Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hangpa suka makan aiskrim jenis sandwich dak? Ada yang sudah pernah makan WALL'S Lipton Teh Tarik Sandwich yang bergambar kartun lucu ni? 😆💁🏻♀️
WALL's Lipton Teh Tarik Sandwich - RM2 (harga dari kedai serbaneka U-Station) |
Baru-baru ni cheq terasa macam teringin nak makan aiskrim sandwich lagi. Terkenang zaman kanak-kanak ribena dulu, cheq suka jugalah makan aiskrim yang jenis sandwich macam ni, tapi yang zaman dulu-dulu tu takdak gambar kartunlah, tak kretip macam yang ni. Bila ternampak aiskrim ni di kedai serbaneka, terus tertarik nak beli lagi. Ini merupakan kali ketiga cheq membeli WALL's Ice cream Sandwich berkartun yang datangnya dari Indonesia ni. Ada perisa teh tarik Lipton la pulak... 😋
Aiskrim ini statusnya HALAL ya pak, usah risau yah... ada cop HALAL dari Majelis Ulama Indonesia di belakang paketnya 🧐
Baiklah, pada pendapat cheq... selain menghiburkan, aiskrim sandwich yang ni boleh dikira agak sedaplah juga, maka penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, harganya sudah cukup murah dan tidak patut diperdebatkan lagi oleh mana-mana pihak 😂👌
Kelazatan - Perisa teh tariknya boleh tahan ada kick, biskutnya pula lembut dan lembap. Rasa keseluruhannya OK pada cheq sebab ianya sejuk dan rasa teh tariknya agak kaw. Aiskrim yang ni jenis sandwich dan bukannya wafer, jadi memanglah biskut dia lembut dan tidaklah rangup krup krap gitu. Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana 😄
Keberbaloian - Berbaloi dengan harganya yang murah dan juga hiburan kartun bercetak yang kita dapat tengok sebelum nak 'ngap' aiskrim ni. Hihi 😁
Keberbaloian - Berbaloi dengan harganya yang murah dan juga hiburan kartun bercetak yang kita dapat tengok sebelum nak 'ngap' aiskrim ni. Hihi 😁
Gajah pun pandai guna smartphone ber-'wefie' dengan orang yang sedang ber-'selfie' di atas belakangnya. Ataupun orang tu tengah tangkap gambar gajah yang pandai ber-'wefie'... 😂 |
Dua ekor ayam yang sedang bersedih dan ketakutan melihat iklan ayam goreng sedap di television 😂 |
Boleh tahan sedap rasa teh tariknya, memang kaw dan ada 'umph' 😋 |
OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan WALL's Lipton Teh Tarik Sandwich. Syukur Alhamdulillah 😊
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
🙋
Tak pernah jumpa lagi. Teringin nak cuba aiskrim teh tarik.
BalasPadamPenggemar teh tarik mesti suka ni 👍🏻
Padammenarik..nak pi cari jg lah..
BalasPadamSila sila 😎👍🏻
Padamalololo comel nyer eskrem sandwich ni, suerin :)
BalasPadamterkenang aida pernah makan eksrem teh tarik di hatyai.
aduhai. sedap nyer lah...
Kat Siam tu mesti ada macam-macam jenis produk teh kan, cheq pernah minum Thai matcha..wangi dan sedap 😋👍🏻
PadamFirst time tahu apsal kewujudan ais krim ni. Buat masa ni tak pernah nampak lagi dekat mana-mana kedai di sini.
BalasPadamPopularity aiskrim ni kureng sikit nampaknya..🤔
Padamada nmpk kat shell hari tu tp x tergerak hati pula nk beli ;-)
BalasPadamAda aiskrim lain yang lebih mengancam la tu..😆
Padamwaalaikumussalam. wah aiskrim baru lagi. yg dok viral sekarang pun belum cuba lagi. hahahaha
BalasPadamCheq pun belum cuba yang dok viral sekarang ni, tak jumpa lagi sebenarnya..😂
Padamcute sgt ada gambar gajah gambo ayam..syg nk mkn hihi
BalasPadamTu yang cheq amik gambaq dulu tu, paihtu baru ngap hihi 😋
Padam