Ahad, 2 Februari 2020

Beras BARIO Produk Sarawak yang Mantap!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, sekejap saja sudah masuk bulan Februari noo, ishh rasa macam 2 atau 3 hari lepas saja kita baru sambut tahun baru 2020 kanss... huishhh begitu cepatnya masa berlalu... 😅⌚⏳

Okeh... cheq nak bercerita pasai beras pulak kali ni. Beras Bario ni istimewa sebab ianya datang dari kawasan tanah tinggi dari negeri Sarawak sana. Siapa yang dah pernah cuba beras Bario sini sila angkat tangan! (boleh tempek icon angkat tangan 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️ di ruangan komen) 😂

KENYALANG BARIO WHITE RICE - RM19.60 per kg (Harga dari Lazada dan Shopee)

Baru-baru ni kakak cheq dok berkenan sangat laa nak cuba rasa beras Bario ni selepas dia ada tertengok satu rancangan hasil bumi Sarawak kat tv (tak ingat dah channel apa, Astro Awani kot...), maka dia pun godek-godek la Lazada dan kemudian berjumpa laa dengan beberapa jenis beras Bario dari Sarawak sana. Meriah sungguh laa beras Bario ni ada bermacam-macam warna haa, maka dia pun belilah beberapa jenis beras Bario tu, termasuklah yang putih ni 😄

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kuantiti serta kualiti produk berasnya 😎

Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Beras ni kurang berkanji, tidak berat dan teksturnya lembut tidak begitu melekit apabila sudah menjadi nasi. Sukatan air yang dicadangkan ialah 1½ cawan air untuk setiap cawan beras Bario. Pada pendapat cheq la, beras ni nampaknya macam cukup sesuai kalau dijadikan nasi ayam. Perghh okeh next menu nanti nak bikin nasi ayamlah dengan beras Bario ni, mesti 'debom' punyalah hasilnya... 🤤😆

Keberbaloian - Berbaloi dengan kualiti serta kelazatan nasi yang terhasil dari beras tanah tinggi Bario yang cukup istimewa ini 😎👍🏻


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Kenyalang Authentic Bario White RiceSyukur Alhamdulillah 😊 




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

14 ulasan:

  1. Tak pernah mkn lg..nmpk mcm je nasinya..

    BalasPadam
  2. Belum cuba lagi. Apapun terima kasih buat review.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama NA, terima kasih selalu mai komen sini 😄

      Padam
  3. takpenah lg.. sy biasa dgn beras siam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama dah cheq tak merasa beras siam, rindu pulak..🤓

      Padam
  4. shu tag CikSuerin https://www.shuhaidasaad.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uii menarik tu, InshaaAllah cheq akan join 🧐

      Padam
  5. RM19.60 sekilo??? lagi mahal dari beras basmathi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..sekali skala boleh la....cheq tak minat beras basmathi 😬

      Padam
  6. Hai..boleh ke terangkan kepada saha apa perbezaan antara beras bario organic dan beras bario? Adakah semua beras bario adalah organic produk?

    2.adakah beras bario adalah sama dengan brown rice?

    Sy confiused sbb fizikal nya mcm sama.. harap anda dapat membantu saya.

    Terima

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak... maaflah ya, cheq ni cuma buat review produk beras Bario sebagai seorang consumer saja, cheq bukan pengusaha tanaman beras Bario di tanah tinggi Bario di Sarawak tu. Soalan macam ni kena tanya expert kepada Bario rice production 😅

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤