Rabu, 7 Oktober 2020

Teh Tarik F&N Kurang Manis Satuuu!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hari ini sudah pun seminggu kita berada dalam bulan Oktober tahun 2020... begitu cepatnya masa berlalu kan? Sangat mencabar tahun ni... bertabahlah noo... 😷

Okeh, cheq nak bercerita pasai teh tarik pulak kali ni... ada sesiapa kat sini yang sudah mencuba produk minuman Teh Tarik F&N yang kurang manis tu? πŸ˜ŽπŸ˜‹

Teh Tarik F&N Kurang Manis (RM2.80)

Baru-baru ni ada orang belanja cheq sebotol Teh Tarik F&N kurang manis, maka terimalah ulasan cheq berkenaan produk minuman yang tengah agak glamour ni πŸ˜†


Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya sedikit up jika dibandingkan dengan kuantiti dan rasa produk minumannya yang... sedikit hambar πŸ˜…

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Cheq dah pernah rasa produk teh tarik (atau teh ais?) dalam botol yang jauh lebih sedap daripada yang ni sebenaqnya, pastu harga teh tu pun lebih murah daripada yang ni (kalau tak silap lah...) 😬

Keberbaloian - Agak kurang berbaloi dengan harga, rasa serta kuantiti produk minumannya. Nasib baik juga ni orang belanja, maka takdak la cheq nak rasa terkilan sangat. Tapi ni cuma pendapat cheq sajalah naa... pendapat orang lain pulak tak pastilah macam mana, kan? πŸ˜„




OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan minuman yang agak popular dalam kategori teh ni. Apa-apa pun cheq tetap bersyukur juga dapat tahu macam mana rasa produk minuman Teh Tarik F&N ni. Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

31 ulasan:

  1. Boleh tidak beritahu jenama teh tarik yang sedap yang diminum Cik Suerin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq dah tak ingat dah brand dia masalahnya, tapi memang sedap betoi la teh tarik tu 😬

      Padam
    2. ...atau mungkin juga yang tu teh ais dalam botol, bukan teh tarik....tak berapa nak ingat dah cheq pasal produk tu πŸ€”πŸ˜…

      Padam
  2. Fiza peminat teh tarik, tapi tak try lagi yang ni. Hehe... Awal² pagi di Sarawak dah panas, terliur pulak tengok ais tu. πŸ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh tengah panas noh kat sana? Sini sejuk dan mendung ja hari ni πŸ˜€

      Padam
  3. sy try ms pkp hari tu... memula bli 2 botol je. pastu bli 1 katon 😊 sbb ada offer. then buat minum2 ms raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa raya hari tu cheq minum neskepe dan sirap ais πŸ˜„

      Padam
    2. ok laa tu drpd minum sky juice ;-)

      Padam
    3. Sky juice tu air hujan ka? Tak berani cheq nak minum tu walaupun free πŸ˜‚

      Padam
  4. pernah beli..dia ada rasa kelat2 sikit kan..

    BalasPadam
  5. alamak bila ada komen pasal harga, memang saya percaya la dia tak berapa sedap hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi....tapi kan SR, ada ja orang lain bagi review kata sedap. Mungkin pada tekak cheq sajalah kot yang rasa produk teh tarik ni macam hambar ja πŸ˜…

      Padam
  6. Xpelah. Kita minum teh tarik kat kedai mamak jelah. Mamak! Teh tarik satuuu :)

    BalasPadam
  7. Dah lama tak minum teh tarik. Dah jarang minum air manis. Tapi kadang tu teringin gak. Hehe. Sedap jer nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala pekena teh tarik memang best πŸ˜„

      Padam
  8. Suka teh tarik kaw. Tak jumpa lagi teh tarik readymade dalam botol ni. Teringin juga nak rasa :)

    BalasPadam
  9. wahh menarik ni. Tak pernah cuba lagi teh tarik kurang manis F&N..boleh cuba nanti ..

    BalasPadam
  10. Boleh cari dan cuba ni! Tq kakmim :)

    BalasPadam
  11. wah. teh tarik plak suerin test rasa?
    so far, teh tarik ni aida tak pernah beli.
    kalu ke kedai, tgn ni sure grab nescafe :) hi hi hi...
    addicted to it la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun suka Neskepe juga, tapi yang versi bancuh sendiri la πŸ˜‚

      Padam
  12. Ooo yang ni.. ada je nampak tapi Cik TK tak pernah rasa lagi.. kurang sikit layan teh susu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq try ni pun sebab ada orang belanja hihi..πŸ˜†

      Padam
  13. saya dah rasa dan saya suka.. cuma xleh lawan kaw teh tarik kedai mamak. tapi good la pendekatan yang diorang guna hehe.. time2 pandemic xleh lepak mamak so belila teh tarik mamak dalam botol hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tekak cheq ni lebih suka dengan rasa teh ais berbanding teh tarik kot 😬

      Ahaa..bab pendekatan yang depa guna tu baguih, cheq setuju πŸ˜„πŸ‘πŸ»

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤