Sabtu, 26 Jun 2021

PANDA Datang dengan Membawa Nasi Goreng dan Dumpling Udang dari KOPITAN

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu di hujung bulan Jun. Sapa di sini yang sudah pernah makan apa-apa hidangan dari restoran tempatan yang bernama KOPITAN? 🤓

Kopitan Fried Rice (RM9.20) dan Fried Prawn Dumpling (RM6.90) - Harga dari aplikasi FoodPanda

Ahad, 13 Jun 2021

PANDA Datang dengan Membawa Spaghetti Carbonara dari PizzaHut

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, bersambung lagi PKP 3.0 nampaknya noo, bertabahlah... huhuu 😷

Okeh, cheq nak sembang pasai makan-makan lagi nih... selain pizza, spaghetti pun ada di PizzaHut tu tau, sedap pulak tu! 🍝😋

Creamy Carbonara Spaghetti dari PizzaHut - RM13.52 (harga dari aplikasi FoodPanda)

Isnin, 7 Jun 2021

Sepandai-pandai Labu Bersembunyi

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam PKP 3.0 di bulan Jun. Cheq mulakan bulan ni dengan entri masak-masak sajalah naa, entri kerepek labu. Sepandai-pandai buah labu bersembunyi di dalam semak samun rumput panjang, akhirnya diketahuan lokasinya dan dijadikan kerepek 😂😬

Ahad, 23 Mei 2021

PANDA Datang dengan Membawa Nasi Kandar dari Marrybrown

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam Syawal 1442H! Selamat beraya dalam PKP buat semua 😷🙂

Nasi Kandar Mb (1 pc - Single) - RM13.10 (harga dari aplikasi FoodPanda)

Isnin, 19 April 2021

Jus Nenas yang Bergas dan Menyegarkan dari HAUSBOOM

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, hari ini sudah pun masuk seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan tahun 2021... begitu cepatnya masa berlalu kan? Boleh tahan mencabar tahun ni... bertabahlah kita noo... 💪🏻😷

Okeh, cheq nak bercerita pasai produk minuman tempatan dari HAUSBOOM pula kali ni... agak lama dah produk ni berada di pasaran sebenarnya, cuma cheq ja yang baru nak mencubanya 😎😋

HAUSBOOM sparkling pineapple juice - RM3.90 (harga dari kedai serbaneka U-Station)

Ahad, 11 April 2021

PANDA Datang dengan Membawa Gangjeong Burger dari Marrybrown

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, apa habaq? Dah pakat bersiap-sedia untuk menyambut ketibaan Ramadhan bagi tahun 2021 ni? 🤓✨

Mb Gangjeong Burger (single) - RM13.90 dan Cheesy Wedges - RM6.50. Harga dari aplikasi FoodPanda.