Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, apa habaq? Dah pakat bersiap-sedia untuk menyambut ketibaan Ramadhan bagi tahun 2021 ni? π€✨
Mb Gangjeong Burger (single) - RM13.90 dan Cheesy Wedges - RM6.50. Harga dari aplikasi FoodPanda. |
Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:
Harga - Pada cheq, harganya berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya yang bersesuaian serta kualiti servis penghantaran FoodPanda yang baik ππ»✨
Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Saiz burger ni sudah cukup memuaskan pada cheq. Fillet ayam gorengnya gemuk dan besar, isinya lembut moist di dalam, rangup di luar. Kuantiti sayur iceberg lettuce dia boleh dikatakan agak mewah, ngam betul dengan selera cheq yang sukakan sayur. Roti bun dia pun lembut dan tidak kering walaupun warna dia hitam π. Sos Gangjeong dia? Haa... sos ni la yang memberi 'identiti Korea' pada burger ni. Pada cheq, sos ni pedas dan agak menyengat lidah. Rasanya tidak begitu kena dengan selera cheq walaupun secara amnya cheq suka Korean flavor. Rasa sos ni lebih menyerupai Thai flavor pada cheq. Cheesy wedges pula dah memang sedap (rangup di luar, lembut di dalam) dengan kuantiti sos keju dan mayonais yang mencukupi. Yang ni cheq bagi 4 bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana π
Keberbaloian - Berbaloi bila tadak mood nak pakai mask pi keluaq semata-mata kerana nak pekena burger dan beratoq panjang pada hari hujung minggu yang mendung dengan hujan turun renyai-renyai. FoodPanda ada, gunalah ia dengan sebaiknya πΌπ±π
Support Marrybrown, support our local brand πππ»
π
sedapnye semua menu2 tu ^_^
BalasPadamNyam-nyam hihi π€
PadamHappy Ramadan:) tuesday is Ramadan... greetings from Turkey...
BalasPadamYes Cam, Ramadan kareem ππΌ✨
Padamwow sedapnya lain pula ropanya
BalasPadamBun hitam hihi π€
PadamSekarang ni asyik nampak review dan iklan MB je tapi MB jauh sangat. Bukan dalam coverage foodpanda jugak.
BalasPadamAlaa sayangnya huhuu π
PadamKomen memang positif cuma tang rasa burger itu ia lari dari rasa Korea ya.
BalasPadamHihi..sebab tu cheq bagi markah burger tu 3.5 ja, sebab rasa sos dia tak kena sangat dengan selera cheq π€
Padamcheesy wedges nya nampak sgt yummy..
BalasPadamSedap lagi daripada cheesy wedges kepci π€
PadamW’salam Cik Suerin.. Salam Ramadan..
BalasPadamNampak sedap, moist gitu.. Sis suka burger MB, so far tak mengecewakan.. uikshhh terliur. π€
Cheq paling suka Mb Hotouch burger, yang tu memang tak pernah mengecewakan πππ»
Padamtapi kalau request tak nak sos tu pun boleh kan? ;-) sbb sy x mkn pedas sgt hehehe
BalasPadamKalau macam tu better order burger Mb yang lain ja macam Mb Hotouch burger. Hat tu confirm dah sedap dan tak pedas punya, feveret cheq tu..π€ππ»
PadamBelum termakan lagi ganjeong burger ni. Jarang betul nak memilih makanan MB. Nanti nanti lah baru cuba. Terliur tengok bila petang petang ni. huhu
BalasPadamHihi..bahaya tengok gambar makanan waktu sebelum berbuka π¬π
Padamsaya kadang2 rasa menu MB ni menggoda n sedap je.. tapi tula MB terdekat ngn saya pun agak jauh hehehe.. selalu kalau ada chance pegi MB akan order fish nugget dan bubur..
BalasPadamSayang la masih tak banyak sangat cawangan MB sampai sekarang ni kan..local brand tuu π€
Padam