Isnin, 10 Jun 2024

Kelazatan Bihun Sup Ayam dan ABC dari Restoran Sri de Orkid, Perlis

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Hangpa tau dak, kat Perlis ni ada satu 'port' baik punya di Arau untuk pekena bihun sup utara dan ABC yang boleh dikatakan cukup power level kelazatannya? Ooh no no, ini bukan entri berbayar naa... cheq puji depa melambung ni sebab memang cheq sudah genuinely 'terjatuh suka' pun dengan bihun sup ayam dan ABC dari kedai makan ni. Pertama kali cuba teruih tersangkut weiii... πŸ€€πŸ€“

Sri de Orkid punya bihun sup ayam (RM9) dan ABC (RM6.75). Harga dari aplikasi foodpanda 🐼

Pada petang Ahad yang cuacanya agak tak menentu semalam, cheq malaih nak keluaq pi tapau dinner, maka cheq pun buka sajalah aplikasi foodpanda kat smatpon dan cari bihun sup ayam. Tengok-tengok ada restoran Sri de Orkid available, pastu ABC dia pun nampak mengancam yang amat, maka cheq pun order la bihun sup ayam dan juga ABC satooo... πŸ€€πŸ€“

Baiklah, cheq kupas pasai bihun sup ayam depa dulu. Bihun yang depa guna ialah bihun kuning yang biasanya menjadi pilihan para peniaga bihun sup utara. Cheq pun lebih gemar dengan bihun kuning berbanding bihun putih yang selalunya mempunyai tekstur yang lebih lembut. Bihun kuning yang kurang lembut dan agak 'dry' ni memang sangat serasi apabila dipadankan dengan sup ayam atau daging. Pendapat cheq berkenaan sup ayam depa ni pula, fuhh... memang padu rasa dia dan tidak berminyak mana. Cheq rasa macam sudah lama cheq tak pekena bihun sup ayam utara yang very the marvelous macam ni, dengan gabungan rasa harmoni limau nipis dan cili hitamnya lagi, memang terserlah la 'wow factor' dia. Cheq bagi markah 4¾ bintang dari 5 bintang. Portion pun memuaskan, sup tak kedekut, sedap dan berbaloi dengan harganya 😎 

Item seterusnya, ABC atau nama penuhnya Ais Batu Campur. Nama lainnya ialah Ais Kacang. Dia punya rasa tu memang "chef's kiss" betul la, sirap dan susu dia cukup padu dan menggamit nostalgia sungguh. Portion pun cukup memuaskan, berbaloi dengan harga serta kesedapannya. Kacang tanah bakar depa bubuh hat sebiji-sebiji tu tau, bukan hat style ABC yang bubuh kacang tumbuk merapu tu. Ini barulah kena gayanya, ABC kenalah ada kacang tanah bakar yang whole, so takda la orang nak terbatuk-batuk masa makan ABC disebabkan oleh kacang tanah hancur yang mengusik tekak. Selain pemilihan versi kacang tanahnya yang tepat, bahan-bahan lain yang best yang ada termasuklah cincau (lengkong), hirisan buah pala, nata de coco (sari kelapa), jagung, sagu dan biji selasih. Cheq bagi markah 4¾ bintang dari 5 bintang 😎

Baiklah, setakat ini sahaja entri food review cheq buat kali ini. Alhamdulillah. Ini pendapat personal tekak cheq saja naa, tekak orang lain pula tak pastilah macam mana. Lain masa nanti cheq nak cuba depa punya nasi ayam panggang, cendol pulut dan bihun sup daging 😎✨ 


Jumpa lagi di lain entri! 

πŸ™‹

6 ulasan:

  1. Uiiiiii sedap niii πŸ˜‹πŸ€€

    BalasPadam
  2. sedapnyaaa bihun supπŸ‘πŸ‘πŸ‘kalau sy mkn bihun sup sy prefer letak isi ayam byk2 rs nikmat je bla mkn😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka style bihun sup yang ada isi ayam sampai tutup penuh permukaan bihun tu ka? Dasyat selera mem besar kita ni.. 🀭

      Padam
  3. pandang pun dh terlioq ceq oi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best bihun sup sini, KakPI πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤