Selasa, 9 Julai 2024

Tema Selera Korea di Marrybrown kali ini ialah Gangjeong dan Kimchi

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Macam mana dengan aktiviti hangpa semua pada hari cuti Maal Hijrah baru-baru ni? Ada tengok show autobots berlawan sesama geng sendiri kat atas pentas dak? 🀭😬
Kimchi Rice Bowl (single) with Gangjeong Chicken (RM11.90) - harga dari aplikasi foodpanda 🐼🏍

Sudah agak lama rasanya cheq tak pekena Marrybrown, maka petang kelmarin cheq pun terus ushar menu Mb yang ada dalam aplikasi foodpanda saja... belek punya belek, uiiih... ada menu item Korea yang baru laa, ada nasi goreng kimchi dengan ayam goreng bersos Gangjeong! πŸ˜†

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya yang bersesuaian serta servis penghantaran foodpanda yang selalunya laju dan reliable πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Nasi goreng kimchi Mb ni pedas menyengat baqhanggg, tapi masih sedap rasa dia. Masam-masam kimchi pedas berapi gitu, tak sesuai untuk orang yang tak tahan dengan makanan pedas. Nasib baik la cheq ada order ayam goreng Mb yang original juga, ngam betoi dengan nasi goreng kimchi yang pedas ni. Agak berkesan juga la ayam goreng tu untuk kurangkan kepedasan dia, boleh hentam makan sampai habis licin. Perut pun rasa agak panas lepas tu πŸ˜‚ 

Keberbaloian - Berbaloi bila tadak mood nak drive keluaq semata-mata kerana nak pi tapau dinner dan beratoq panjang di Mb pada petang hari cuti umum di kala cuaca yang kurang menentu. Foodpanda kan ada, sedia berkhidmat. Gunalah ia dengan sebaiknya πŸΌπŸ“±πŸ˜†


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Kimchi Rice Bowl dari Marrybrown cawangan Arau, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊 

Support Marrybrown, support our local brand πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

8 ulasan:

  1. nampak sedappp boleh try jg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lidah dan perut memang jenis tahan makanan pedas, sila sila cuba πŸ˜†πŸŒΆ

      Padam
  2. alamak...nak try, tapi takot tak kena tekak..hihihi...selalu makan nasi kandar MB je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu order 2 gelas ayaq ais apa-apa yang manis dulu sebelum nak makan tu, pedas baqhanggg.. πŸ˜†

      Padam
  3. PEMINAT MAKANAN KOREA MESTI SUKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tahan pedas tu mesti suka πŸ˜†

      Padam
  4. wahhh ada yer, anak kak ana mesti suka ni. tq Cik Suerin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anak jenis suka makanan pedas, boleh la dia makan ni 😬
      Welcome, AJ 😘

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤