Salam semua! ππ»♀️✨
Harga - Pada cheq, harga minuman dan makanan dia standard la begitu, tak murah tapi tidaklah mahal sangat, kira berkadaran la dengan kualitinya yang boleh tahan bagus tu. Kualiti servis penghantaran Foodpanda pun kelihatannya semakin baik sekarang ni, walaupun ada ura-ura yang mengatakan ianya bakal diambil alih oleh Grab. Entah betul entah tidak... kita tengok sajalah apa akan jadi nanti. Selagi Foodpanda ada, cheq akan terus guna ja servis food delivery ni macam biasa π¬π€
Kelazatan - Spanish Latte yang cheq order ni... sangatlah SEDAP! Kita boleh customize sendiri tau kopi kita nak macam mana semasa order tu, maka cheq pun pilihlah regular sweetness (tahap kemanisan biasa), normal ice (kuantiti ais yang biasa), dairy milk (susu lembu) dan biji kopi BOSS Blend (bold) untuk Spanish Latte cheq ni. Marvelous betoi rasa dia! Bau kopi harum semerbak, rasa dia padu dan premium. Pada yang tak minat biji kopi Boss Blend (bold), hangpa boleh pilih Lydia Blend (smooth). Pilihan jenis susu yang ada selain dairy ialah soy milk, oat milk dan almond milk. Pastu ada option lagi untuk tambah apa-apa extra termasuklah extra coffee shot, Buttercreme, syrup (French vanilla, salted caramel atau roasted Hazelnut), drizzle (gula melaka, caramel atau chocolate) dan juga topping (coffee jelly atau velvet creme). Seriuslah! Mantap ah jenama tempatan kita... dah boleh challenge kopi Stabaks dah ni, cheq bagi markah penuh 5 dari 5 bintang untuk ZUS Spanish Latte! ππ»✨
ZUS Spanish Latte (RM12.20) - harga dari aplikasi Foodpanda |
Namun begitu, spaghetti bolognese dia cheq bagi markah 3 bintang ja. Rasanya agak hambar dengan bolognese sauce dia yang kurang menyelerakan. Mungkin faktor kesegaran makanan itu yang menjadi isu utama. Tengok gaya macam premade meal yang hanya dipanaskan apabila ada customer order π
ZUS Spaghetti Bolognese (RM12.80) - harga dari aplikasi Foodpanda |
ZUS Mushroom Chicken Deluxe (RM12.20) - harga dari aplikasi Foodpanda |
Maka, boleh disimpulkan bahawa ZUS ni specialty and expertise dia memang terletak pada kopi sajalah setakat ni. Hot meals and pastry dia pula biasa-biasa saja... kena improve banyak lagi bab tu. Cakes dia mungkin sedap, nanti ni cheq nak try pekena beberapa jenis kek dia pula. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana π
Keberbaloian - Memang berbaloi memesan kopi ZUS ni bila ada rasa teringin nak hirup kopi hipster ala premium coffee (boleh dah nak lupakan Stabaks lepas ni, hihuu...) dan juga berbaloi guna servis Foodpanda apabila tengah tiada mood nak drive out pi ke cafe semata-mata kerana nak cari kopi sedap pada hari hujung minggu. Rider pun sampai tepat dan kadang-kadang lebih awai daripada waktu yang dijangkakan ππ
π
Zeus Coffee ni harga pun ok berbanding dengan premium coffee yang lain. BTW MYiDEAKiNi dah follow yer. Jangan lupa singgah blog MYiDEAKiNi yer :)
BalasPadamHihi ya sebutan dia 'Zeus' tapi ejaan brand dia Zus. Style gitu π¬
PadamTimakasih follow sini! ✨
Thanks for your sharing, have a lovely week
BalasPadamYou're welcome Cam and thanks for dropping by! π
PadamBetui, Zus specialty depa ialah kopi-kopian π
BalasPadamNanti nak repeat order Spanish Latte lagi, dan nak try cheese cakes! π€
Padammesti sedap rasa coffee tu
BalasPadamSedap pada tekak para penggemar kopi macam cheq π
Padamsy try spanish latte ni ms mula2 diperkenalkan. terus jatuh sukaπskrg dlm flight AA dah da minuman ni... selalu sold outπ
BalasPadamBest betul kan Spanish Latte ZUS tu... bye² Stabaks π€
Padamteringin juga nak cuba zus Coffee nie
BalasPadamSila² ☕✨
PadamBoleh cuba juga nanti ni, sebelum ni try menu apa ntah ada salt, kemasinanlah jadinya haha potong stim betul.
BalasPadamSalted caramel ka? π π
Padam