Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hangpa apa habaq? Dah pakat bersedia ka untuk hadap tahun 2020? Heee bersedia atau tidak, dia akan menjelma jua... maka, kita chill chill dan buat relax sudah. Jom layan review cheq berkenaan susu pisang Binggrae, nasi kepal Jepun salmon berkeju krim dan sandwich strawberry berkrim yang cheq pernah beli dari kedai FamilyMart. Cheq tak pi Jepun aih, cheq cuma pi terjah FamilyMart yang ada kat KL tu jaa bulan lepas... π
Ni cerita bulan lepas di mana cheq berkesempatan untuk singgah FamilyMart dalam masa beberapa hari cheq berada diKeyelle KL dan Selangor. Selain menghadiri kenduri kahwin member, cheq sempat juga terjah ke beberapa kedai makan yang menarik untuk dijadikan bahan review di blog ni... yahuu π
Dalam entri yang lepas, cheq dah cerita pasai tiga jenis Meronpan (Melon Pan). Kali ni, cheq nak buka cerita pasai susu pisang Binggrae (produk Korea Selatan) yang popular tu, nasi kepal Jepun (onigiri) berintikan isi ikan salmon mentah campoq keju krim dan juga sandwich strawberry berkrim manis... ππ
Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Ni cerita bulan lepas di mana cheq berkesempatan untuk singgah FamilyMart dalam masa beberapa hari cheq berada di
Dalam entri yang lepas, cheq dah cerita pasai tiga jenis Meronpan (Melon Pan). Kali ni, cheq nak buka cerita pasai susu pisang Binggrae (produk Korea Selatan) yang popular tu, nasi kepal Jepun (onigiri) berintikan isi ikan salmon mentah campoq keju krim dan juga sandwich strawberry berkrim manis... ππ
Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, harganya sedikit up dengan jenis dan kuantiti minumannya π¬
Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Ada rasa pisang yang jelas, manis dan rasa susunya tidak begitu kuat. Cheq rasa minuman ni mungkin sesuai untuk orang yang tidak begitu selesa dengan rasa susu putih yang biasa, sebab perisa pisangnya cukup 'bijak' menutup rasa susu yang memualkan bagi sesetengah orang yang sensitif dengan rasa susu segar π§
Keberbaloian - Berbaloi dengan harga sekiranya kuantiti minuman dapat ditambah lagi sebanyak sekurang-kurangnya 40ml π
Baiklah, calon seterusnya...,
Keberbaloian - Berbaloi dengan harga sekiranya kuantiti minuman dapat ditambah lagi sebanyak sekurang-kurangnya 40ml π
Baiklah, calon seterusnya...,
Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis produk makanannya (isi ikan salmon tuuu...) πππ»
Kelazatan - Cheq bagi markah 4½ bintang dari 5 bintang. Baru cheq tau yang gabungan cream cheese dan isi ikan salmon mentah tu sedap sungguh apabila dipadankan dengan nasi Jepun dan seaweed yang nipis lagi agak rangup itu. Adusss... teringat-ingat cheq selepas dah habis makan onigiri ni. Cukup memukau rasanya, menyesai cheq tak beli lebih... π
Keberbaloian - Berbaloi dengan jenis produk, kelazatan serta kesegaran bahan makanannya ππ»✨
Produk seterusnya, last but not least...,
Keberbaloian - Berbaloi dengan jenis produk, kelazatan serta kesegaran bahan makanannya ππ»✨
Produk seterusnya, last but not least...,
Harga - Pada cheq, harganya agak sedikit up dengan jenis dan saiz produk makanannya π¬
Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Tekstur rotinya seakan-akan sponge cake, dipadankan dengan krim putih manis dan buah strawberry segar yang agak masam. Pada cheq, ini juga merupakan sebuah kombinasi flavor yang menarik untuk dicuba π§
Keberbaloian - Agak kurang berbaloi dengan saiz produk serta kesedapan rasanya π¬
Keberbaloian - Agak kurang berbaloi dengan saiz produk serta kesedapan rasanya π¬
Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan tiga jenis produk F&B (food and beverage) FamilyMart yang cheq sempat cuba dalam bulan lepas. Syukur Alhamdulillah π
Jumpa lagi di lain entri... pada tahun hadapan!
π
π
Thanks for your sharing π happy New Year π
BalasPadamYou're welcome and thanks for dropping by π
PadamHappy New Year to you too π✨
Harga makanan boleh dikatakan agak mahal. Saya pernah beli aiskrim dan oden je. Dua-dua ni sedap dan berbaloi bagi saya.
BalasPadamYes kalau dibandingkan dengan kedai-kedai serbaneka yang lain tu memang sini agak mahal..tapi cheq masih berpuas hatilah sebab kualitinya terjaga π
Padamstrawberry sando tu nmpk sedap..rasa mcm nk try jg...tapi harga tu boleh mkn nasi campoq..sekali-sekala bolehlah..
BalasPadamHat tu, cheq cuba sekali ja dah cukup sebab tak berapa kena sangat dengan selera cheq π
PadamTertarik dengan onigiri. Bilalah dapat masuk Family Mart ni?
BalasPadamOnigiri sini memang debom! πππ»
PadamSaya dah follow balik blog saudari. Tq.
PadamMakasih NA ππ»π
Padambanana uyu!! onigiri pun ada..suka semuanya..kat family mart ada jual? nak carik laaa
BalasPadamLaa sis JM belum pernah terjah FamilyMart lagi ka? Serius la sis? π€
Padamfam mart ni kalu sy g cr cheese cake je hehe
BalasPadamAlaa tak perasan pulak hari tu, boleh la cheq cuba cheese cake tu nanti bila ke FM lagi π
PadamSaya suka susu pisang tu tapi jarang beli dekat Family Mart sebab harga dia macam agak mahal untuk saya.
BalasPadamBab harga dia mahai tu cheq pun setuju..sekali tu ja la kot cheq membelinya π
Padam