Sabtu, 20 Julai 2024

Resipi Ais Kacang ABC Homemade Tanpa Alat Pengisar Ais

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Hangpa pernah cuba buat ais kacang/ABC sendiri kat rumah walaupun hangpa tak ada mesin atau alat pengisar ais dak? 😅😆


Cheq sebenarnya dapat ilham untuk membuat ais kacang ni dari resipi aiskrim Malaysia yang cheq terjumpa di Youtube. Resipi asas untuk membuat aiskrim Malaysia tu bukanlah original idea cheq tau... (disclaimer) 😂


▶ Bahan-bahan:

✎ Susu sejat Ideal (1 tin)
✎ Susu pekat manis F&N (½ tin)
✎ Air (600ml)
✎ Gula perang (1 cawan)
✎ Garam bukit (½ sudu teh)
✎ Pekatan sirap ros Ameen (2 sudu besar)
✎ Cincau/lengkong (secukupnya)
✎ Jagung dalam tin (secukupnya)
✎ Kacang tanah (secukupnya)

*kuantiti bahan-bahan ini boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing naa... 👩🏻‍🍳✨


▶ Cara-cara:

1. Masukkan 500ml air ke dalam periuk saiz sederhana, kemudian campurkan susu sejat, susu pekat manis, gula dan garam. Kacau dulu sehingga agak-agak dah sebati tu, kemudian baru letakkan di atas dapur, api sederhana kecil. 

2. Kacau secara berterusan supaya larutan air susu ni tak mudah berkeladak, sampailah dia mendidih. Masukkan pekatan sirap ros, tambah air lagi (100ml) dan terus kacau selama lebih kurang 1 minit. Tutup api. 

3. Biarkan larutan air sirap bandung panas ni seketika sehingga sejuk pada suhu bilik, ataupun boleh letak dalam peti sejuk di bahagian chiller selama lebih kurang 20 minit. 

4. Sediakan cincau, isi jagung, bekas jug yang ber'muncung' dan plastik Aiskrim Malaysia. Cheq guna plastik aiskrim yang moden hat ada ziplock teruih tu, mudah kerja. Cari kat Shopee ja 😬😆

5. Dengan cermat dan berhati-hati, masukkan cincau dan isi jagung ke dalam plastik aiskrim dengan menggunakan sudu kecil, kemudian tuangkan larutan sirap bandung tadi (yang telah ditapis setelah sejuk) ke dalam plastik aiskrim tersebut. Jangan tuang sampai penuh plastik, biar ada sedikit ruang (~5mm) antara ziplock dan paras air sirap bandung tu. Zip kemas-kemas. 

6. Simpan di dalam peti sejuk kat bahagian freezer. Setelah lebih kurang 24 jam, aiskrim Malaysia versi ais kacang ni bolehlah dinikmati setelah dipatah-patahkan dan dihancurkan secara manual dengan menggunakan sudu sahaja. Tambahkan kacang tanah panggang yang rangup, maka lengkaplah ais kacang homemade tanpa alat pengisar ais ni 🍨😙

Rasa dia memang sebijik la macam ais kacang basic yang biasa dijual kat mana-mana restoran, kalau hangpa nak bagi jadi special lagi, silalah tambah apa saja bahan-bahan lain yang hangpa suka... buah kabung, hirisan buah pala, biji selasih, sagu, nata de coco, cendol... and the list goes on 😎


Kalau hangpa rasa malaih nak hancurkan dia bagi jadi macam rupa ais kacang, hangpa boleh la terus makan macam Aiskrim Malaysia ja... buka plastik dan ngappp 😂


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

17 ulasan:

  1. huiisshhh mmg sedap ni makan masa cuaca panas2👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best makan aiskrim yang dibuat sendiri ni, kebersihan pun lebih terjamin 😎

      Padam
  2. Balasan
    1. Gerenti sedap resipi ni, boleh cuba buat ni kalau tak percaya 😆

      Padam
  3. Thanks for your sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by, Cam 🍧✨

      Padam
  4. Oh? Boleh buat tanpa pengisar eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Versi Aiskrim Malaysia, ya boleh 🤭🤓

      Padam
  5. sedapnya aiskrim homemade

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyaman lagi menyelerakan 🍧👍🏻

      Padam
  6. Menarik cuma kalau boleh test dulu mesti best ni. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena test resipi ni dulu la baru boleh test hasilnya 😂

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤