Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam PKP 3.0 di bulan Jun. Cheq mulakan bulan ni dengan entri masak-masak sajalah naa, entri kerepek labu. Sepandai-pandai buah labu bersembunyi di dalam semak samun rumput panjang, akhirnya diketahuan lokasinya dan dijadikan kerepek ππ¬
Dalam minggu lepas, ada orang terjumpa dua biji buah labu sebesar tembikai tersembunyi dalam semak samun rumput panjang di kawasan sawah kat belakang rumah ni. Buah labu ni sebenarnya hasil daripada pokok labu yang ayah cheq tanam di kawasan belakang rumah. Selama ni, kami dok ingat pokok labu ni tak sudi nak berbuah sampai menjadi pun, sebab semua buah labu yang terbentuk akhirnya akan mengecut dan mengering saja bila dia capai saiz bola ping-pong ataupun bola tennis. Memang langsung kami tidak menyangka, rupa-rupanya ada dua biji buah labu sebesar tembikai sedang membesar dan bersembunyi baikkk punya di dalam semak samun kat kawasan sawah sana. Macam mana boleh diketahui? Haa... alkisahnya, ada seorang pengusaha sawah yang mai mesin rumput kat kawasan bendang tu, kemudian tiba-tiba pisau mesin pemotong rumput dia terkena salah satu daripada dua biji buah labu ni. Maka, beliau pun bagitaulah ayah cheq pasai penemuannya itu. Alhamdulillah, rezeki Allah Taala bagi, rezeki yang tidak dijangka π€²π»π
▶ Bahan-bahan:
✎ Buah labu (separuh labu, lebih kurang 350g)
✎ Air (sebesen)
✎ Garam halus (1 sudu besar, dilarutkan dalam secawan air panas)
✎ Minyak kelapa sawit (½ kuali saiz sederhana)
▶ Cara-cara:
1. Bilas labu di bawah air paip yang mengalir, kemudian belahnya kepada dua bahagian dengan berhati-hati. Potong dan kupas.
2. Dengan menggunakan mandolin, sagat potongan-potongan labu tadi ke dalam mangkuk besar yang ada air yang telah dicampurkan dengan secubit garam.
3. Panaskan minyak masak di atas api yang sederhana besar. Sebelum mula menggoreng, toskan dulu kepingan-kepingan labu tadi untuk menyingkirkan air rendaman.
4. Kecilkan api, dan masukkan kepingan-kepingan labu ke dalam kuali. Besarkan api semula ke sederhana besar. Selepas menggoreng selama lebih kurang 20 saat, masukkan 1 sudu kecil air garam yang suam ke dalam kuali dengan berhati-hati. Minyak panas dalam kuali tu tak akan meletup, tapi dia akan bunyi bising sikitlah ("serrrr" gitu). Ni satu cara nak bagi kerepek labu tu ada rasa masin-masin sikit, dan masinnya akan jadi sekata π
5. Teruskan menggoreng sehingga warna kerepek labu bertukar menjadi perang-perang jingga gitu. Angkat keluar dari minyak dan biarkan kerepek ni sejuk pada suhu bilik. Selepas dah hilang panasnya tu, masukkan kerepek ke dalam balang kedap udara untuk disimpan demi keseronokan mengunyah kerepek labu ni di hari-hari yang seterusnya, sehinggalah stok kerepek ni habis dimakan π
Sekian, beginilah cara cheq membuat KEREPEK LABU yang super sedap dan semestinya mengikut selera cheq. Kerepek labu ni takdak la rangup macam level kerepek pisang tanduk tu, tapi rasanya memang sangat sedap lagi mengasyikkan. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kalau hangpa suka kerepek labu yang manis, bolehlah cuba sira kerepek ni dengan air gula pekat sebelum nak simpan ke dalam bekas kedap udara tu. Kalau nak bagi rasa dia ada macam gaya hipster sikit, bolehlah hangpa cuba gaul dengan serbuk cheese hat warna oren tu... π
π
Selain boleh dijadikan kerepek, buah labu ni sedap juga digoreng celup tepung! Makan ni dengan nasi panas-panas dan sos cili, kicap atau kuah kari mahupun kuah kacang, layannn π€ππ»ππ»
Jumpa lagi di lain entri!
π
Tersembunyi itulah hidup sebab tidak panas
BalasPadamUnik juga buat kerepek labu.
Itulah, dia cari port sejuk untuk membesar π¬
PadamKerepek labu ni orang Siam pandai buat, produk Thailand π
Greetings from Turkey...
BalasPadamThanks for dropping by π€πΌ
PadamTak pernah lagi cuba kerepek labu. Selalunya makan kerepek pisang atau kerepek ubi je.
BalasPadamOrang Siam pandai buat kerepek labu, produk Thailand. Kat Shopee ada seller Kelantan jual kerepek labu Thailand, boleh tahan juga harga dia..π€
PadamTak pernah lagi buat kerepek labu.
BalasPadamMak selalu buat kuih koci labu.
Boleh la cuba buat ni nanti WP, sedapppp..π€ππ»✨
PadamALHAMDULILLAH REZEKI BESAQNYA LABU..SEDAPNYA KEREPEK LABU
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki yang tidak dijangka π€²π»π€
PadamAlhamdulillah..rezeki..sedap ni buat pengat atau cucoq labu..kerepek labu tk pernah makan lagi..
BalasPadamHihi..kerepek labu ni sedap betoi KakNO, boleh try cari kat Shopee π
Padambesar labunya..sedap buat sayur lemak labu
BalasPadamAda buat sayur lemak labu juga kelmarin dulu, ada baki isi labu banyak lagi ni π
PadamAlhamdulillah..ada juga rezeki makan labu tanam sendiri. tersorok rupanya dia. Menarik menu hispter labu goreng, kerepek labu. Boleh cuba.
BalasPadamAlhamdulillah, ada lagi ni baki isi labu elok lagi tersimpan dalam peti ais. Tahan lama buah labu ni, buat nasi goreng labu pun sedap π€✨
Padampos laa ke sini sy nak try jg hehehe
BalasPadamDah habih lama dah, pokok labu pun dah mati kering dah.. nanti nak tanam lain pula π
Padam