Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu dan juga selamat menjalani PKPP/B/D dengan tenang. Entri memasak pulak kali ni, cheq cuba buat waffle. Ada yang terbakaq hanguih sikit tu, sebab... payah rupanya nak buat waffle pakai manual waffle pan yang macam ni. Baru cheq tau, tricky sungguh... 😂🤣
Proses cheq membuat waffle |
Tepung Waffle Crispy MATAF ni cheq beli secara online saja dari Shopee, RM6.36 per 1kg. Pada pendapat cheq, waffle yang terhasil dari tepung ni boleh tahan sedaplah, wangi bau dia. Berbaloi dengan harganya 😄👇🏻
Cheq buat waffle ni mengikut resipi yang disyorkan oleh MATAF 👩🏻🍳✨
▶ Bahan-bahan:
✎ Tepung Waffle Crispy MATAF (200g)
✎ Air (200ml)
✎ Minyak masak (20ml)
✎ Telur ayam gred A (1 biji)
✎ Mentega kacang dan jem (secukupnya untuk disapu pada waffle)
▶ Cara-cara:
1. Bancuh tepung waffle dengan air, kemudian masukkan sedikit minyak masak dan telur ayam. Pukul dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan waffle pan di atas api yang paling kecil, kemudian sapukan sedikit minyak masak pada permukaan dalam pan.
3. Tuangkan sebatian waffle ke dalam waffle pan dengan berhati-hati. Tutup waffle pan. Bakar di atas api yang paling kecil selama lebih kurang 4 minit, kemudian angkat dan keluarkan waffle dari waffle pan.
4. Ulang langkah 2 dan 3 hingga bancuhan waffle habis dimasak.
5. Sapu mentega kacang dan jem (atau apa saja sapuan pilihan) pada bahagian waffle yang cerah dan tidak rangup (bahagian yang tidak dibakar), kemudian 'sandwich-kan' dengan 1 kepingan waffle yang lain. Siap. Potong dan hidangkan 😄
Sekian, beginilah gayanya cheq membuat waffle menggunakan waffle pan 'tradisional', jenis yang perlu dibakar atas api dapur. Kalau nak waffle yang lebih cantik dan sedap, kena beli waffle maker hat automatic tu la... kot nak lagi sedap, pi beli waffle kat kedai sajalah... 😂🤣
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
Ok dah tu rupanya 😉
BalasPadamTimakasih atas pujian..😂
Padampandainya cek sedap tu
BalasPadamTimakasih KakPI 😆
PadamHaah beli sahaja sebab jarang hendak makan sangat.
BalasPadamKan..beli ja kat kedai 😂
PadamWah, nampak sedap waffle tu walaupun first time buat.
BalasPadamTeknik ambil gambar ja lebih ni, rasa dia so-so ja 😂
PadamBaca entry ni terus teringin nak Cuba. Nampaknya kena Beli tepung Dan waffle pan dulu kot 😆
BalasPadamShopee..shopee..semua ada di shopee 😆🎵
Padamoo..ada ya acuan waffle tradisional...sedapnya waffle..teringin lah pulak..hihi..
BalasPadamSedap waffle ni buat makan petang, lagi-lagi kalau hari hujan 😋
Padamrajinnyer., ;p
BalasPadam😄
Padammurah juga harga tepung tu.. kalau nak buat makan ramai2 mmg berbaloi..
BalasPadammakan dengan sekerim tu pun sedap..
Memang murah dan berbaloi beli. Betoi tu, makan dengan eskrem pun sedap ni 😋
Padambest buat sendiri.. buh inti banyak2 hehe
BalasPadamBetoi tu, sukati nak buh inti apa dan banyak mana 😋
Padamhai.. kite datang follow awak balik #101 :)
PadamTimakasihhh! 💖🌼✨
PadamWuah mantaaap je ..., dapat bikin waffel sendiri.
BalasPadamPadahal waffel kesukaan ku looh, bisa-bisa aku jadi ketagihan nih bikin waffel terus menerus, hhaaha 😀
Boleh dicobain ini pak HS, sesuai bagi penggemar waffle 😀👌🏻
Padamdah lama teringin nak buat waffle sendiri tapi sampai kesudah tak pernah survey barang dia..haha ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamShopee..shopee...semua ada di shopee..😂🎵
Padambestnya boleh buat sendiri!! Ok la tu hasilnya..! Kalau Cik TK, beli kat kedai je.. nak buat, acuan pembakar tu pun tak ada.. kalau ada boleh juga Cik TK buat sendiri... huhuu
BalasPadamAcuan waffle ni ada ja kat Shopee, local seller lagi 😆
PadamNampak dari rupa menjadi dah tu. Sedap waffle buat sendiri. boleh letak extra filling :)
BalasPadamHihi makasih, boleh la buh filling macam-macam 😆
Padam