Rabu, 14 Oktober 2020

Panda Datang dengan Membawa Zinger Cheezy Burger dari KFC Kangar

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hangpa suka makan Kepci (KFC) dak? Sapa ja yang tak suka Kepci kan? Ada ka? Ada ka yang tak suka Kepci? πŸ€”πŸ€·πŸ»‍♀️πŸ˜†

KFC Zinger Cheezy Burger (RM11.50), Coleslaw (L - RM6.90)  dan Whipped Potato (L - RM6.90) - Harga dari aplikasi FoodPanda

Hujung minggu baru-baru ni, cheq rasa macam rindu sangat nak pekena Kepci (KFC). Dalam kepala ni dok terbayang Zinger burger, coleslaw dan whipped potato... tapi cheq langsung macam tak ada mood nak drive keluaq pi beratoq kat Kepci yang ada di Kangaq mahupun yang di Arau tu pulak kan, maka cheq pun terus ushar dan belek-belek menu Kepci yang ada dalam aplikasi FoodPanda saja... πŸΌπŸ“±πŸ˜†

Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya yang besar serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang baik πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan -  Zinger cheezy burger yang cukup besar gedabak ni ada fillet ayam goreng yang tebai dengan kuantiti keju lelehnya yang padu. Sedap dan sungguh mengenyangkan, memang padanlah dengan harganya. Jangan lupa tambah sos cili supaya ada rasa 'kick' sikit, dan juga supaya deria rasa kita ni tidak terlalu tertumpu pada rasa keju serta mayonisnya yang agak kuat tu saja. Roti bun burger ni pun sedap dan lembut macam biasa. Secara keseluruhannya, cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq saja naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Berbaloi bila tadak mood nak pakai mask pi keluaq semata-mata kerana nak cari Kepci dan beratoq panjang pada hari hujung minggu yang mendung dengan hujan turun renyai-renyai. Rider pun sampai tepat pada waktu yang dijangkakan πŸ˜ŽπŸ‘




OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan KFC Zinger Cheezy Burger dari KFC cawangan Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

34 ulasan:

  1. Berbaloi beli. Tunggu sahaja makanan sampai di rumah.

    BalasPadam
  2. Sanırım yarın hamburger sipariş vereceğim 😊

    BalasPadam
  3. Kalau lamaaaaaa sangat dah tak makan sedap!! Tapi anak-anak memang suka kepsi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..betoi jugak tu, kalau selalu sangat boleh boring jadinya 😬

      Padam
  4. mmg nampak menyelerakan... selalu g kepsi, nmpk burger sedap at the end order benda lain hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang cheq pun jadi macam ni jugak πŸ˜†

      Padam
    2. laa ni loaded potato dah kembali. mmg tu je laa menu yg sy akan plh kalu dtg kepsi nnt hahahaha

      Padam
    3. Haa yang tu sedap jugak tu πŸ˜‹

      Padam
  5. dah lama tak makan burger kepci..mudahkan guna foodpanda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak jumpa maka jadinya rindu hihi πŸ˜†

      Padam
  6. Saya pun suka zinger cheezy ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Zinger cheezy ni JR..πŸ˜†πŸ‘πŸ»

      Padam
  7. nyummy sedapnya zinger cheesy burger..senang je sekarang order kat foodpanda je kan..iena baru lepas makan kfc aritu..tgk posting ni mcm nk makan lg je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..sila sila menjamu selera dengan kepci πŸ˜„

      Padam
  8. BERGER KFC MAKAN SEBIJIK DH KENYANG SEMALAM KAN SU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai pagi esok tu pun cheq dok rasa kenyang lagi πŸ˜†

      Padam
  9. Sedap tu zinger burger. Kalau KFC kita nampak ayam dengan coleslaw je. Dua tu memang favourite. Samalah suka beli large. Haritu beli by foodpanda, roti pulak xde. ada je lah missing item tu. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, roti bun kecik tu memang tak dapat kalau order coleslaw takeaway rasanya..πŸ€”

      Padam
    2. kalau order coleslaw memang tak dapat roti. Tapi ni kita order set snack plate tu tak dapat roti. kadang tu coleslaw xde, dapat mashed potato 2. biasalah human error. ada tersilap masuk dan tak letak. huhu

      Padam
    3. Oooh huhuu..sedih la kalau terkena macam tu 😷

      Padam
  10. sehingga menjilat jari tu makk., ;p

    BalasPadam
  11. dah lama tak makan burger kfc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun sama, tu yang jadi rindu tu πŸ˜†

      Padam
  12. Tapi dekat kawasan rumah LH tak asa food panda. Kalau tak dah macam-macam dah sampai rumah ni πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada juga rasanya, tunggu sikit masa lagi 😎

      Padam
  13. Baru lepas pekena 2 hari sudah ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa ja yang tak suka kepci kannn..πŸ˜‚

      Padam
  14. alamak alamak alamak suerin, lama nya aida x pekena kfc.
    last 2-3 bulan kot kot. kfc ni is evergreen la pada aida.
    always membangkitkan selera. resepi original :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepci memang very de evergreen kaaan..πŸ˜‹πŸ‘πŸ»

      Padam
  15. Bestnya! Biasa kalau Cik TK ke KFC mesti layan ayam, kentang putar dan cheezy wedges. My feveret!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun kekadang order juga cheezy wedges bila rindu πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤