Selasa, 13 November 2018

Sambungan Pantun Menjernihkan Keadaan

Diberi kita gelas diambilnya permata
Dilarikannya jam Rusia selain sepatu
Bukan tidak ikhlas menolong semata
Cuma ragamnya manusia tidak menentu

Pinta adik dibelikan Prada
Prada terlihat menawan sekali
Berbuat baik kenalah berpada-pada
Berbuat jahat jangan sesekali

~~~

Pantun suka-suki dua rangkap cheq di atas adalah untuk menjernihkan sebarang kekaburan serta salah tafsiran berkenaan serangkap pantun suka-suki cheq yang sebelum ni. Pantun cheq tu sebenarnya nak habaq kata manusia ni ada macam-macam ragam sahaja, bukan hendak kata kita perlu berkira-kira, kedekut, atau tidak ikhlas (dengan mengharapkan sesuatu balasan) dalam hendak menolong seseorang itu 😅

Contohnya kalau tiba-tiba ada orang mai rumah kita pada waktu tengah malam, minta nak tumpang guna tandas. Kita pula sorang-sorang saja dalam rumah ni, agaknya perlu ka tidak kita terus 'percaya' dan bagi saja dia masuk ke dalam rumah kita pada waktu itu? Kata kuncinya di sini ialah 'percaya', dan bukan lagi 'ikhlas' dalam memberi bantuan kepada seseorang itu. Faktor keselamatan diri adalah lebih penting di sini kerana tubuh badan kita juga merupakan amanah dari Allah S.W.T kepada kita untuk melindungi dan menjaga dengan sebaiknya 😄

Harap dapat menjernihkan keadaan ya, nanti cheq akan tambahkan sedikit penerangan lanjut bila cheq ada rasa teringin hendak berpantun (walaupun tak terra) secara suka-suki lagi di lain masa. Jutaan terima kasih atas kesudian dan ke-sporting-an para pembaca semua untuk mai komen-komen di blog cheq yang picisan ini naa... 🌹🌹🌹

Sekian, jumpa lagi di lain entri!
🙋

14 ulasan:

  1. Nice... teman nie tak pandai berpantun...😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi tq..cheq pun tak reti berpantun sebab tu orang salah tafsir kata tak ikhlas nak berbudi pada orang 😀

      Padam
  2. KENA PENTINGKAN KESELAMATAN DIRI DULU TERJAMIN APA2 HAL PUN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu KakPI, kena berhati-hati sentiasa kita ni, lagi2 orang perempuan. Jenayah dan fitnah berleluasa 😞

      Padam
  3. Insha Allah blogger sporting, kami pun suka mai komen. Hihi...

    BalasPadam
  4. Asalamna yang tersirat ....suka baca pantun..memang ada mak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..ya selalunya begitulah kan 😎

      Padam
    2. makna# sorry tak lengkap ejaan tu

      Padam
  5. jam rusia tu mcm mn ek?😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. jam tangan mahal buatan Rusia..mahal la agaknya 😂

      Padam
  6. Betul sangat tu.. Dalam pada nak berbuat baik keselamatan dan keadaan diri kita juga perlu kita utamakan.. Ada masa-masanya kita memang kena pentingkan diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan SD kan....manusia ni ada macam-macam jenis, yang tak takut balasan akhirat tu ramai 😞

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤