Isnin, 9 Ogos 2021

Aiskrim Vanilla Homemade yang Paling Mudah untuk Dibuat

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam bulan kemerdekaan dan juga salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia πŸ§•πŸ»πŸ€πŸ»✨

Dalam entri yang lepas, cheq cakap pasai aiskrim buatan sendiri. Dalam entri yang ni pun, cheq nak sembang pasai aiskrim buatan sendiri lagi, tapi kali ni berbeza sikit resipinya sebab ada tambah ovalet πŸ€“


Resipi aiskrim yang ini pun cheq cilok idea dari Youtube juga. Pertama kali cuba buat aiskrim vanilla sendiri nih, Alhamdulillah kiranya menjadi la juga walaupun tidaklah sesedap seperti aiskrim vanilla Walls tuu... πŸ‘©πŸ»‍🍳🍦


➤ Bahan-bahan:

✎ Susu lemak penuh (~400ml)
✎ Perisa vanilla (2 penutup botol)
✎ Ovalet (2 sudu besar)
✎ Susu pekat manis (¼ tin)

*kuantiti bahan-bahan ini boleh diubah mengikut citarasa masing-masing ya... πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ€“


➤ Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan di dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga sebatian bertukar menjadi kembang penuh berkrim (kisar selama lebih kurang 30 saat).

2. Tuangkan sebatian ke dalam bekas kedap udara yang sesuai dan semestinya tahan sejuk beku, kemudian simpan di dalam freezer semalaman.

3. Keluarkan aiskrim vanilla anda dari freezer dan enjoy! πŸ˜‹


Cheq makan aiskrim vanilla ni dengan coklat tiub (Koko Tube) dan kacang tumbuk πŸ€“πŸ‘ŒπŸ» 


Selain aiskrim vanilla, cheq ada cuba buat aiskrim Milo juga. Bahan-bahannya: susu lemak penuh, susu pekat manis, ovalet dan Milo. Hasilnya? Boleh tahan, sedap juga... πŸ˜†πŸ‘πŸ»




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

12 ulasan:

  1. wahh..menjadi..sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang nak bikin, juga lebih bersih dan selamat untuk dimakan di kala pandemik ni.. cheq takut demam kalau kot termakan aiskrim beli yang contaminated πŸ˜…πŸ¦

      Padam
  2. Balasan
    1. Rajin pun sebab nak makan aiskrim homemade yang pastinya lebih selamat dan bersih 😬

      Padam
  3. Wah,lepas ni CS boleh cuba buat aiskrim perisa lain pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu JR, cheq nak try buat aiskrim jagung pulak lepas ni πŸ˜†

      Padam
  4. Lepas ni bolehlah buat jualan

    BalasPadam
  5. dah boleh buat berniaga ni cik suerinπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  6. Sedapnya dicampur dengan coklat dan kekacang tumbuk tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buh sos karamel pun sedap jugak πŸ˜‹

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤