Ahad, 5 Januari 2020

Amalan Baru yang Kita Perlu Praktikkan Mulai Tahun 2020

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, cheq nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 buat hangpa sekalian! 🎊🎉✨

via GIPHY

Baiklah, merujuk kepada tajuk entri cheq kali ini yang berbunyi seperti sebuah peringatan yang serius (memang agak serius juga la), amalan atau perkara baru yang kita semua perlu beringat dan mula praktikkan mulai tahun ini ialah berkaitan dengan... cuba hangpa teka apadia? 🤔😎


Boleh juga menonton klip video ini di YOUTUBE


Berkaitan dengan penulisan TARIKH! Haa... kalau selama ni kita (kecuali cheq la hihi) dok terbiasa menulis tarikh dengan gaya tulis tahun tak penuh tu, contohnya "1/3/19" bagi "satu hari bulan tiga dua ribu sembilan belas", yang mana sesetengah orang boleh juga membacanya sebagai "tiga hari bulan satu dua ribu sembilan belas", maka tibalah masanya untuk kita semua mula melatih diri menulis tarikh secara penuh bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku mulai tahun ini. Seeloknya kita tulislah tarikh secara penuh seperti contoh yang berikut: 05 Jan 2020 🙂

Bayangkan apabila kita mengisi borang atau sebarang dokumen penting yang memerlukan maklumat tarikh, kita selamba badak saja macam biasa terus tulis tahun "2020" dengan singkatan "20" sahaja, kemudian tanpa sebarang was-was mahupun syak wasangka kita pun terus pergi hantar borang tersebut untuk tindakan selanjutnya. Nak dijadikan cerita, ada pulak sekoq makhluk dengan perangai tidak semenggah tidak boleh tengok orang lain senang sikit tu 😈 sengaja pi conteng borang tersebut dengan menambah dua digit selain "20" (19 ka, 18 ka... tak pun 21, scammer anjak tarikh cheque kita ke tahun depan, nanti tahun depan dia cash out 😈) di belakang tarikh yang kita dah tulis tadi tu. Maka, borang kita pun terus menjadi invalid dan tidak boleh diguna pakai lagi 🙃

Haa... begitulah betapa pentingnya bagi kita untuk mula menulis tarikh secara penuh ni. Eloklah kita beringat sebelum terkena naa... 🧐


Jumpa lagi di lain entri! 
🙋

10 ulasan:

  1. Happy New year 😊 with hapiness and healthy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you! Happy New Year 2020 🎉✨
      I wish you happiness and good health as well 💪🏻😎

      Padam
  2. tahun yg istimewa..alaf baru..

    BalasPadam
  3. Kena berhati-hati bila tulis tarikh lepas ni.

    BalasPadam
  4. Memang tulis penuh. Malahan tulis 9 Januari 2020. Hehe.

    BalasPadam
  5. betul betul jgn main tulis mcm ni 16/01/20..kang ada yang menambah kat belakang..kena tulis penuh 16/01/2020

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasai kan sis JM, bahaya ada di mana-mana 😂

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤