Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, cheq nak selit entri masakan juga sebijik dalam bulan nih. Hangpa pernah makan bunga labu goreng celup tepung dak? Hangpa kenai dak pokok labu tu macam mana? ππ
Kat rumah cheq ni ada satu pokok labu 'eksiden'. Sebab apa cheq kata accident? Sebabnya, pokok ni tumbuh secara tidak disengajakan (accidental). Dia tumbuh dari biji labu yang ada pada lebihan buah labu yang cheq pernah buang kat kawasan tanah lapang tempat bakaq sampah di tepi rumah. Sekarang ni pokok labu tu dah dipindahkan ke kawasan tanah yang lebih subur dan disiram setiap hari dengan penuh kasih sayang. Rezeki jangan ditolak! π¬✨

▶ Bahan-bahan:
✎ Bunga labu yang telah kembang (secukupnya)
✎ Tepung Tempura Serbaguna (setengah cawan)
✎ Air (lebih kurang 150ml)
✎ Air (lebih kurang 150ml)
✎ Minyak kelapa sawit (secukupnya untuk deep-frying)
▶ Cara-cara:
1. Petik bunga labu matang dari pokoknya dan belah setiap kuntum kepada dua bahagian. Basuh setiap bahagian bunga dengan teliti di bawah air paip yang mengalir.
2. Bancuh tepung tempura serbaguna dengan air secukupnya (jangan bagi jadi pekat, cair sikit tak apa). Celupkan bunga labu ke dalam sebatian tepung tempura tersebut.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali di atas api sederhana besar, kemudian gorengkan bunga yang telah dicelup tepung tadi dengan berhati-hati. Angkat keluar dari minyak apabila minyak sudah tidak bising dan marah-marah π¬

Sekian, beginilah cara cheq membuat BUNGA LABU GORENG TEMPURA yang mudah, cepat dan semestinya mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... cheq recommend hangpa makan ni dengan nasi panas-panas atau bubur nasi, atau pun oatmeal. Buat cicah sos cili dengan mayonais pun sodappp.. πππ»✨
Jumpa lagi di lain entri!
π
Bunga labu banyak
BalasPadamTapi tak pernah buat makanan.
Sebab WP nak bunga tu berkembang jadi buah ka? Rasa sayang nak makan..π€π¬
PadamWow! Baru tahu bunga labu boleh makan dan dibuat tempura. Menarik! Tapi susah pulak nak mencari bunga labu..huhu
BalasPadamBunga labu ni ada sesetengah orang tu buat masak lemak, sekali dengan pucuk labu π
PadamO... First time tengok bunga labu digoreng. Tak pernah lagi makan.
BalasPadamBoleh la dicuba nanti kalau ada jumpa bunga labu, sedap rasa dia π
Padamtak pernah rasa.. dan rasanya mcm tak pernah nampak pun bunga labu.
BalasPadamBunga labu memang susah nak cari dijual kat mana-mana, cheq boleh dapat ni pun sebab 'ter'ada pokok labu sendiri π€
PadamTak pernah tahu dan tak pernah terfikir pun yang bunga labu boleh dimakanπ . Nasib baik CS share. Ilmu baru ni.
BalasPadamHihi..makasih JR. Selain bunga labu, bunga timun zucchini pun sedap digoreng tau, cuba la nanti bila ada kesempatan ππ»✨
Padamx de org tanam labu kt sini kalau tak boleh minta hehehe
BalasPadamMem besar tak minat menanam pokok ka? Labu ni senang sungguh nak tumbuh π
PadamMemang sedap tempura bunga labu ni, pernah try buat sekali semasa pokok labu kat belakang rumah berbunga dengan banyaknya :-) La ni tak dak dah pokok labu, nak kena tanam lagi sekali haha
BalasPadamHaa! Finally..ada pun orang yang biasa makan bunga labu mai komen kat sini πππ»
PadamTanam jangan tak tanam! π
WAH BUNGA LABU GORENG TEMPURA MESTI SEDAP TU
BalasPadamMemang sedap dan rangup πππ»
Padambaru tauu boleh dimasak dan dimakan... haha
BalasPadamBoleh la cuba makan ni nanti kalau berkesempatan π
Padamtak pernah mkan dan tak pernah masak...bunga labu tu pu ntak pernah tgk ahaha...rasa na mcm mana..manis?
BalasPadamRasa bunga labu goreng ni macam kerepek labu la lebih kurang, sedaaap..π
Padam