway Acrylic Painting by Ema

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, mai tengok ni! Ada seorang blogger yang terra (pandai) melukis di atas canvas tu sedang menganjurkan sebuah Giveaway yang mana hadiahnya ialah sebuah lukisan akrilik bersaiz mini, hasil lukisan beliau sendiri... 💁✨


Ahad, 13 Disember 2020

Buat Pankek Mini Guna Tepung Waffle Jadinya Sedap!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu dan juga selamat menjalani PKPP/B/D dengan tenang. Hangpa sempat kejar Online Sale 12.12 dak? Alhamdulillah cheq sempat membeli beberapa produk yang cheq idamkan dari Shopee dengan diskaun menarik dan kos penghantaran percuma... hihihi, horey horey 😆✨

Baiklah, entri kali ni ialah entri memasak. Sebelum ni cheq dah buat waffle terbakaq kan, kali ni cheq buat pankek mini pula dengan menggunakan tepung waffle yang sama 👩🏻‍🍳✨

Proses cheq membuat pankek mini menggunakan Tepung Waffle Crispy dari jenama MATAF.

Sabtu, 5 Disember 2020

Beli Keropok Ikan Tamban Pengkalan Setar Original dari Marang

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, entri pertama cheq untuk bulan Disember ni ialah entri review produk makanan lagi. Ya, topik makanan ialah topik yang cukup menarik untuk dibincangkan 😂😋. Sapa yang suka makan keropok ikan Tamban yang asli mai dari negeri Terengganu tu, jemput untuk taip "saya!" di ruangan komentar 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️😆

Keropok Ikan Tamban Pengkalan Setar, original mai dari Marang, Ganu kito (RM14.90/500g) 🤤👍🏻