Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu dan juga selamat menjalani fasa PKPP dengan tenang dan berhati-hati. Sepertimana yang cheq pernah janji dalam entri segmen TEKA APA ITU sebelum ini, nah... ini dia resipi penuh bagi masakan Ayam Santan Berempah yang penuh misteri tersebut 😋😂
Inilah dia caranya cheq membuat Ayam Santan Berempah yang mudah, sempoi dan semestinya sedap, yang mana rahsia kesedapannya terletak pada aluminium foil dan Air Fryer 😆
▶ Bahan-bahan:
✎ Ayam kampung siap disalai (lebih kurang 500g)
✎ Santan segera (sekotak 250ml)
✎ Serai (2 batang: satu dihiris nipis, satu lagi diketuk)
✎ Serbuk jintan manis (1 sudu besar)
✎ Serbuk Maggi secukup rasa (1 sudu kecil)
✎ Bawang merah (3 biji: satu dihiris kasar, dua lagi dicincang)
✎ Bawang merah (3 biji: satu dihiris kasar, dua lagi dicincang)
✎ Bawang putih (4 ulas, dicincang)
✎ Halia (1 inci, dicincang)
✎ Serbuk kunyit campur garam (1 sudu kecil)
✎ Kulit kayu manis (lebih kurang 5cm)
✎ Bunga lawang (1 kuntum)
✎ Bunga cengkih (2 kuntum)
▶ Cara-cara:
1. Bersihkan ketulan-ketulan ayam dengan membuang kulit dan lemak. Basuh setiap ketulan ayam dengan seeloknya.
2. Sediakan bahan perapan di dalam sebuah mangkuk yang besar dengan mencampurkan santan, serai, serbuk jintan manis, serbuk Maggi secukup rasa, bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kunyit bergaram, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacaukan hingga sebati.
3. Masukkan ketulan-ketulan ayam tadi ke dalam bahan perapan dan gaulkan dengan baik. Tutupkan mangkuk dan biarkan ayam diperap selama 1 jam.
4. Keluarkan aluminium foil dan lipatkan menjadi seperti bentuk sampul surat yang besar. Masukkan ayam dengan bahan perapan sekali ke dalam sampul aluminium foil dan lipatkan semula dengan kemas dan padat. Balut sekali lagi dengan satu lagi lapisan aluminium foil agar tiada kebocoran bahan masakan.
5. Bakar di dalam Air Fryer pada suhu 180°C selama 40 minit.
4. Keluarkan aluminium foil dan lipatkan menjadi seperti bentuk sampul surat yang besar. Masukkan ayam dengan bahan perapan sekali ke dalam sampul aluminium foil dan lipatkan semula dengan kemas dan padat. Balut sekali lagi dengan satu lagi lapisan aluminium foil agar tiada kebocoran bahan masakan.
5. Bakar di dalam Air Fryer pada suhu 180°C selama 40 minit.
Sekian, beginilah caranya cheq membuat Ayam Santan Berempah istimewa mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kot nak lagi padu, hangpa boleh kisar terus bawang merah, bawang putih dan halia dulu kemudian barulah dilumurkan pada ayam, seterusnya perap dalam bahan-bahan perapan yang lain tu selama sejam. Kalau nak bagi ada rasa pedas, tambah ja cili api sebutir dua 😄😋
Baiklah, nantikan entri blog review dari cheq selepas ini khas untuk 3 orang peserta segmen TEKA APA ITU yang telah berjaya meneka peralatan memasak yang cheq gunakan untuk membuat masakan ayam yang penuh misteri ini. Tahniah cheq ucapkan kepadamem besar dear anies, Rubiah Kadir dan ct cheery 😎🎉✨
Baiklah, nantikan entri blog review dari cheq selepas ini khas untuk 3 orang peserta segmen TEKA APA ITU yang telah berjaya meneka peralatan memasak yang cheq gunakan untuk membuat masakan ayam yang penuh misteri ini. Tahniah cheq ucapkan kepada
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
Thanks for your sharing 😊 have a lovely weekend 😊
BalasPadamThank you and thanks for dropping by 🎈
PadamAda sudah pemenang. Tahniah.
BalasPadamDepa pun ada air fryer juga kot ni 😄
PadamWow...I is berjaya lah hehe. TQ and congret semua 👍🤗🥰
BalasPadamHihi tahniah noo..👍🏻
PadamTahniah, hebat !
BalasPadam😎👍🏻
PadamTahniah kepada pemenang. Hebat betul depa teka hehehe
BalasPadamDepa pun biasa guna air fryer kot agaknya 😆
Padamoo..guna air fryer rupanya..tq for the recipe..cheq takdok airfryer, bakar dlm magic pan boleh la kot..
BalasPadamHihi boleh juga tu KakNO 🤓👍🏻
Padamtest
BalasPadam🤔
Padamuishh dapat ayam ni cicah cili kicap ke air asam keee pergh !! nasik boleh bertambah2.
BalasPadamHihi bahaya tuu..😂
Padamtengok orang masak guna air fryer ni dok teringin nak beli sbijik.. tapi x beli2 pun. hehehe kot2 la jadi rajin masak jugak..
BalasPadamBeli ja SYM, best tau ada air fryer ni..rasa macam ada tukang masak peribadi 😂
PadamWaah kalau daging ayam kampung begini ... pastilah lezat sekali.
BalasPadamAsiknya lagi disertakan pula resepnya.
Terimakasih ya ..
Ayam kampung itu emangnya istimewa pak 😄👍🏻
PadamSama-sama dan terima kasih atas komentarinya ✨
yeayyyyyy hari nnt cheq mai noh nk mkn ayam santan berempah air fryer ayaq tgn cik suerin kita ni😊😊
BalasPadamUiih buleh saja 😄🤝🏻
PadamAyam santan berempah rupanya. Hehe. Guna ayam kampung. Syoknyaa 🤤🤤🤤
BalasPadamOuh jadinya cara memasaknya salai ya
Hihi..cara memasaknya ialah bakar di dalam air fryer setelah dibungkus dengan aluminium foil. Kompleks juga jawapan sebenarnya 😬
PadamNampak sedap tu. Mudah kerja memasak guna air fryer ni.
BalasPadamBetoi tu, best tau ada air fryer ni..😆👍🏻
PadamAlhamdulillah, mudah dan menyihatkan 🤲🏻✨