Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, bilakah kali terakhir hampa makan buah delima? 😄
Beberapa hari yang lepas, cheq ada dapat sebiji buah delima berisi merah daripada seorang rakan. Rakan cheq ni tiba-tiba bermurah hati pula nak hadiahkan cheq sebiji buah delima yang datangnya dari negara Timur Tengah ni. Member cheq hat tu "terbeli" banyak katanya, beli secara online... hihi. Lama dah cheq tak merasa makan buah delima berisi merah cantik macam ni, Alhamdulillah... rezeki cheq 😊
Cheq cuma yakin untuk mengupas buah delima ni setelah selesai menonton dan memahami video di bawah ni, agar cheq tidak tersalah teknik dalam mengupas buah delima yang datang dari jauh ni... buah berharga niii... 😂
Boleh juga menonton video ini di YOUTUBE
Selain isinya cantik diamati dan dipandang bak butiran-butiran batu ruby, buah delima ini juga mempunyai banyak khasiat (pelbagai vitamin dan nutrien) penting serta kebaikannya. Antaranya termasuklah:
⛋ Mempunyai kandungan antioksida yang tinggi yang boleh mengurangkan risiko terkenanya penyakit barah
⛋ Mengurangkan masalah jantung dengan mengawal tekanan darah dan membersihkan arteri yang tersumbat
⛋ Meningkatkan bilangan sel darah merah dalam darah
⛋ Memulihkan tenaga dan menghilangkan pening serta loya
⛋ Melegakan sengal dan sakit pada sendi dan otot
⛋ Membantu dan menjaga sistem pencernaan dengan baik
...dan lain-lain lagi kebaikannya 💪😄
Boleh juga menonton video ini di YOUTUBE
Sekian dulu perkongsian cheq berkenaan buah delima yang cantik menawan lagi menyihatkan ini. Cheq suka betul dengan rasa buah delima merah ni, special sangat rasanya. Seronoknya lahaiii kalau dapat makan buah delima merah ni setiap hari. Nak cuba tanam pokok delima merahlah, mana tahu menjadi... 😁
Sekian, jumpa lagi di lain entri 🙋
Yup... Banyak kebaikan buah delima ni. Nice info. Fiza pun suka jugak makan buah ni... Sedap. Hehe...
BalasPadamTQ..kan? Sedap dan agak mahal..huhuu
PadamHai,jom join segmen saya!
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html
Hai Cuya..OK nanti Insya-Allah cheq join, TQ atas jemputan :)
PadamBuah delima bagus untuk kesihatan.. Elok diamalkan tapi susah cari buah delima fresh dan cantik isinya..
BalasPadamBetul tu LZ, dari jauh datangnya buah delima merah ni. Harganya pun agak hmmm..hihi
Padamkalau x silap 3-4 bln lps ada ramai jual delima dr mesir laa lebanon laa... tapi x bli sbb takut masam... harga pun boleh tahan juga... mmg cantik warna delima ni
BalasPadamRasa dia manis2 masam sikit, tapi lebih kepada manislah :)
Padamsuka jus delima yg fresh...kalau makan buah delima, mesti telan sekali dengan biji2 sekali..
BalasPadamBiji2 delima ni orait lagi nak pepak dan telan, rasa dia tak pahit..hihi :)
PadamBanyak khasiat delima ni.. Dan rasa dia sangat sedap.. Suka buat jus delima fresh 😍😍😍
BalasPadamKannn? Sedap dan sangat bermanfaat buat kita semua ^^
PadamSuka buah delima, banyak sangat khasiatnya..
BalasPadamDah la ada banyak khasiat, sedap pulak tuu :)
Padamsusah nak cari buah ni kat sini..
BalasPadambeli online ja zaman sekarang ni..hihii
PadamSEDAPNYA DELIMA MERAH..DULU ADA TANAM POKOK DELIMA NI..AKARNYA BOLEH DIJADIKAN HERBA MNGURUSKN BADAN
BalasPadamDulu cheq ada pokok delima juga di rumah, tapi jenis yang isinya pink muda dan agak masam. Pokok delima tu dah tak ada sekarang, nanti nak beli anak pokok delima yang baru..hihi
Padamselama makan buah delima main potong jer. Sedap jugak delima ni kalau kena yg manis. Orang dulu cakap kalau makan Delima masa mengandung nanti anak keluar ada lesung pipit. HIhi tak tau la betul ke tak.
BalasPadamOrang dulu2 memang ada macam2 kepercayaan, kalau buat buku pun menarik tu..hihi
Padambuah delima ni mahal skrg. jrg2 sekali buleh beli...
BalasPadamItulah..sebiji saja harga sudah berbelas hinggit 😅
PadamTinggi khasiatnya tu awet muda kolegen terbaik
BalasPadamHal collagen tu cheq tak pasti pula, tapi buah ni memang ada banyak khasiatnya 😄
Padamlama sudah tak makan delima.
BalasPadamsedap. berkhasiat...
agak mahal kan sebiji kalu jumpa.
Betul tu....pernah jumpa di supermarket, berbelas hinggit harga sebiji delima merah ni haa 🤓
PadamMerah betul isinya.. Sha pun dah lama tak makan.. Selalu kalau balik rumah abah, dapatlah makan..
BalasPadamOh abah SD suka beli delima merah ya? Atau kat rumah abah ada tanam pokok delima merah? 😃
PadamAbah suka beli.. Memang dia akan beli untuk makan sendiri ataupun bila dengar kami anak-anak nak balik..
PadamBestnya SD hihi..motivasi untuk selalu balik kampung ni 😁
PadamNak cari juga la besok
BalasPadamJarang nak buleh jumpa kat Perlih ni huhuu..😞
PadamBetoi la jugak
Padam