Salam semua! ππ»♀️✨
Cuba hangpa bayangkan situasi yang macam ni: Suatu pagi yang nyaman di hujung minggu, perut pun berbunyi minta diisi. Kemudian, hangpa teringat dalam peti ais ada lebihan satey ayam yang hangpa simpan dari dinner semalam. Hangpa pun pergi ke dapur untuk menyelongkar peti ais, kemudian nampak ada roti wrap, tomato, mayonis dan juga honey mustard sauce. Otak pun secara otomatis memberikan idea untuk membikin wrap berintikan satey ayam campur hirisan tomato. Lebih cun kalau ada daun salad (lettuce)... akan tetapi, sudah agak lama hang tak beli daun salad. Maka, otak pun memberikan idea lagi, apa kata kalau hang pi petik pucuk ulam raja yang sedang merimbun di luar sana? π€✨
Maka, lahirlah Satey Ayam Ulam Raja Wrap yang very the marvelous, nutritious and yummy ini! πππ»
Serius cheq cakap, baru sedar yang ulam raja sangat sesuai dijadikan pengganti kepada sayur lettuce. Nanti ni cheq nak cuba makan dengan burger pula. Sebelum ni cheq cuma tau makan ulam raja cicah sambal ja, makan dengan nasi putih dan ikan keli goreng. Baguih betoi la ulam raja ni, dah la mudah ja nak tanam dia, hidup subur pula tu dalam iklim khatulistiwa kita yang panas dan lembap ini. Kalau nak harap tanam lettuce sendiri, haihhh payah betoi laa dia nak hidup kat negeri Perlih ni. Sini iklim sub tropika dah, bila mai musim panas dan kering, dia punya bahang panaih tuu memang 'lit-lit' punya. Toksah mimpilah nak tanam lettuce kat sini, melainkan hangpa ada greenhouse. Better tanam ulam raja sajalah, jauh lebih bermanfaat dan cost-effective π¬
Selain mudah ditanam dan hidup subur dalam iklim sub tropika dan khatulistiwa, ulam raja ni juga dikenali dengan pelbagai khasiatnya yang cukup hebat. Ulam raja yang merupakan spesies Cosmos ini sangatlah kaya dengan vitamin C selain mempunyai sifat diuretik, anti mikrobial, mampu meningkatkan fungsi anti kencing manis dan anti tekanan darah tinggi, juga membantu pembentukan tulang, mengurangkan risiko strok, mencegah masalah nyanyuk dan kecelaruan kognitif... dan etc etc manfaat kesihatan yang lain πͺπ»π
Kesimpulannya, marilah kita lebih menghargai ulam dan sayur-sayuran tempatan π
Jumpa lagi di lain entri!
π
Ulam raja sedap.. Tapi, tak dapat bayangkan pulak rase dia dengan wrap tuh.. Kikiki
BalasPadamTry laa.. serius sedap tau π
Padamx peee
BalasPadamjanji sedap
dan mengenyangkan
π
Sedap, mengenyangkan dan sangat berkhasiat lagi π
Padampos ke sini sikit?
Padamhahaha
Kalau boleh hantaq via komen ni dah hantaq dah π
PadamBrilliant idea! PokNaa pun nak buat macam ni lah.πππ»ππ»
BalasPadamBaguih kita geng! ππ»π€π»π
PadamThanks for your sharing
BalasPadamThanks for dropping by! ππΌ
PadamWah...good idea sbb food preparation saya banyak guna salad....tapi kita rumah bertingkat2..rasa2 ulam raja tu boleh idup ke? atau beli weekend kat pasar sahaja..hehehehehe
BalasPadamBoleh cuba tanam benih ulam raja dalam pasu, lepas tu letak di balcony atau tepi tingkap supaya pokok dapat cahaya matahari. Siram sekali sehari pada waktu petang atau awal pagi π€
PadamLettuce? Entah la... uncle ni tau makan je.... hehehhee
BalasPadamUncle, elok kalau amalkan ulam raja ni, banyak khasiatnya π€
Padamsaya baru tahu ada tanaman ini, ulam raja ya sebutannya
BalasPadamkalau dilihat sekilas dari fotonya, mirip seperti tanaman "kenikir" kalau di daerah saya
Ooh nama Indonesia dia "kenikir" ya, comel namanya π
PadamUlam raja byk khasiat...tak pernah lg buat wrap mcm ni..good idea..
BalasPadamTry la nanti KakNO bila ada kesempatan, sedap buat wrap ulam raja macam ni π€
PadamUlam raja ni memang mudah hidup subur .
BalasPadamLebih berkhasiat dari lettuce pulak tuu.. π€ππ»
Padam