Ahad, 9 Februari 2020

Dah Bersedia Redho Nak Kena Palam Gigi, Tetapi...

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pahabaq hangpa di hari hujung minggu ni? 😎🎈

Okeh, kali ni cheq nak berkongsi pengalaman sikit berkaitan dengan kesihatan serta penjagaan gigi. Cerita cheq ni macam lawak la sikit tapi memang ada nilai murni yang berguna dan bermanfaat untuk dikongsi... πŸ˜¬πŸ˜‚

Gunalah SENSODYNE! 😬😁

Ni cerita pengalaman cheq berjumpa dengan dentist di sebuah klinik gigi swasta pada bulan Disember tahun lepas. Sebelum pi klinik gigi tu kan, cheq dok rasa-rasa macam nak kena palam/tampal 2 batang gigi geraham dah sebab jelas sangat rasa nyilu mencucuk-cucuk kat gigi belakang ni bila cheq minum air sejuk atau makan apa-apa makanan yang masam. Rasa macam over-sensitive mengada-ngada terlebih saja gigi cheq ni masa tu, jadinya cheq pun meredhokan diri saja la untuk pergi menghadap tuan doktor gigi demi menyelesaikan masalah gigi yang gedik ni. Dalam kepala masa tu dok pikiaq ni mesti nak kena palam sekurang-kurangnya 2 tempat ni, prepare duit saja laa, dan juga prepare mental sebab cheq memang tak sukaaaa sungguh dengan perasaan nak kena pi klinik gigi nih... huwaaarh πŸ™ƒπŸ˜·

Untuk pengetahuan hangpa, cheq memang dok jaga gigi cheq ni elok-elok. Sejak beberapa tahun yang lepas, cheq memang akan floss gigi ni terlebih dahulu sebelum memberus gigi dengan ubat gigi COLGATE setiap kali sebelum tidur. Dan sebelum cheq keluar pi jumpa dentist, sudah menjadi tabiat cheq untuk memberus gigi ni elok-elok setelah flossing dan tidak akan makan apa-apa selepas itu bagi memudahkan kerja dentist untuk memeriksa gigi ini dengan perasaan yang nyaman dan tenang πŸ™‚

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba apabila nama cheq dipanggil dan cheq pun masuklah ke dalam bilik pemeriksaan gigi bagi menghadapkan gigi ini pada tuan doktor gigi yang cukup berpengalaman serta luas ilmu dentistrynya itu. Periksa punya periksa, cerita punya cerita, tuan dentist pun beritahu cheq yang gigi cheq ni tidak perlu dipalam/tampal langsung sebab tak nampak pun sebarang lubang kat mana-mana bahagian gigi ni. Menurut beliau, rasa nyilu dan sensitif pada gigi cheq ni mungkin disebabkan oleh terdapatnya fine crack lines (garisan retakan halus) yang tersembunyi di celah-celah gigi. Maka apakah solusinya? Tuan doktor pun recommend ubat gigi SENSODYNE. Seriuslah, solusi yang terbaik dan paling praktikal buat masalah gigi cheq ni ialah ubat gigi SENSODYNE... and it works like a charm! Alhamdulillah, syukur sangat tau... πŸ˜†πŸ€²πŸ»

Dalam banyak-banyak jenis ubat gigi SENSODYNE yang ada tu, cheq pilih yang Whitening Repair & Protect - RM14.99 (harga dari Giant Hypermarket)


Mulai dari saat itu, cheq terus tinggalkan COLGATE dan beralih kepada SENSODYNE. Gigi cheq sudah tidak lagi rasa nyilu dan sensitif tak pasal-pasal. Kunyah ais pun rilek saja la ni, makan benda masam pun tak jadi apa dah, setel terus masalah dunia gigi cheq... πŸ˜†πŸ˜

Demikianlah cerita pengalaman cheq berkenaan masalah gigi sensitif serta secebis nasihat dari seorang dentist pakar yang sudah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang dentistry. Kepada hangpa yang ada masalah gigi sensitif tu, dinasihatkan floss gigi terlebih dahulu (sekali sehari sudah cukup, sebelum tidur) sebelum memberus gigi dengan ubat gigi SENSODYNE. Limit untuk guna ubat gigi SENSODYNE ni ialah 2 kali sehari saja, dan kurangkan jumlah ubat gigi yang ditelan. Ubat gigi ni tujuannya untuk melindungi dan membaiki gigi kita saja naa, bukan untuk ditelan 🧐😬



Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

22 ulasan:

  1. Sensodyn diş macunu 😊 kullanmayı sevdiğim bir macun...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Selesai masalah.

    BalasPadam
  3. wahhh bolh mkn ais krim selalu laa ni ya ;-)

    BalasPadam
  4. bagusnya jaga gigi, takde yg berlubang....mak saya pun guna ubat gigi ni sbb ngilu, mmg mujarab..Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..lubang-lubang lama yang dah bertampal tu ada, dok risau kot2 ada timbul lubang baru saja ni..Alhamdulillah takdak kali ni 😬🀲🏻

      Padam
  5. Tak risau dah. Setel masalah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur πŸ€²πŸ»πŸ˜„

      Padam
  6. abah aida memang guna sensodyne ni.
    aida pun mcm nak bertukar ke sensodyne lah.
    gigi dah start ngilu semcm!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu alamatnya nak kena beralih ke Sensodyne la tu, sila sila..πŸ€“

      Padam
  7. sensodyne ni mmg bagus la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbukti baguih..πŸ‘πŸ»✨

      Padam
  8. Untung la takde gigi yang rosak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang rosak semua dah selesai dipalam atau dah dicabut πŸ˜†

      Padam
  9. Tampal gigi tu macam mana? Kos mahal tak kalau tampal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tampal tu sama la dengan palam, biasanya harga dalam RM120-140 per sebatang gigi di klinik swasta πŸ˜„

      Padam
  10. Gigi tgh sakit ok x pkai ubt gigi ni...boleh hilng ka skit nye..sb mmg x suke g jmpa doc gigi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba dulu guna ubat gigi Sensodyne ni selama beberapa hari, kalau masih sakit gigi juga lepas tu, maka eloklah pi jumpa doktor gigi πŸ˜…

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤