Selasa, 1 Oktober 2019

Panda Datang Membawa Nasi Kukus Daging Bakar Thai

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hangpa suka makan daging bakar hiris nipis-nipis pastu cicah dengan sos special ala Thai dak? Haaa... dalam entri kali ni izinkan cheq untuk berkongsi dengan hangpa semua kat mana ada juai Nasi Kukus Daging Bakar Thai yang boleh tahan sedap kat negeri Perlih nih... πŸ˜‹

Set Nasi Kukus Daging Bakar Thai (RM12.90) dari restoran Nasi Kukus Buloh Kuning, Perlis.

Beberapa hari yang lepas, cheq rasa macam teringin pulak nak makan daging bakaq tapi macam tak ada mood nak drive keluaq pi cari daging bakaq pulak kan, jadinya cheq pun ushar dan belek-belek saja aplikasi FoodPanda yang cheq baru install kat smartphone cheq nih... πŸΌπŸ“±πŸ˜†

Canggih aplikasi ni, boleh pesan makanan apa yang boleh dipesan dan kendian pilih nak buat pembayaran secara kad debit atau kredit, online banking atau pun COD (cash on delivery, bayar bila makanan sampai) πŸ˜„


Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan kuantiti produk makanannya serta kualiti servis penghantaran FoodPanda πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan - Daging bakarnya agak lembut dan tidak begitu liat, dihiris dengan agak nipis menjadikannya mudah untuk dikunyah dan ditelan. Sos yang dipadankan dengan daging bakar ni pun sedap dan very Thai-like lah, cheq suka. Sup dia pun nice ja, boleh la lembutkan nasi kukus yang dah agak berkepal ni bila cheq makan dengan sup ni. Kombinasi yang baik. Cheq bagi 4 bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq saja naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Cukup berbaloi-baloi memesan makanan melalui aplikasi FoodPanda ni tau. Baguih la kedai ni pandai register dengan FoodPanda, sebab pada cheq lokasi kedai ni agak payah untuk cheq cari tempat parking kereta yang selamat. Jalan tu agak sempit, lepas tu nak parking kat bahu jalan tu macam bahaya ja. Solusinya, pesan melalui aplikasi FoodPanda saja lah... harga kos penghantarannya pun berpatutan, pulak tu cheq boleh guna kod voucher diskaun lagi... haa memang berbaloi. Canggih baq hang... πŸ˜ŽπŸ‘✨


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Nasi Kukus Daging Bakar Thai dari restoran Nasi Kukus Buloh Kuning. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

30 ulasan:

  1. terliuq cheq tengok daging bakar..cicah air asam kerisik..sedap nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayaq asam kerisik perghhh..sedap tu πŸ˜‹

      Padam
  2. Nampak sedap lahπŸ˜‹. Lapaq rasanya malam-malam niπŸ˜…. Saya pun rajin order makanan melalui Food Panda sekarang ni, CS. Jimat kos Grab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan JR, jimat kos sebab delivery fee dia murah ja πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
  3. Pergh... Daging bakar buatkan Fiza teringin nak makan. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daging bakar ni memang makanan kegemaran orang ramai (yang bukan vegetarian) πŸ˜†πŸ¦πŸ―

      Padam
  4. Bestnya kalau daging kambing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kambing bakar ada tapi kena order dari restoran lain la πŸ˜…

      Padam
  5. harga pun berpatutan. kena order la satu. semoga sedap spt yg dikatakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi daging bakar kat Kelantan mesti lagi special kan Mr.Kie..πŸ˜„

      Padam
  6. Eh eh nak order juga la. Selalu tengok je menu dia dekat Panda tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila, sedap daging bakar dia πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
  7. tengok ni teringat anak2 kak AJ kat kolej hari2 order makan food delivery ni, pertama kali ke sini dan Follow Cik Suerin #60 , happy blogging naa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timakasih kak AJ, cheq dah follow kembali. Jom sama2 kita blogging happily hihi πŸ˜„

      Padam
  8. Balasan
    1. Kalau berjiran ni dah ajak makan sekali dah πŸ˜‚

      Padam
  9. alahai..sedapnya... lapaqq nengoknya..hihi..
    salam kenal ya CikSUe..kamek follow sini #61...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi timakasih! Salam kenal dan saling folow-memolow juga πŸ˜†

      Padam
  10. Ya Allah nampak sedapnya. Saya komen ni pagi2 buta pulak so lagi bertambah lapar.
    Harga pun reasonable.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pun hihi, berbaloi πŸ‘πŸ»

      Padam
  11. Cik Suerin, nanti kami balik Sungai Korok kami nak cuba lah JJCM ke sini, tertarik menarik tengok daging ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi sila sila, sini berderet kedai makan sedap sedap πŸ˜†

      Padam
  12. salam kunjung balas..sy pun org perlis rindu nyaaaa nk jln cari mkn kat kg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa cuti sekolah nanti ni boleh la balik kg ni pekena daging bakaq 😎

      Padam
  13. pergh..sungguh menyeleakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daging bakar memang sedap πŸ‘πŸ»

      Padam
  14. Tak pernah dngaq Dan terpernah mkn heheh. Tapi nih dah taw mcm kena Cari ja. Terliuq hahahaπŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aih takkan CT tak pernah pekena daging bakaq ala Thai? Kena pi cari ni, rugi kalau tak try πŸ˜†

      Padam
  15. nampak sedap yg melampau, cs.
    aida x pernah guna servis foodpanda.
    lom lagi mendesak lah hingga nak kena guna servis tu.
    melaka ni mcm ok ok jer aida nak gi beli makanan.
    but, hmmmm once in a while, kena cuba ekk.
    tetiba makanan terus sampai depan pintu ofis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best lagi kalau order time weekend bila rasa malas nak keluar dan tak dak mood pulak nak memasak, tapi mood nak membedal makanan sedap2 tu ada..πŸ˜‚

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤