Ahad, 25 Oktober 2020

Resipi Ayam Santan Berempah yang Lebih Padu Baq Hang!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu dan juga selamat mematuhi SOP PKP dengan tenang dan berhati-hati di mana jua hangpa berada. Masak apa tadi? Cheq nak up entri memasak la pulak... jom, mari kita memasak πŸ‘©πŸ»‍🍳πŸ”₯

Gambar no.1: Ayam perap santan di dalam bekas aluminium foil, sedia untuk dimasak dalam Air Fryer. Gambar no.2: Ayam perap santan yang siap dimasak. Gambar no.3: Ayam Santan Berempah siap dihidang.

Inilah dia caranya cheq membuat Ayam Santan Berempah yang boleh dikatakan mudah, sempoi dan semestinya lebih sedap dan mengancam kalau nak dibandingkan dengan versi yang sebelumnya πŸ˜†


▶ Bahan-bahan:

✎ Ayam kampung siap disalai (lebih kurang 500g)
✎ Santan segera (sekotak 250ml)
✎ Serai (2 batang: satu dipotong kasar untuk dikisar, satu lagi dibelah dua)
✎ Serbuk jintan manis (1 sudu besar)
✎ Serbuk Maggi secukup rasa (1 sudu kecil)
✎ Bawang besar (1 biji, dipotong dadu untuk dikisar)
✎ Bawang putih (4 ulas, dipotong dadu untuk dikisar)
✎ Serbuk kunyit campur garam (1 sudu kecil)
✎ Kulit kayu manis (lebih kurang 5cm)
✎ Bunga lawang (1 kuntum)
✎ Bunga cengkih (2 kuntum)


▶ Cara-cara:

1. Basuh dan bersihkan setiap ketulan ayam seeloknya dengan membuang kulit dan lemak. 

2. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan serai yang telah dipotong tadi bersama sedikit air di dalam blender. 

3. Sediakan bahan perapan di dalam sebuah mangkuk yang besar dengan mencampurkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan, serai, serbuk jintan manis, serbuk Maggi secukup rasa, serbuk kunyit bergaram, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacaukan hingga sebati.

4. Masukkan ketulan-ketulan ayam tadi ke dalam bahan perapan dan gaulkan dengan baik. Tutupkan mangkuk dan biarkan ayam diperap selama 1 jam.

5. Masukkan ayam dengan bahan perapan sekali ke dalam bekas aluminium foil.

6. Bakar di dalam Air Fryer pada suhu 180°C selama 35 minit.




Sekian, beginilah caranya cheq membuat Ayam Santan Berempah istimewa mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kalau nak bagi ada rasa pedas, tambah ja cili api sebutir dua. Selain kaedah memasak menggunakan Air Fryer, hangpa boleh juga masak Ayam Santan Berempah ni guna ketuhar biasa atau Magic Pan πŸ˜„


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

18 ulasan:

  1. Pertama kali tahu pasal resipi ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la NA, sedap lauk nih.. tidak keterlaluan rasanya kalau cheq kata resipi ni sama level dengan lauk pauk kenduri di hotel 😎

      Padam
  2. Loved this recipe 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thank you also πŸ˜„

      Padam
  3. nampak sedap sangat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap lauk ayam ni, KakPI 😎

      Padam
  4. ala2 rendang..nmpk menyelerakan..kuah dia gaul dgn nasi..sedapp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kuah lauk ayam santan ni power dan padu πŸ˜‹πŸ‘πŸ»

      Padam
  5. Ada air fryer kerja memasak jadi senang gitu kan. Sedap nampaknya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air fryer ni memang sebuah inovasi yang membahagiakan πŸ˜†

      Padam
  6. Gaul kuahnya dengan nasi pun dah cukup sedap ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuahnya memang ada umphhh! πŸ˜‹πŸ‘πŸ»

      Padam
  7. Macam masak lemak la yek. Cuma versi ni, tak perlu kacau-kacau, tak seperti masak dalam periuk, supaya santan tak pecah. Mana pulak nak carik ayam kampung siap disalai tu? Wow, mesti sedap, sebab ada bau smoky tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..sesetengah markit atau pasar basah ada peniaga jual ayam kampung yang dah siap disalai. Kalau nak guna ayam biasa pun boleh jugak, cuma tak berapa nak best la rasa dia nanti 😬

      Padam
  8. Tak pernah lagi masak ayam kampung yang dah disalai. Menarik resepi ni, boleh cuba satu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna ayam biasa pun boleh, tapi kurang best la rasa dia. Sila sila cuba πŸ˜„

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤