Isnin, 9 Disember 2019

Nasi Kepal Jepun yang Sentiasa Ceria Tersenyum NIKO NIKO

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam Disember dan selamat bercuti buat semua warga sekolah sekalian. OK kali ni cheq nak share pasai pengalaman pertama cheq pekena beberapa jenis onigiri (nasi kepal Jepun) Halal dari kafe Niko Niko Onigiri pula... πŸ˜†πŸ™✨

NIKO NIKO Onigiri - Cyberjaya, Selangor

Ni sebenarnya cerita bulan lepas di mana cheq berkesempatan untuk singgah ke kafe NIKO NIKO Onigiri di Cyberjaya setelah selesai menjamu selera bersama seorang member baik cheq di MYKORI cafe yang terletak di sebelahnya sahaja. Ya, NIKO NIKO Onigiri ni berjiran ja dengan MYKORI di Cyberjaya, Selangor tu. Dalam masa beberapa hari cheq berada di Keyelle KL dan Selangor tu, selain menghadiri kenduri kahwin member, cheq sempat juga terjah ke beberapa kedai makan yang menarik untuk dijadikan bahan review di blog ni... πŸ˜†


NIKO NIKO Onigiri cafe ni ialah nama bagi sebuah kafe makanan Jepun berstatus Halal yang ada banyak onigiri (nasi kepal) dengan pelbagi jenis inti yang menarik. Perkataan "niko niko" tu lebih kurang maksudnya macam 'ceria' atau 'feeling cheerful' la gitu dalam bahasa Jepun, dan onigiri tu pula ialah sejenis nasi kepal Jepun. Selain nasi kepal yang diisi dengan pelbagai jenis inti yang sedap-sedap, kafe ini juga ada menyediakan beberapa jenis hidangan noodles dan nasi yang biasa didapati di kebanyakan restoran makanan Jepun πŸ˜„




Cheq tak terus makan di kedai ni sebab masih kenyang dengan kakigori dan taiyaki dari MYKORI kat sebelah tu, jadinya cheq cuma menapau (take away) saja onigiri 3 biji dari kafe NIKO NIKO ni untuk dimakan kemudian. Tiga jenis onigiri yang cheq tapau tu ada inti Unagi (belut), Natto (kacang soya yang telah diperam) dan Okaka (campuran perisa yang ada serbuk ikan tuna, serbuk rumpai laut kering, bijan panggang dan garam) πŸ˜‹

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Natto Onigiri (fermented soybeans) - RM4.20

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis dan saiz produk makanannya. Onigiri kafe NIKO NIKO  ni besar-besar dan gemuk belaka, made upon order. Puas makan onigiri sini πŸ˜‚

Kelazatan - Cheq bagi markah 3 bintang dari 5 bintang. Natto (kacang soya yang diperam) ni lebih kurang macam tempoyak la juga (bukan dari segi rasa, tetapi dari segi penerimaan seseorang terhadapnya). Pertama kali cheq makan Natto ni, rasa lain macam saja bila mula-mula masuk mulut tu, melekit dan bertali macam keju Mozzarella apabila ditarik (memang sifat Natto macam tu) dan baunya agak masam lagi unik. Lepas dah makan separuh tu cheq rasa macam makan taucu pekat tanpa garam pun ada, OK saja Natto ni pada cheq, takdak la pelik sangat pun rasa dia... πŸ˜†

Keberbaloian - Berbaloi untuk dicuba bagi yang belum pernah mencuba makan Natto πŸ˜‚


Baiklah, onigiri seterusnya...,

Okaka Onigiri - RM4.20

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis dan saiz produk makanannya 🧐

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Okaka dalam onigiri ni ialah campuran serbuk perisa yang mengandungi ikan tuna kering, rumpai laut kering, bijan panggang dan garam. Kiranya macam furikake juga la campuran perisa ni, sedap betoi apabila dipadankan dengan nasi 😎

Keberbaloian - Berbaloi dengan kuantiti dan kesedapannya. Puas betoi dapat makan onigiri kafe NIKO NIKO ni πŸ‘πŸ»


Onigiri yang last but not least...,


Unagi Onigiri - RM5.10

Harga - Pada cheq, harganya sudah berpatutan dengan jenis dan saiz produk makanannya πŸ§

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang untuk onigiri yang berintikan ikan belut Jepun bersos kicap special lagi bermayonis ni. Rasanya cukup sedap dengan isinya yang lembut memukau lagi meruntun sanubari πŸ€€πŸ˜†

Keberbaloian - Berbaloi sangat sebab sedap dan cheq memang sukakan Unagi. Belut Jepun dari jenis air tawar ni memang sedap, sapa-sapa yang tak setuju tu lantak pi kat hangpa... πŸ˜‚


Baiklah, sekian dahulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan tiga jenis onigiri yang cheq sempat cuba dari kafe NIKO NIKO Onigiri di Cyberjaya, Selangor. Syukur Alhamdulillah πŸ˜„


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

12 ulasan:

  1. bila dikepal-kepal, dibalut dgn seaweed, jadi sedap..akk suka yg tuna..tapi tk pernah lg makan brand ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biaq cheq teka, onigiri yang inti tuna tu mesti yang KakNO beli di Family Mart kan? Cheq pun suka πŸ™ yang tu juga..πŸ˜‹

      Padam
  2. kita selalu beli kat kedai mynewa.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam menarik juga kedai myNEWS.com tu, cheq belum terjah lagi situ 🧐

      Padam
  3. Sedapnya onigiri..favourite! Harga tu macam standard harga yang dijual kat Malaysia tapi inti dia tu yang rare sikit. Boleh cuba rasa kalau ke Cyber. Tq share

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas makan onigiri sini sebab saiz dia besaq gedabak hihi..you're welcome 😎

      Padam
    2. sangat berbaloi lah makan kalau saiz besar dengan harga macam tu :)

      Padam
    3. Betoiii..πŸ‘πŸ»✨

      Padam
  4. penggemar makanan jepun mesti suka punyalah tmpt ni

    BalasPadam
  5. Ada nampak status halal ke di kedai tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Unknown, di muka hadapan buku menu kedai ni ada cop logo halal selain ditulis 'PORK FREE'. Sebelum singgah sini dah ada baca beberapa reviews yang yakin menu Niko Niko ni halal. Terpulanglah pada keyakinan diri masing-masing untuk mencubanya atau tidak. Kalau ada rasa was-was, jangan masuk πŸ™‚

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤