Isnin, 16 Jun 2025

Pekena Sandwich Goreng Berintikan Hirisan Ayam dan Keju

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Hangpa pernah try makan sandwich goreng dak? Bunyi dia macam agak pelik kan, boleh membuatkan kita terpikiaq macam: "laah, tak berminyak sangat ka roti sandwich tu selepas digoreng dalam minyak yang banyak macam tu? Dah elok-elok siap buat sandwich, lepas tu pi goreng dia pulak?" πŸ€”πŸ€·πŸ»‍♀️

Fried Chicken Slices Cheesy Sandwich (RM14.20) dari Big Tree Western Court, Kangar Perlis. Harga dari aplikasi foodpanda πŸΌπŸ“±


Harga - Pada cheq, harganya boleh dikatakan tidak melampau dengan kualiti dan saiz sandwich gorengnya yang boleh tahan besar lagi tebal (tiga keping roti), serta kualiti servis penghantaran foodpanda yang cukup bagus πŸ‘πŸ»✨

Kelazatan -  Sandwich goreng ni... sedap rupanya! 4½ bintang per 5 bintang cheq bagi πŸ˜‚
Dalam dia ada chicken slices (processed chicken meat), hirisan timun, tomato, sayur lettuce dan keju. Tiga keping roti yang membentuk satu sandwich yang agak tebal, kemudian digoreng dan seterusnya dipotong serong. Luarannya agak crispy, dan isinya moist lagi mengasyikkan. Surprisingly sedap dan sangat mengenyangkan pada cheq, membuatkan cheq rasa memang berbaloi dengan harganya. Takdak rasa greasy atau oily mana pun. Sos yang diberi ialah sos cili yang pedas-pedas manja. Rasanya cheq akan repeat order lagi sandwich goreng ni di masa akan datang. Bila rasa takdak mood nak makan burger, cheq akan order fried sandwich ni, pastu bila dah bosan dengan sandwich, cheq akan pesan burger balik, rotate rotate gituuu πŸ˜†

Keberbaloian - Berbaloi memesan sandwich goreng yang special ni dari warung BIG TREE Western Kangar tu (sebab sedap πŸ˜†), dan juga berbaloi guna aplikasi foodpanda. Rider selalu tiba pada waktu yang dijangkakan, kadang-kadang lebih awai sampainya πŸ˜ŽπŸ‘ŒπŸ»


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat tekak cheq berkenaan sandwich goreng berintikan hirisan ayam dan keju dari warung BIG TREE Western Court yang ada di Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊


Jom kita pakat-pakat support local businesses dengan lebih kencang! πŸ’ͺ🏻😎✨


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

8 ulasan:

  1. sandwich goreng xpernah buat pun kreatif org la bab makanan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kreatif depa ni, menjadi pulak tu hasilnya πŸ€“

      Padam
  2. nmpk sedap...x pernah makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la KakNo try nanti kalau ada jumpa fried sandwich dalam menu kat mana² restoran hipster di KL. Kat sana mesti lagi happening dan banyak choices πŸ€“

      Padam
  3. Goreng? Ini fusion timur dan barat ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasil fusion yang 'menjadi'! πŸ€“πŸ‘πŸ»

      Padam
  4. sedap ni makan panas2 waktu sarapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cheq dapat sandwich goreng ni dalam keadaan masih panas dan ohsem! πŸ˜†

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤