Khamis, 1 November 2018

Burger Oblong Kambing di Warung Rumbia, Jejawi Perlis

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pejam celik pejam celik dahhh masuk bulan sebelas noohh. Hampa makan apa malam ni? Cheq makan burger oblong kambing, tapau dari Warung Rumbia yang ada di Jejawi tu sat tadi πŸ˜‹

Burger oblong kambing (biasa) di gerai BURGER PORT yang beroperasi di Warung Rumbia - Jejawi Perlis. Pada harga RM6.50, ianya berbaloi, sedap lagi mengenyangkan πŸ‘

Hajat memula di hati tadi nak pi tapau Shell-Out kat Warung Rumbia tu, tapi bila cheq pi tanya adik hat dok buat burger oblong tu, adik tu cakap malam ni tokey Shell-Out tak mai meniaga, esok baru dia ada. Huhuhu... malam esok ni cheq macam malaih dah nak drive ke Jejawi demi mencari dinner lagi, minggu depan la pula kot kalau cheq nak pi singgah situ lagi... nak pi hari hujung minggulah, harap malam weekend minggu depan ada la rezeki cheq nak merasa set Shell-Out kat situ, nak ajak member la makan teruih kat situ nanti πŸ˜„



Baiklah, pada pendapat tekak cheq, burger oblong kambing di sini boleh dikira cukup sedaplah, habis licin cheq melahapnya tadi... maka penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya πŸ‘Œ

Kelazatan - Ada kobis ungu, lobak merah, lettuce, bawang besar, mayonnaise, dan gabungan sos yang sedap. Daging burger kambingnya ialah produk Ramly. Pandai adik ni masak burger oblong. Cheq bagi markah 4.5 bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq sajalah, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membelinya lagi, cheq sanggup beratur kurang dari 15 minit. Kalau perlu beratur lebih dari 15 minit, cheq tak sanggup tunggu dah. Cheq akan pergi balik dan buat sendiri burger oblong ikut selera cheq. Hihihi... πŸ˜‹

OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan burger oblong kambing di Warung Rumbia. Syukur Alhamdulillah 😊

Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

17 ulasan:

  1. tengok paras rupa pun dah tau sedap...kambing mmg favourite..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kambing memang sedap sangat tapi tak boleh dimakan selalu, pening kepala sebab kolesterol tinggi πŸ˜‚

      Padam
  2. Pergh!!! Cik Sue, pepagi nampak burger... Terus jadi lapar. Tapi, tak pernah lagi merasa burger kambing. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..ni cerita semalam ni, tapi kat sini daging kambing memang macam makin menjadi pujaan ramai ja πŸ˜‹

      Padam
  3. Salam subuh singgah sini ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, jemput makan oblong kambing..πŸ˜€

      Padam
  4. Hari tu pernah try nasi daging ja, nanti nak try burger ni pulak la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq belum try lagi nasi daging kat situ, macam2 ada jenuh dok pikiaq nak try hat mana dulu πŸ€”πŸ˜

      Padam
    2. Tak dan pi try lagi oblong tu. Hehe...

      Padam
  5. spesyel berger oblong ni mesti sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ni KakPI, dan juga menggemukkan πŸ˜‚

      Padam
  6. Alahai.. memalam terbaca pos nie.. lama tak pekena oblong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali pekena oblong kambing memang membahagiakan πŸ˜‚

      Padam
  7. lbh krg harga mcm kt sini jg ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. standard la harga makanan sekarang camni agaknya huhu πŸ˜…

      Padam
  8. Biasa punya ada telur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni Warung Rumbia dah tak ada di Jejawi ni, dah tukar jadi Bob Patin πŸ˜…

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤