Isnin, 10 Julai 2023

Burger Ayam Goreng pun Ada di Kedai Kopi Kita selain Nasi Goreng

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Kalau hangpa dok kat negeri Perlis, hangpa tau dak yang hangpa boleh order burger ayam goreng crispy ala-ala macam burger Zinger Kepci atau burger Hotouch Mb tu di Kedai Kopi Kita, kedai makan yang ada di Kangar kat area Taman Sena Indah tu? Cheq pun baru tau ni sebenarnya hihi... 🀭😬

Burger ayam goreng (RM11.30) dan kentang goreng (RM7.50) dari Kedai Kopi Kita di Kangar, Perlis - harga dari aplikasi FoodPanda

Lewat petang kelmarin cheq rasa macam teringin nak makan burger ayam dan kentang goreng for dinner, tapi macam tak ada mood nak drive keluaq pi cari burger pulak pada waktu hujung minggu, maka cheq pun ushar dan belek-belek selongkar aplikasi FoodPanda sajalah cari burger ayam... sekali ternampak ada burger ayam goreng available di Kedai Kopi Kita. Nampak macam menarik ja, cheq tak pernah try lagi ni, order hat ni jalahhh... πŸΌπŸ“±πŸ˜†

Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya yang besar serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang cukup baik πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan -  Burger ayam goreng yang agak besar gedabak ni ada crispy fried chicken fillet yang agak tebai dan padu, rangup di luar dan lembut di dalam. Sangat mengenyangkan. Tengok gaya rupa burger ni macam ada iras-iras Mb Hotouch burger tapi dengan fillet ayam yang lebih rangup di bahagian luarnya. Rasanya macam ada telur goreng sikit di bahagian bawah fillet ayam ni, kemudian ada sayur lettuce dengan sidikit mayonnaise di bahagian atas chicken fillet goreng tu. Overall, rasa burger ni not bad dah, cuma kalau boleh ditambah dengan apa-apa special sauce yang sesuai, boleh pergi jauh lagi ni. Kentang goreng dia digoreng dengan agak baik, tak lembik dan tak ada yang rentung, cuma kurang crispy sajalah. Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang untuk burger dan fries dia sekali. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Berbaloi jugalah memesan burger dan fries ni melalui aplikasi FoodPanda. Kali ni cheq dapat guna voucher diskaun RM5. Rider pun sampai beberapa minit lebih awal dari jangkaan πŸ˜ŽπŸ‘


Selain burger and fries, cheq ada juga order nasi goreng cina (RM7.50 - harga dari aplikasi FoodPanda) dari Kedai Kopi Kita ni. Nasi goreng cina ni ditanda sebagai 'popular item' di dalam menu dia kat dalam aplikasi FoodPanda tu. Patutlah popular pun, memang sedap rasanya, big portion pulak tu... dan ada agak banyak daging ayam dalam nasi goreng ni πŸ‘πŸ»✨


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan burger ayam goreng, kentang goreng dan juga nasi goreng cina yang cheq order dari restoran Kedai Kopi Kita yang beroperasi pada waktu malam sahaja (7 - 11pm) di Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

14 ulasan:

  1. Thanks for your sharing, have a lovely week...

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks, you too Cam πŸ’–

      Padam
  2. Cuya pon baru saja guna voucher rm5 tu order foodpanda.
    Harini belanja ibu dn ayah kepci

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan bila selalu ada voucher FoodPanda yang boleh kita guna πŸ€“

      Padam
  3. Alah... ingatkan dia boleh hantar sampai cheras!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat area Cheras tu rasanya lagi kreatip kut para penjual burger yang ada di sana, mesti ada burger ayam goreng versi sana juga uncle πŸ˜†πŸ”

      Padam
  4. kalau che sue yang makan rasa berbaloi ni mesti sedap dah kan... hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burger dia cheq bagi B+, nasi goreng dia cheq bagi A πŸ˜†

      Padam
  5. wow dapanya kenyang yu mkn nasi goreng n beger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur nikmat 🀲🏻✨

      Padam
  6. Burger ayam goreng selalu tak menghampakan especially Ramly.. Tak kedekut isi dan mayo pun banyak sampai melimpah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringin jugak cheq nak try burger yang memang dari official Ramly Restaurant punya, tapi kat Perlih ni belum ada lagi cawangannya huhuu πŸ₯Ί

      Padam
  7. Bagus kedai dia…takdelah dpt burger yg readymade tu je. Ammi tak ada apps FP dlm phone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia upgrade menu burger dia bagi jadi lebih kretip dan menarik πŸ€“

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤