Ahad, 26 Januari 2020

Burger Ayam Mb Tidak Pernah Mengecewakan Cheq

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, apa habaq? Seronok ka cuti raya Cina kali ni? πŸ˜†πŸ§§

Mb Hotouch Burger - RM9.50 (A' la carte, take-away)

Awal bulan hari tu cheq ada singgah ke Marrybrown Kangar sebentar setelah selesai membeli-belah barang-barangan keperluan di Giant Hypermarket. Niat di hati nak cuba Hotouch burger yang memang dah lama ada dalam menu Marrybrown tu, cuma cheq saja yang belum pernah order hat tu lagi. Tengah dalam mood nak makan burger ayam hari tu jadi cheq pun pilihlah Marrybrown sebab sebelum-sebelum ni pun burger ayam kat sini memang tidak pernah menghampakan cheq πŸ˜‹πŸ”


Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya boleh dikatakan berpadanan dengan kelazatan serta saiz produk makanannya 😎

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang. Saiz burger ni sudah cukup memuaskan pada cheq. Fillet ayam gorengnya gemuk dan besar, isinya lembut moist di dalam, rangup di luar. Kuantiti sayur lettuce dan mayonisnya boleh dikatakan agak mewah, ngam betul dengan selera cheq yang sukakan sayur. Roti bun dia pun cukup lembut dan tidak kering. Rasa burger ni mungkin agak bland pada sesetengah orang, jadi cheq nasihatkan jangan lupa tambahkan sos cili dalam peket yang ada dibekalkan sekali dengan burger ni. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian -  Berbaloi dengan harganya sebab memang sedap, segar dan cukup mengenyangkan. Confirm la cheq akan repeat order lagi ni, konpemm... πŸ‘πŸ»


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Hotouch Burger Marrybrown. Gembira cheq dapat menikmati burger ayam yang memang ngam dengan selera cheq. Syukur Alhamdulillah 😊

Support Marrybrown, support our local brand πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

22 ulasan:

  1. MB ni macam tak berapa famous tp ada peminat tersendiri.
    i loike diorang nye fish nugget. n yes bubur ayam diorang sedap. lebih sedap dr yang chain yang famous tu. selalu order yang kosong je dgn isi ayam sbb xmo bawang hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann? Bubur ayam MB tu fevret mak cheq tau πŸ˜†

      Padam
  2. Dok terkilan lagi ni belum dapat nak pi beli. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu semoga dapat singgah MB juga nanti, support local brand kita 😎

      Padam
  3. Thanks for your sharing 😊 have a nice day...

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks for always dropping by my humble blog 🎈

      Padam
  4. wahhh.nampok shedappp..

    saya pun bru try menu KFC baru.Jemput singgah

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/01/white-bbq-crunch-kfc-sedap-ke.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang shedapp punn hihi πŸ˜†

      Ooh BBQ crunch kepci tu cheq belum try lagi..

      Padam
  5. Ada lagi ke burger ni? Pertama kali dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi ni, Hotouch burger ni kira macam menu item yang tetap la di MB tu πŸ˜„

      Padam
  6. Great post, thanks for sharing! :)...btw, would you like to follow each other? If yes, please follow me on my blog and I´ll follow you back :) - https://whatafancyworldbylaura.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Of course! Thanks for dropping by my humble blog 🎈

      Padam
  7. sedap juga pada kak ana :)

    BalasPadam
  8. outlet mb ni jrg jumpa..tapi burger tu nampk sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap burger ayam dia πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
  9. sedap ek? boleh laa sy cuba nnt wpn payah nk cari outlet MB kt sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh sayangnya payah nak jumpa outlet MB kat sana, local brand tuu..πŸ™

      Padam
  10. sib baik dah kenyang waktu baca entri ni

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas