Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu di hujung bulan Jun. Sapa di sini yang sudah pernah makan apa-apa hidangan dari restoran tempatan yang bernama KOPITAN? ๐ค
|
Kopitan Fried Rice (RM9.20) dan Fried Prawn Dumpling (RM6.90) - Harga dari aplikasi FoodPanda |
Petang tadi, cheq rasa teringin pulak nak makan nasi goreng dan dumpling udang goreng untuk makan malam, tapi macam tak ada mood nak mask-up and drive keluaq pi ke Kopitan di Kangaq tu pulak kennn, maunya nak kena tempuh satu SJR lagi kat tengah-tengah jalan tu (aaarh...), jadinya cheq pun ushar dan belek-belek sajalah menu Kopitan Kangar dalam aplikasi FoodPanda tu, setelll... ๐ผ๐ฑ๐
Harga - Pada cheq, harganya cukup berpatutan dengan kualiti dan portion nasi gorengnya yang boleh dikatakan sangat besar, serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang tiptop ๐๐ป✨
Kelazatan - Nasi goreng: Cheq bagi 3½ bintang dari 5 bintang. Nasi gorengnya digoreng dengan sekata, tidak lembap dan tidak juga kering, juga tidak begitu berminyak. Rasa nasi gorengnya saja kira OK la... tidak begitu flavorful, maka sebab inilah rasanya depa bagi sos cili special ala sambal (yang pedas) dalam peket khas untuk dimakan sekali dengan nasi goreng ni. Pada cheq, apa yang menceriakan hidangan nasi goreng Kopitan ni ialah beberapa ketulan fillet ikan goreng dan juga telur goreng yang disertakan sekali. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana kennn... ๐ค
Dumpling udang goreng: OK, yang ni cheq bagi 4 bintang dari 5 bintang. Cukup rangup dan crispy di luar, lembut di dalam. Rasa inti udangnya agak padu dan ini membuatkan cheq rasa portion per serving yang cheq dapat ni agak kejam (dapat 3 ketoi ja, ingatkan nak buleh 5 ketoi ka paling kurang... awatlah Kopitan tak sertakan gambaq dumpling ni dalam menu FoodPanda tu haa? ๐). Nanti bila cheq nak order dumpling udang ni lagi, cheq akan order lebih daripada 1 serving. Patutlah harganya nampak macam agak 'generous', padanlah 3 ketoi ja rupanya per serving ๐ฌ
Keberbaloian - Berbaloi memesan makanan dari Kopitan, dan juga berbaloi memesan makanan melalui aplikasi FoodPanda ni, tidak akan pernah kunafikan lagi. Rider FoodPanda tiba beberapa minit lebih awal daripada waktu yang dijangkakan ๐๐✨
OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Nasi Goreng dan Dumpling Udang Goreng dari restoran KOPITAN. Syukur Alhamdulillah ๐
Jumpa lagi di lain entri!
Local food ? Seems ฤฑnteresting, thanks for your sharing...:)
BalasPadamLocal Penang delights, Malaysian food ๐ค
Padamterbaik ceq oder ja nk mkn apa ya
BalasPadamOrder online ja zaman la ni KakPI, senang cerita ๐
PadamPertama kali dengar tentang Kopitan ni. Memang ada di Utara saja ke?
BalasPadamNama penuh dia Kopitan Classic Penang Delights. Setakat ni outlets dia ada di negeri Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, Pahang dan Johor. Banyak makanan sedap dan special yang ada dalam menu Kopitan nih... JR boleh try tengok website dia kat sini: kopitanclassic.my ๐ค๐๐ป
Padamoo...ingatkan nasi goreng pattaya...dumpling udang 3 ketoi tak cukup..hihi..sedappp..
BalasPadamTu la tu...nanti cheq nak order 3 set dumpling ๐
PadamNampak sedap nasi goreng tu. Harga pun mampu milik :)
BalasPadamBesar portion nasi goreng ni, boleh makan 3 orang sekotak ๐
PadamHaha agaknya ladu itu 3 ketul sebab sampingan sahaja.
BalasPadamKalau dapat sebagai sampingan yang datang sekali dengan nasi goreng tu, boleh terima la juga 3 ketoi ๐
Padamuish mengamcam betul menu2 dia
BalasPadamMacam-macam ada, special..๐ค๐๐ป
Padamigt tadi karipap rupanya dumpling hehehe
BalasPadamAda rupa macam karipap sikit dumpling ni ๐
Padam