Selasa, 9 April 2019

Terbang ramai-ramai ni nak ke mana?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, eh laa dah masuk bulan April dah noo... aduih tak terkejaq cheq nak hapdet blog selalu. Dalam bulan lepas cheq cuma post dua ketui entri saja, jadi laa kan... dari takdak langsung kaaan... (tidak! tak buleh lagu ni... bulan ni kena upkan jumlah entri! Mesti!) 😂😬

Ni haa terbangnya (rujuk pada tajuk 😂)... burung layang-layang (agaknya lah) tengah kalut terbang sambil makan kelkatu. Kejadian ni berlaku pada petang Sabtu yang lepas di sekitar Jejawi, Perlis 😄

Petang Sabtu yang lepas cheq sempat la merayau-rayau sat sambil berjalan melayan perasaan di kawasan Jejawi, berdekatan dengan kawasan sawah padi. Berjalan-jalan dengan gaya santai yang macam ni ialah satu cara bagi cheq untuk menambah jumlah langkah (baca: steps) demi membakar kalori yang degil dan susah sangat nak terbakaq ni, selain membuat senam ala-ala zumba di dalam bilik sambil ditemani alunan muzik yang rancak melodinya... 💪🏻🤣🤘🏻

Cheq sempat juga menangkap video fenomena burung layang-layang terbang pusing-pusing ni, tapi pendek sajalah klipnya... jemputlah menonton di bawah ni 👇🏻(dan mohon subscribe la sekali kat channel Youtube cheq yang baru sahaja diwujudkan ni hihi 😜✨). Jom kita saling subscribe men-subscribe jommm 😉🎈




Oklah, sekian dulu entri cheq buat pemula bagi bulan April di BCPM (BelogCheqPiMana) nih. Semoga cheq menjadi lebih rajin untuk menghapdet blog ni dan juga memeriahkan lagi akaun Youtube cheq yang baru berusia kurang dari 1 hari itu, dengan jumlah subcribers: 0... 🤣

Jumpa lagi di lain entri! 
🙋🏻‍♀️

20 ulasan:

  1. tahniah, dah jd youtuber...semoga sukses!!..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..suka2 ja kot channel youtube cheq tu kakNo, macam berblog juga laa lebih kurang 😂

      Padam
  2. Ada masa kita akan malas update blog kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mood kelaut dan rasa macam takdak idea sangat nak hapdet kat sini 😅

      Padam
  3. ingat nak terbang naik kapal terbang... tahniah naik setapak lagi dari blogger ker youtuber...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita terbang naik kapai terbang pula nanti akan muncul di lain masa 😂

      Padam
  4. tahniah pandai dh buat video youtube

    BalasPadam
  5. uuuish banyaknya !!!! ni kalo kata gagak la rimasnya siap bunyi depa lagi.
    tapi burung layang2 ni orang suka bela kan sebab ada khasiat dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak! Risau jugak masa tu kalau burung2 ni ada yang sambil makan tu dia berak juga, lepas tu orang yang tengah dok perati dari bawah ni jadi mangsa 😂

      Betoi tu, sarang dia ada khasiat 😎

      Padam
  6. mama singgah sini Salam kenal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal, timakasih atas kunjungan 🌷
      Nanti cheq balas kunjungan, jom saling follow memollow 😎

      Padam
  7. Rajinnya Cik Suerin buat video YouTube. Saya nak uruskan blog pun macam tak cukup masa kadang-kadang, inikan pula nak uruskan dua-dua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..tetiba ja cheq rasa macam nak curi2 masa sat cuba post klip video kat youtube, klip pendek ja ni takdak edit mana2 pun..lagi sekejap dari nak taip entri blog ni haa 😂

      Musik latar pun ambil dari free music library di youtube ja, patutlah ramai orang pakat ada akaun youtube 😬

      Padam
  8. Balasan
    1. WP taknak buat akaun youtube juga ka? Buat la tema pertanian dan penternakan 🌷

      Padam
  9. ehemm dah jd youtuber ya😊👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chanel cheq ni rasanya bakal jadi suram ja, cheq jaa yang beria follow chanel orang, orang lain tak sudi follow kita semula pownnn..🤣

      Padam
  10. Best ada channel YouTube sendiri Cik Suerin.. Semua terus success..
    LZ ada channel YouTube tapi tak banyak video sebab masih mencari idea apa yang ingin dikongsi di YouTube Channel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaah nak follow la channel LZ 👍🏻✨

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤