Jumaat, 16 November 2018

Sandwich Aiskrim Walls yang Berkartun

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, suka makan aiskrim jenis sandwich tak? Ada yang sudah pernah makan WALL'S Ice Cream Sandwich - Vanilla & Chocolate yang ada gambar-gambar kartun lucu ni? πŸ’πŸ’πŸ’
WALL's ICE CREAM SANDWICH - Vanilla & Chocolate | No.1: Muka depan produk. No.2: Muka belakang produk. No.3: Logo HALAL oleh Majelis Ulama Indonesia. No.4: Intinya aiskrim cokelat dan vanila. No.5: Kartun lelaki sedih tidak bersemangat berjalan seorang diri di pantai tapi bila ternampak ada cewek, terus dia berubah jadi macho perkasa. No.6: Mula-mula dari belakang disangkanya cewek cantik rupa-rupanya cowok yang berambut panjang... hancur luluh hatinya kecewa πŸ˜‚

Untuk review produk makanan kali ni, cheq tukar gaya sikit... buat deskripsi mengikut nombor pada gambar pulak, cantum semua gambar terus... senang cerita. Cheq cantum gambaq pakai aplikasi Collage Maker Photo Editor ja, senang sungguh πŸ˜„

Ok... baru-baru ni cheq rasa teringin nak makan sandwich aiskrim lagi. Terkenang zaman budak-budak dulu, cheq suka jugalah makan aiskrim yang jenis sandwich macam ni, tapi yang zaman dulu-dulu tu takdak gambar kartunlah, tak kretip macam yang ni... hihi. Bila ternampak produk ni di kedai serbaneka, terus tertarik nak beli lagi. Ini merupakan kali kedua cheq membeli WALL's Ice cream Sandwich berkartun yang datangnya dari Indonesia ni πŸ˜‹

Baiklah, pada pendapat cheq... selain menghiburkan, aiskrim sandwich yang ni boleh dikira agak sedaplah juga, maka penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya yang sekitar RM2 ni cukup murah dan tidak patut diperdebatkan lagi oleh mana-mana pihak πŸ˜‚πŸ‘Œ

Kelazatan - Vanila dan coklatnya rasa kurang kick, biskutnya pula lembut dan lembap. Kurang kena dengan selera cheq tapi cheq makan habis juga. Rasa keseluruhannya masih OK sebab ianya sejuk. Yalah aiskrim memang sedap... ni sandwich bukan wafer, jadi memanglah biskut dia lembut kan... πŸ˜„. Cheq bagi markah 3.5 bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq sajalah, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana πŸ˜„

Keberbaloian - Berbaloi dengan harganya yang murah dan juga hiburan kartun bercetak yang kita dapat tengok sebelum nak 'ngap' aiskrim ni. Hihihi... 😁

OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan WALL's Ice Cream Sandwich - Vanilla & Chocolate ni. Syukur Alhamdulillah 😊

Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

25 ulasan:

  1. ada sekali tu sy mkn biskut dia lemau sgt mati nafsu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lemau sangat sebab aiskrim dah cair teruk la tu πŸ˜‚

      Padam
    2. nope. lps beli trs mkn

      Padam
    3. nasib cheq agak baiklah kalau macam tu sebab tak dapat yang biskutnya lemau πŸ˜€

      Padam
  2. Tak pernah neli lagi biskut maccam tu..pastikan ada logo halal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada logo halal dari Majelis Ulama Indonesia πŸ˜„πŸ‘Œ

      Padam
  3. Kot la nak bagi kami sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bagi camna Zumal? Ce habaq mai..kalo pos nanti dia cayaq leboq dalam sampul tu πŸ˜‚

      Padam
  4. tak jumpa lagi aiskrim ni...kelakar kartun tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Terhibur hati menengoknya πŸ˜„

      Padam
  5. AISKRIM COKLAT MMG FEVERET

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun suka aiskrim coklat....lagi2 kalau yang ada kacang tu lagi menggoda πŸ˜‹

      Padam
  6. salam perkenalan.....aiskrim ni xsempat lg rasa asyik habis jeeee.... done follow ur blog....jemput singgah blog sy yer..!!

    BalasPadam
  7. Memula keluar iklan dulu gigih nak cuba merasa tapi bila dah rasa adoiii! takdelah wow pun huhuhuuhu...

    BalasPadam
  8. Sha suka aiskrim nie.. mengenyangkan sebab ada biskut.. kikiki.. Kartun tu bonus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..rasa macam kenyang lepas makan sandwich aiskrim ni sebijik πŸ˜„

      Padam
  9. First time dengar pasal sandwiche ais cream nie... kena cuba dulu nie...πŸ€—

    BalasPadam
  10. ccl new follower di sini ,

    nampak menarik sandwich aiskrim wall ni , tapi tak pernah nampak depan mata lgi , kalau ada dijual mesti nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10q CCL! Cheq dah follow kembali πŸ˜„

      Kena makan dengan segera tau, kalau tak nanti biskut dia jadi lembik dan lembap sangat πŸ˜‚

      Padam
  11. Ooohoiii...xjumpa pun ais cream nih. Mana Cari? Ke Aku yg ketinggalan hahahaπŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..try pi cari kat kedai 7E kot2 ada lagi eskrem nih πŸ˜€

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤