Salam Julai semua! 🙋🏻♀️✨
Biasanya kalau hangpa rasa macam nak makan salad yang simple, salad yang macam mana hangpa akan pilih? Salad versi western ka atau salad versi Asia? 😃
Bahan-bahan:
✔ Timun Jepun - sebiji, dihiris nipis
✔ Tomato merah - sebiji, dipotong kasar
✔ Bawang putih - 2 ulas, dihiris nipis
✔ Minyak bijan - 1 sudu besar
✔ Minyak ikan - 1 sudu besar
✔ Gula perang - ½ sudu kecil
✔ Garam - secubit
Caranya teramatlah mudah dan pantas. Gaul kesemua bahan dengan sekata dan terus makan begitu sahaja. Bawang putih mentah tu, kalau hangpa tak tahan dengan rasa pedas bawang putih yang mentah, bolehlah skip saja, ataupun kisar sampai halus dulu kemudian barulah campoq sekali dalam salad tu. Ini satu cara untuk cheq biasakan diri dengan amalan makan bawang putih mentah demi menjaga kesihatan badan dan kulit. Pada tekak cheq, resipi salad ala Korea ni sudah cukup marvelous dan tidak menjemukan 😎✨
Sekian dulu entri cheq pada kali ini, kalau resipi ni tak cukup memuaskan lagi pada standard hangpa, bolehlah modify lagi dengan menambah bijan bakar, perahan jus limau nipis dan apa-apa lagi bahan lain yang menarik naa... 👩🏻🍳✨
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
INi dah cukup memuaskan... takyah tambah-tambah lagi
BalasPadamTengkiu uncle!
Padamwah sedap tu kryp krap ratah ulam segar
BalasPadamSedap dan tidak menjemukan langsung hihi...
Padam