Isnin, 26 Oktober 2026

Pekena Nasi Ayam Sos Thai dari FC2 Chicken Rice Kangar

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Baru-baru ni cheq ada try nasi ayam sos Thai dari FC2 Chicken Rice Kangar (by Ola Rempah). Sebelum ni dah biasa order nasi ayam roasted dari depa ni, not bad. Kali ni cheq terpanggil untuk mencuba nasi ayam sos Thai pula, gara-gara terlioq tengok gambaq kat menu depa di foodpanda punya pasai 🀭

Nasi ayam sos Thai (RM12.30), harga dari aplikasi foodpanda πŸ“±πŸΌ

Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan sudah berpatutan dengan kualiti, kelazatan dan saiz/portion makanannya yang cukup memuaskan, serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang almost always tiptop πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan -  Nasi ayam sos Thai ni portion dia agak besar, harga pun berpatutan, pastu fillet ayam goreng pun agak besar, puas makan. Tapi timun 2 potong tu pulak rasa macam tak cukup ja, kena tambah potong timun dari stok sendiri kalau ada, preferably timun Jepun. Ngam betul rasa sos Thai ni dengan timun, fillet ayam goreng dan nasi ayam. Sedap betul rasa sos Thai depa bagi ni, dan baguih tak kedekut sos, lebih dari mencukupi. Cheq bagi 4½ per 5 bintang. Kebarangkalian untuk cheq repeat order ni boleh dikatakan tinggi πŸ˜‹


Keberbaloian - Kira berbaloilah order dari FC2 Chicken Rice Kangar ni. Makanan sedap, servis laju dan harga pun berpatutan dengan portion yang boleh dikatakan agak besar. Harga di aplikasi foodpanda pun masih dalam kategori berbaloi. Kalau kita pi makan kat kedai tu atau tapau sendiri, lagi murahlah harga dia πŸ˜ŽπŸ‘ŒπŸ»


Sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan nasi ayam sos Thai 😊


Jom kita pakat payung bisnes tempatan dengan lebih kencang! πŸ’ͺ🏻😎✨


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤