Jumaat, 22 Mei 2020

Satu Resipi yang Sesuai untuk Masak Tiga Jenis Sayur

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, tak lama lagi nak beraya dah kita semua ni noo? Ada yang bercadang nak terima tetamu mai berkunjung ke rumah ka, atau ada yang bercadang nak menjadi tetamu? Cheq ni pula cuma bercadang nak jadi tetamu di rumah sendiri saja pada 1 Syawal nanti... hihi 😬😎

Gambar no.1: Bahan-bahan masakan. Gambar no.2: So'un, udang kering dan bawang putih direbus. Gambar no.3: Batang sawi, kicap, serbuk Maggi dan gula dimasukkan sekali. Gambar no.4: Daun sawi ditambah. Gambar no.5: Sayur sawi masak air siap dihidang.

Entri memasak sajaaa bulan Ramadhan ni noo... biasalah sekarang ni kan, paling baik dan selamat ialah memasak makanan sendiri. Kali ni cheq nak cerita pasai masak sayoq pulak. Pada hemat cheq resipi ni cukup sesuai untuk masak tiga jenis sayur berikut: SAWI, PETOLA dan KOBIS PANJANG. Kat bawah ni cheq demo resipi ni dengan menggunakan sayur SAWI.


▶ Bahan-bahan:

✎ Air (550ml)
✎ Bawang putih (3 ulas, dihiris kasar)
✎ Udang kering (1 sudu kecil)
✎ So'un (setebal syiling 20sen moden)
✎ Kicap Istimewa Mudim (1 sudu besar)
✎ Gula (½ sudu kecil)
✎ Serbuk secukup rasa Maggi (1 sudu kecil)
✎ Sayur sawi (sepokok saiz sederhana)

▶ Cara-cara:

1. Panaskan air dalam kuali di atas api sederhana besar dan masukkan so'un, udang kering dan bawang putih.

2. Potong bahagian batang sayur sawi terlebih dahulu dan masukkan ke dalam kuali. Tambahkan serbuk secukup rasa Maggi, gula dan kicap. Kacaukan.

3. Potong bahagian daun sayur sawi dan masukkannya ke dalam kuali. Kacaukan selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Hidangkan. 

Sayur sawi masak air.

Sekian, beginilah caranya cheq memasak hidangan sayur berkuah yang mudah, cepat dan semestinya mengikut selera orang tua cheq, dan juga cheq sendiri. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo πŸ˜‹

Sayur petola masak air guna resipi yang sama.
Sayur kobis panjang masak air guna resipi yang sama.

Masakan sayoq berkuah macam ni sedap dimakan dengan oatmeal juga tau, maka sesuailah untuk orang yang sedang cuba untuk kurangkan pengambilan nasi, macam cheq... πŸ˜¬πŸ˜‚

Sayur kobis panjang masak air campoq oatmeal. Sedap dan menyihatkan. Cubalah! πŸ˜‹πŸ‘πŸ»

Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

20 ulasan:

  1. Wow suhun sup nih menu diet cheery dulu. Memang boleh turun berat yeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Campoq pulak oatmeal kan, paihtu pantang nasi seminggu. Gerenti turun berat punya πŸ˜‚

      Padam
  2. Wah oatmeal dengan sup. Menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap lagi menyihatkan πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
  3. Memang sedap masakan lagu ni, sihat pun sihat :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cepat dan mudah pun ya jugak hihi πŸ˜‹

      Padam
  4. Betul.. Masak sayur mudah je. Resepi sama just tukar2 sayuran je

    BalasPadam
  5. İnteresting soup😊 thanks for your sharing, mubarek Ramadhan 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple vegetable soups are the best. Ramadhan Kareem ✨

      Padam
  6. masak simple2 cmni sedap and bgus untuk sape yg tgh diet

    BalasPadam
  7. Sayur masak air mcm ni sedap di hirup panas2..buat mcm sup..buh mihun ka, mi ka..mmg layan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang layan....hari-hari makan macam ni pun cheq tak bosan rasanya πŸ˜†

      Padam
  8. tumis air sayur ni macam mana pun tetap sedap.. hehe cuma macam ct suka yang kering sikit kadang2 tekak rasa nak kuah2 most of the time nak yang kering..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi kalau versi tak berkuah pula, cheq suka goreng sayoq dengan kicap manis..contohnya kangkung atau bendi goreng kicap manis πŸ˜‹πŸ‘πŸ»

      Padam
  9. sy suka kalau msk sayur tumis air mcm ni msk suhun tp tu laa bukan semua suhun yg dijual sesuai utk 'direndam' dlm dlm kuah. banding dulu2 kalau mama sy msk suhun tu x kembang wpn dibiar lama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh cheq belum pernah jumpa lagi so'un yang jenis kembang teruk dalam kuah setakat ni πŸ€”

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤