Ahad, 15 Disember 2019

Bunga Labu Goreng Tempura Pun Sodap!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, cheq nak selit entri masakan juga sebijik dalam bulan nih. Hangpa pernah makan bunga labu goreng celup tepung dak? Hangpa kenai dak pokok labu tu macam mana? πŸ˜‹πŸ˜‚

Dari kiri ke kanan - Bunga labu yang matang dipetik dari pokoknya | Bunga labu dibelah dua sebelum dicelup tepung tempura serbaguna | Bunga labu dicelup dalam bancuhan tepung tempura kemudian digoreng dalam minyak kelapa sawit | Bunga labu tempura siap digoreng dan dihidang

Kat rumah cheq ni ada satu pokok labu 'eksiden'. Sebab apa cheq kata accident? Sebabnya, pokok ni tumbuh secara tidak disengajakan (accidental). Dia tumbuh dari biji labu yang ada pada lebihan buah labu yang cheq pernah buang kat kawasan tanah lapang tempat bakaq sampah di tepi rumah. Sekarang ni pokok labu tu dah dipindahkan ke kawasan tanah yang lebih subur dan disiram setiap hari dengan penuh kasih sayang. Rezeki jangan ditolak! 😬✨


▶ Bahan-bahan:

✎ Bunga labu yang telah kembang (secukupnya)
✎ Tepung Tempura Serbaguna (setengah cawan)
✎ Air (lebih kurang 150ml)
✎ Minyak kelapa sawit (secukupnya untuk deep-frying)

▶ Cara-cara:

1. Petik bunga labu matang dari pokoknya dan belah setiap kuntum kepada dua bahagian. Basuh setiap bahagian bunga dengan teliti di bawah air paip yang mengalir.

2. Bancuh tepung tempura serbaguna dengan air secukupnya (jangan bagi jadi pekat, cair sikit tak apa). Celupkan bunga labu ke dalam sebatian tepung tempura tersebut.

3. Panaskan minyak masak dalam kuali di atas api sederhana besar, kemudian gorengkan bunga yang telah dicelup tepung tadi dengan berhati-hati. Angkat keluar dari minyak apabila minyak sudah tidak bising dan marah-marah 😬



Sekian, beginilah cara cheq membuat BUNGA LABU GORENG TEMPURA yang mudah, cepat dan semestinya mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... cheq recommend hangpa makan ni dengan nasi panas-panas atau bubur nasi, atau pun oatmeal. Buat cicah sos cili dengan mayonais pun sodappp.. πŸ˜‹πŸ‘πŸ»✨


Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

20 ulasan:

  1. Bunga labu banyak
    Tapi tak pernah buat makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab WP nak bunga tu berkembang jadi buah ka? Rasa sayang nak makan..πŸ€”πŸ˜¬

      Padam
  2. Wow! Baru tahu bunga labu boleh makan dan dibuat tempura. Menarik! Tapi susah pulak nak mencari bunga labu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga labu ni ada sesetengah orang tu buat masak lemak, sekali dengan pucuk labu πŸ˜‹

      Padam
  3. O... First time tengok bunga labu digoreng. Tak pernah lagi makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la dicuba nanti kalau ada jumpa bunga labu, sedap rasa dia πŸ˜‹

      Padam
  4. tak pernah rasa.. dan rasanya mcm tak pernah nampak pun bunga labu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga labu memang susah nak cari dijual kat mana-mana, cheq boleh dapat ni pun sebab 'ter'ada pokok labu sendiri 🀭

      Padam
  5. Tak pernah tahu dan tak pernah terfikir pun yang bunga labu boleh dimakanπŸ˜…. Nasib baik CS share. Ilmu baru ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..makasih JR. Selain bunga labu, bunga timun zucchini pun sedap digoreng tau, cuba la nanti bila ada kesempatan πŸ‘πŸ»✨

      Padam
  6. x de org tanam labu kt sini kalau tak boleh minta hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mem besar tak minat menanam pokok ka? Labu ni senang sungguh nak tumbuh πŸ˜„

      Padam
  7. Memang sedap tempura bunga labu ni, pernah try buat sekali semasa pokok labu kat belakang rumah berbunga dengan banyaknya :-) La ni tak dak dah pokok labu, nak kena tanam lagi sekali haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa! Finally..ada pun orang yang biasa makan bunga labu mai komen kat sini πŸ˜‚πŸ‘πŸ»

      Tanam jangan tak tanam! 😎

      Padam
  8. WAH BUNGA LABU GORENG TEMPURA MESTI SEDAP TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap dan rangup πŸ˜‹πŸ‘πŸ»

      Padam
  9. baru tauu boleh dimasak dan dimakan... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la cuba makan ni nanti kalau berkesempatan πŸ˜„

      Padam
  10. tak pernah mkan dan tak pernah masak...bunga labu tu pu ntak pernah tgk ahaha...rasa na mcm mana..manis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa bunga labu goreng ni macam kerepek labu la lebih kurang, sedaaap..πŸ˜‹

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤