Ahad, 29 Disember 2019

Layan Binggrae, Onigiri dan Strawberry Sando dari FamilyMart

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hangpa apa habaq? Dah pakat bersedia ka untuk hadap tahun 2020? Heee bersedia atau tidak, dia akan menjelma jua... maka, kita chill chill dan buat relax sudah. Jom layan review cheq berkenaan susu pisang Binggrae, nasi kepal Jepun salmon berkeju krim dan sandwich strawberry berkrim yang cheq pernah beli dari kedai FamilyMart. Cheq tak pi Jepun aih, cheq cuma pi terjah FamilyMart yang ada kat KL tu jaa bulan lepas... 😋


Ni cerita bulan lepas di mana cheq berkesempatan untuk singgah FamilyMart dalam masa beberapa hari cheq berada di Keyelle KL dan Selangor. Selain menghadiri kenduri kahwin member, cheq sempat juga terjah ke beberapa kedai makan yang menarik untuk dijadikan bahan review di blog ni... yahuu 😆

Dalam entri yang lepas, cheq dah cerita pasai tiga jenis Meronpan (Melon Pan). Kali ni, cheq nak buka cerita pasai susu pisang Binggrae (produk Korea Selatan) yang popular tu, nasi kepal Jepun (onigiri) berintikan isi ikan salmon mentah campoq keju krim dan juga sandwich strawberry berkrim manis... 😆😋

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut: 

Binggrae Banana Milk - RM5.40

Harga - Pada cheq, harganya sedikit up dengan jenis dan kuantiti minumannya 😬

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Ada rasa pisang yang jelas, manis dan rasa susunya tidak begitu kuat. Cheq rasa minuman ni mungkin sesuai untuk orang yang tidak begitu selesa dengan rasa susu putih yang biasa, sebab perisa pisangnya cukup 'bijak' menutup rasa susu yang memualkan bagi sesetengah orang yang sensitif dengan rasa susu segar 🧐

Keberbaloian - Berbaloi dengan harga sekiranya kuantiti minuman dapat ditambah lagi sebanyak sekurang-kurangnya 40ml 😄

Baiklah, calon seterusnya...,

Salmon Cream Cheese Onigiri - RM4.50

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis produk makanannya (isi ikan salmon tuuu...) 😎👌🏻

Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Baru cheq tau yang gabungan cream cheese dan isi ikan salmon mentah tu sedap sungguh apabila dipadankan dengan nasi Jepun dan seaweed yang nipis lagi agak rangup itu. Adusss... teringat-ingat cheq selepas dah habis makan onigiri ni. Cukup memukau rasanya, menyesai cheq tak beli lebih... 😂

Keberbaloian - Berbaloi dengan jenis produk, kelazatan serta kesegaran bahan makanannya 👌🏻✨

Produk seterusnya, last but not least...,
Strawberry Sando - RM5.90

Harga - Pada cheq, harganya agak sedikit up dengan jenis dan saiz produk makanannya 😬

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Tekstur rotinya seakan-akan sponge cake, dipadankan dengan krim putih manis dan buah strawberry segar yang agak masam. Pada cheq, ini juga merupakan sebuah kombinasi flavor yang menarik untuk dicuba 🧐

Keberbaloian - Agak kurang berbaloi dengan saiz produk serta kesedapan rasanya 😬


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan tiga jenis produk F&B (food and beverage) FamilyMart yang cheq sempat cuba dalam bulan lepas. Syukur Alhamdulillah 😄


Jumpa lagi di lain entri... pada tahun hadapan!
🙋

16 ulasan:

  1. Thanks for your sharing 😊 happy New Year 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome and thanks for dropping by 😎

      Happy New Year to you too 🎊✨

      Padam
  2. Harga makanan boleh dikatakan agak mahal. Saya pernah beli aiskrim dan oden je. Dua-dua ni sedap dan berbaloi bagi saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes kalau dibandingkan dengan kedai-kedai serbaneka yang lain tu memang sini agak mahal..tapi cheq masih berpuas hatilah sebab kualitinya terjaga 😎

      Padam
  3. strawberry sando tu nmpk sedap..rasa mcm nk try jg...tapi harga tu boleh mkn nasi campoq..sekali-sekala bolehlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hat tu, cheq cuba sekali ja dah cukup sebab tak berapa kena sangat dengan selera cheq 😄

      Padam
  4. Tertarik dengan onigiri. Bilalah dapat masuk Family Mart ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Onigiri sini memang debom! 😆👍🏻

      Padam
    2. Saya dah follow balik blog saudari. Tq.

      Padam
    3. Makasih NA 👍🏻💐

      Padam
  5. banana uyu!! onigiri pun ada..suka semuanya..kat family mart ada jual? nak carik laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa sis JM belum pernah terjah FamilyMart lagi ka? Serius la sis? 🤓

      Padam
  6. fam mart ni kalu sy g cr cheese cake je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa tak perasan pulak hari tu, boleh la cheq cuba cheese cake tu nanti bila ke FM lagi 😋

      Padam
  7. Saya suka susu pisang tu tapi jarang beli dekat Family Mart sebab harga dia macam agak mahal untuk saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab harga dia mahai tu cheq pun setuju..sekali tu ja la kot cheq membelinya 😂

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤