Sabtu, 5 Julai 2025

Salad Timun dan Tomato Mentah yang Kekoreaan

Salam Julai semua! 🙋🏻‍♀️✨

Biasanya kalau hangpa rasa macam nak makan salad yang simple, salad yang macam mana hangpa akan pilih? Salad versi western ka atau salad versi Asia? 😃

 
Bahan-bahan:

✔ Timun Jepun - sebiji, dihiris nipis
✔ Tomato merah - sebiji, dipotong kasar
✔ Bawang putih - 2 ulas, dihiris nipis 
✔ Minyak bijan - 1 sudu besar
Minyak Sos ikan - 1 sudu besar
✔ Gula perang - ½ sudu kecil
✔ Garam - secubit 

Caranya teramatlah mudah dan pantas. Gaul kesemua bahan dengan sekata dan terus makan begitu sahaja. Bawang putih mentah tu, kalau hangpa tak tahan dengan rasa pedas bawang putih yang mentah, bolehlah skip saja, ataupun kisar sampai halus dulu kemudian barulah campoq sekali dalam salad tu. Ini satu cara untuk cheq biasakan diri dengan amalan makan bawang putih mentah demi menjaga kesihatan badan dan kulit. Pada tekak cheq, resipi salad ala Korea ni sudah cukup marvelous dan tidak menjemukan 😎✨

Sekian dulu entri cheq pada kali ini, kalau resipi ni tak cukup memuaskan lagi pada standard hangpa, bolehlah modify lagi dengan menambah bijan bakar, perahan jus limau nipis dan apa-apa lagi bahan lain yang menarik naa... 👩🏻‍🍳✨


Jumpa lagi di lain entri! 
🙋

8 ulasan:

  1. INi dah cukup memuaskan... takyah tambah-tambah lagi

    BalasPadam
  2. wah sedap tu kryp krap ratah ulam segar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap dan tidak menjemukan langsung hihi...

      Padam
  3. simple sgt ni...
    pejam mata dah siap dah 1 lauk hehhe

    BalasPadam
  4. minyak ikan tu yg mcmana...ke sos ikan? suka salad mcm ni...lebih segar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihiii sos ikan, KakNO. Makasih tegoq cheq, dah perbetoi list ingredients 😆

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤