Selasa, 17 November 2026

Ayam Gepuk Gajus Mb, Betul-betul Pedas!

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Siapa di sini yang rasa dia tu hantu makan pedas, yang selalu dok rasa macam nak marah saja kalau dapat makanan yang tak cukup pedas mengikut standard dia? 🫒🌢️πŸ”₯


Para kaki makan pedas, dipersilakan mencabar diri untuk pekena nasi Ayam Gepuk Gajus, menu item terkini dari Mb. Tengah demam Indon rupanya Marrybrown ni. Cheq pilih nasi ayam gepuk set single dan tambah 2 benda add-on: kobis goreng dan sambal gepuk. Total harga semua RM23.50 - harga dari aplikasi foodpanda πŸΌπŸ 
 
Ni sebenarnya baru kali pertama cheq mencuba nasi ayam gepuk, cheq belum pernah mencuba ayam gepuk yang versi original & authentic nuh lagi. Maka, tak dapatlah cheq nak buat perbandingan dengan yang ori tu. Cheq cuma boleh komen dari segi rasa, tekstur dan tahap kepedasannya saja untuk nasi ayam gepuk versi Mb ni, siap ada kacang gajus tumbuk lagi ni, nampak cukup menyelerakan πŸ˜‹
 
Ayam dia crispy di luar, lembut di dalam, as expected of Mb. Ayam goreng Mb memang sedap, tak pernah mengecewakan. Sambal gepuk dia pulak memang "betul-betul pedas" oiii, berayaq mata dan hidung cheq nak menghabiskan dinner kali ni. Kalaulah cheq tau sambal dia bagi tu dah cukup, cheq tak order 'add on' sambal dah. Punya la pedaih, tangan cheq ni terasa panas kepijaran selepas selesai makan dan basuh tangan pun. Berjam-jam jugak laa rasa kepijaran tu. Cheq ni kalau makan nasi berlauk, rasa tak kena kalau tak makan macam orang Melayu sejati (kena makan pakai tangan jugak) 😬
 
Telur rebus goreng dia not bad, padan dengan sambal gepuk tu. Kobis goreng dia pula agak lain dari kebiasaan pada cheq, kering dan garing kejadiannya. Cheq tak berapa boleh nak appreciate sangat kobis goreng kering rentung yang macam ni. Cheq dok expect akan dapat kobis goreng stir-fry kicap yang lembap dan lembut tu sebenarnya, sebab dalam gambar menu Mb tu nampak macam kobisnya dimasak style yang stir-fry tu. Rupa-rupanya kobis tu digoreng kering dan garing sampai hitam πŸ˜…
 
Overall, cheq bagi markah 3½ bintang daripada 5 bintang. Nanti ni cheq akan try juga nasi ayam gepuk ori dari restoran yang memang specialize in ayam gepuk saja, barulah dapat tau macam mana rasa versi originalnya. Curious jugak cheq nak tau pasai ayam gepuk ni sebenarnya πŸ‘€


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan nasi Ayam Gepuk Gajus dari Marrybrown cawangan Arau, Perlis πŸ’

Support Marrybrown, support our local brand πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤